Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 27, 2011

Rombakan kabinet: Hisham & Shahrizat bertukar portfolio

Rasanya, kalaulah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik ke jawatan Menteri Dalam Negeri mengambilalihnya daripada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, agaknya beliau lebih bermaya untuk mengemudikan KDN jika dibandingkan dengan Datuk Seri Hisham.

Dan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Shahrizat memang sesuai untuk Datuk Seri Hisham. Kementerian tu kurang sekali menggunakan resepi "amaran" dan memang sesuailah jika ianya diterajui oleh seorang menteri yang kurang menyerlah di Kementerian Dalam Negeri.

Datuk Seri Shahrizat kelihatan lebih garang dari Datuk Seri Hisham dan dia juga jarang kita dengar dia gemar dengan perkataan "amaran, amaran, amaran"... beliau pernah turun padang pada waktu tengah malam meninjau masalah golongan "gelandangan" yang hidup merempat di ibu kota, beliau berani berdepan dengan kumpulan berkenaan.

Kalau isu Mat Syabun yang telah menghina pejuang kemederkaan tidak juga berjaya ditangani dengan cara yang tegas oleh Datuk Seri Hisham, maka adalah lebih baik beliau berpindah saja ke kementerian yang kini sedang disandang oleh Senator DS Shahrizat dan serahkan saja KDN kepada DS Shahrizat. Datuk Seri Hisham perlu ingat bahawa kenyataan Mat Syabun itu sebenarnya akan membuka ruang yang lebih besar lagi kepada puak-puak DAP untuk terus mewujudkan suasana keresahan dalam masyarakat Malaysia.

Saya rasa, walaupun DS Shahrizat tak ada dua peluru hidup namun jika melihat kepada kesungguhan beliau dalam memandu kementerian yang diterajuinya agar sama-sama berada dibarisan depan bersama dengan kementerian yang lain maka itulah sebabnya saya lebih yakin dengan kemampuan Datuk Seri Shahrizat berbanding dengan Datuk Seri Hisham walaupun beliau memang ada dua peluru hidup semulajadi sekadar digunakan oleh DS Hisham untuk memberi amaran...tembak ke atas!

Tiada ulasan:

Arkib Blog