Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Ogos 21, 2011

Liwat II: 3 pilihan diberi, adakah Anwar akan minta tambah 1 lagi pilihan?

Esok 22 Ogos, walauapapun karenah yang mungkin ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim serta para peguambelanya untuk melengah-lengahkan perbicaraan, namun Hakim pada awal minggu lepas telah bertegas mengkehendaki agar Anwar Ibrahim wajib dan perlu hadir ke Mahkamah untuk membela diri atas tuduhan meliwat pekerja beliau sendiri Mohd Saiful Bukhary Azlan di beberapa lokasi lebih kurang 3 tahun yang lalu.

Difahamkan bahawa Mahkamah Tinggi telah memberi tiga pilihan kepada Anwar Ibrahim esok dimana beliau dikehendaki untuk memilih salah satu daripada tiga pilihan yang telah disediakan. Pilihan tersebut iaitu, (1) memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (mempunyai kredibiliti, di soal balas oleh DPP), (2) memberi keterangan tidak bersumpah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas oleh DPP) dan (3) berdiam diri (membiarkan Mahkamah menjatuhkan hukum ke atas beliau)

Nampak gayanya ketiga-tiga pilihan yang dikemukakan itu lebih kepada untuk menekan pihak Anwar dan tidak memberi sebarang keuntungan kepada Anwar Ibrahim serta barisan peguambela beliau kerana jika dilihat secara kasar ketiga-tiga pilihan yang diberi itu seakan-akan cuba menutup sebarang usaha mereka dari terus memohon penangguhan prosiding kes liwat II untuk beberapa kali lagi.

Diantara ketiga-tiga pilihan yang diberikan itu saya melihat seperti amat sukar untuk Anwar memilih salah satu daripada ketiga-tiganya kerana kesemuanya dirasa tetap akan memberi kesan serupa terhadap keputusan kes liwat II yang sedang beliau hadapi kini. Apa-apapun agaknya esok mungkin akan ada satu lagi sandiwara baru akan pihak Anwar buat atau besar kemungkinan Anwar akan memohon agar ditambah satu lagi pilihan agar menjadi empat pilihan kesemuanya. Apa dia? ...mungkin pilihan yang ke- (4) memohon penangguhan perbicaraan kes ! :))

2 ulasan:

Jeffry berkata...

"YANG ARIF..SAYA KAPAL NAK TENGGELAM SINGH MEWAKILI ANAK GUAM SAYA EN. ANWAR IBRAHIM MEMOHON KPD YANG ARIF SUPAYA MENUNDA PERBICARAAN KE TARIKH YANG AKAN DI TETAPKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH NANTI DENGAN ALASAN ISTERI BELIAU INGIN MENGADAKAN UPACARA AKAD NIKAH ANTARA SUAMI BELIAU DAN BAKAL MADU JIJAH...SEKIAN YANG ARIF!"

hilbert berkata...

Aiseh bro !!..hehe.. Karpal tenggelam namun kerusi tu tetap milik dia ;))

madu jijjah punya dua fungsi bro ;))

Arkib Blog