Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 21, 2011

"Ada PATI jadi Boss & Majikan di Malaysia" - DS Hisham. Memang benar !

Keadaan di mana terdapat warga asing baik yang memiliki dokumen perjalanan yang sah, ada permit kerja ataupun yang masuk bekerja secara haram di negara ini ada antara mereka sudah ada perusahaan sendiri dan mempunyai pekerja sendiri termasuk rakyat tempatan itu adalah perkara yang telah lama berlaku cuma sekarang pihak kerajaan mula sedar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mula memperkatakan tentang hal ini dan kita berharaplah apabila pihak KDN dah sedar mengenainya maka wajarlah kerajaan untuk membuat tindakan susulan demi maruah bangsa Malaysia.

Di Malaysia hakikatnya memang sudah terdapat juga syarikat-syarikat yang melantik para pekerja asing sebagai pengarah serta pengurus syarikat masing-masing dan menjadikan rakyat atau pekerja tempatan orang dibawah kawalan pihak pekerja asing ini.

Lagi malang apabila terdapat ada diantara pekerja asing itu yang dilantik ke jawatan-jawatan yang lebih kanan dalam syarikat diberi tanggungjawab menggubal undang-undang atau peraturan syarikat yang juga perlu dipatuhi oleh pekerja tempatan. Kenaikan gaji serta pangkat bagi pekerja tempatan yang berada dibawah seliaan pekerja asing yang menjadi ketua juga akan ditentukan oleh golongan ini.

Jadi kita berharap sangatlah agar KDN tidak hanya bercakap mengenainya tetapi terus bertindak agar tidak akan berlaku pekerja tempatan tertindas di negara sendiri oleh pekerja asing yang dilantik menjadi Boss oleh syarikat-syarikat tertentu.

3 ulasan:

sesejuk mata memandang berkata...

Saudara moderator,

Sebagai pemerhati kita dapati memang berlaku warga asing menjadi Boss kepada pekerja asing sendiri samada pekerja tersebut mempunyai permit atau tidak.

Tetapi kenapa berlaku:

1. SSM sendiri membenar warga asing membuka syarikat di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu tepai tidak pula menegah dari melakukan aktiviti membekal pekerja asing atau mengambil kerja sub-kontrak dan sebagai nya.

2. Keberanian warga asing menjadi boss samada mereka ini mempunyai permit atau PATI kerana ADA kesedian pihak beruniform yang bersedia melindungi mereka. Dan yang jelas dalam pemerhatian pihak Polis dan Rela (mereka ini adalah parasit dalam jabatan dan bukan semua anggota terbabit cuma memang ada berlaku dalam setiap balai polis dan cawangan pejabat rela. Mereka telah memainkan peranan dalam soal memberi perlindungan dengan kadar fee tertentu yang dibayar oleh warga asing atau dalang-dalang tertentu. Jika mahu membenteras kegiatan ini maka wajar sekali pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap anggota-anggota seperti ini terlebih dahulu.

Saya mencadangkan supaya KDN memberi perhatian terutamanya syarikat-syarikat warga asing yang berdaftar hanya boleh menjalankan urusniaga berkaitan dengan impot-ekspot barangan sahaja kecuali dengan kebenaran khas pihak kerajaan mereka yang membawa pelaburan lebih dari 5 juta boleh diperitmbangkan untuk kegiatan lain tetapi masih bukan dalam sektor membekal tenaga pekerja.

Malah ada SAYARIKAT OUT-SOURCING yang majoriti equity dipegang oleh warga asing dari Pakistan dan Bangladesh terutamanya dan pusat operasi kebanyakan nya di KL.

3. Sikap majikan juga yang lebih mudah dan senang berurusan dengan pembekal pekerja asing secara terus juga membawa kepada kegiatan warga asing jadi boss. Jadi dalam hal ini jika warga asing jadi boss tidak boleh dijadikan satu alasan kerana majikan juga bersekongkol dengan mereka.

Jadi salahkah orang asing atau pati jadi bosss jika orang kita sendiri yang mahukan mereka jadi boss.

hilbert berkata...

Terima kasih Amnitpg,

saya sependapat dengan komen saudara dalam isu ini.

Banyak pihak yg terlibat menjadikan perkara sedemikian umpama duri dalam masyarakat Malaysia khususnya kepada pekerja tempatan.

Banyak peluang yang sepatutnya diberi kepada pekerja tempatan telah diambilalih oleh pekerja asing.

Afzainizam berkata...

Eeemmmm mmg tak di nafikan mmg ada yang yang jadi boss kat sini....

siap ada perniagaan... tak kira dalam sektor pembinaan atau sektor perladangan Sawit... Niaga kecil-kecilan.. kedai makan ... barangan runcit pun ada

Boss dia buat duit dan pekerja dia pun dapat kerja... bawa balik duit ribu-ribu kat kampung halaman...

yang pastinya ada yang masuk menggunakan visa pelawat masuk negara tapi bekerja disini... dan ada gak yang masuk haram keluar pun haram...

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kawin

Arkib Blog