Kelihatan dalam gambar: Baharuddin Mokhsen, Francis Sia(tengah) dan Awang Abdillah Awang Nassar. Sumber foto dari blog Muka Petang |
Pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-10 yang lalu, ramai daripada kalangan mereka ini yang bertanding namun kalah kerana rakyat Sarawak tidak percaya kepada kemampuan mereka untuk mentadbir negeri ini, belum jadi kerajaan lagi sudah berani cakap bersar, nak ubah Sarawak konon.
Esok Sabtu 13 Ogos 2011, MoCS sekiranya tiada aral yang melintang akan mengadakan satu perhimpunan untuk acara senamrobik, karaouke dan tarian poco-poco dipersekitaran kawasan yang menempatkan Muzium Negeri di Kuching. Perhimpunan mungkin terpaksa diadakan di situ kerana di Sarawak ini belum ada lagi Zoo Negara seperti di Kuala Lumpur tempat segala hewan-hewan dan segala unggas berkumpul.
Kepada rakyat Sarawak, mana yang ada tanam kelapa sawit, lada hitam dan lada putih, koko, tanaman sagu, pengusaha dusun buah-buahan, tanaman padi, ternakan ikan berbagai jenis, dan berbagai-bagai lagi perusahaan yang dilakukan, adalah lebih baik tak payah langsung peduli dengan gerakan yang sedang diusahakan oleh Francis Sia, Awang Abdillah Awang Nassar dan Baharuddin Mokhsen itu. Abaikan saja.
Mereka adalah golongan yang kecewa dan golongan yang suka berpura-pura. Perjuangan mereka sangat kabur dan tidak jelas. Mereka mahu mengubah Sarawak mahu jadi macam mana? Mereka kata mahu mengubah Sarawak tetapi mereka tidak nyatakan dengan terang kepada rakyat negeri ini tentang corak yang bakal mereka mahu Sarawak akan dikenali, adakah seperti Singapura, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, England, Israel, Amerika Syarikat ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan