Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Ogos 14, 2011

Islam berkembang subur di Sarawak tanpa perlu kehadiran PAS

Ini hanya gambar hiasan
Tidak seperti Kelantan, negeri yang diperintah oleh sebuah parti yang didakwa sebagai memperjuangkan Islam, Sarawak Bumi Kenyalang hanyalah sebuah negeri biasa yang ditadbir secara sederhana oleh kerajaan Barisan Nasional yang didiami oleh berbagai suku kaum dari masyarakat Dayak seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Bisaya, Berawan, Penan, Kejaman dan sebagainya juga dari masyarakat Bumiputera lain seperti Melayu, Melanau serta Kedayan.

Namun apa yang ingin hendak saya nyatakan serba sedikit disini adalah tentang pencapaian negeri Sarawak di bawah kepimpinan YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dari segi pengembangan agama Islam dikalangan masyarakat bukan Islam di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang tetapi tidaklah untuk menyatakannya secara terpeinci mengenainya cuma sekadar mengakui bahawa penyebaran agama Islam sebenarnya tiada sebarang halangan daripada penganut agama lain malah sikap terbuka orang bukan Islam terhadap Islam menyebabkan agama berkenaan mudah berkembang.

Di Sarawak, dalam setiap keluarga dan di dalam setiap rumah orang bukan Islam kini sudah ada diantara ahli keluarga mereka yang beragama Islam, kalau seorang dari ahli keluarga beragama Islam itu adalah dikira sebagai satu perkara yang biasa dan apa yang agak menariknya ialah apabila semakin banyak rumah-rumah keluarga bukan Islam yang penghuninya telah memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka, maksudnya jika dalam sebuah rumah ada 10 orang dalam satu keluarga akan terdapat 6 atau 7 orang didalamnya yang menganut agama Islam.

Perkembangan Islam di Sarawak berlaku adalah terhasil oleh berbagai faktor seperti antaranya apabila orang-orang bukan Islam tertarik dengan gaya hidup dan amalan harian rakan-rakan atau keluarga yang Muslim, terbuka hati untuk mendekati Islam secara sukarela tanpa dipaksa, berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam dan juga antaranya adalah disebabkan kejayaan para pendakwah dalam memberi penerangan demi penerangan mengenai Islam kepada orang-orang yang bukan Islam.

Di Sarawak juga hubungan antara agama tidaklah seteruk seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia. Rakyat Bumi Kenyalang sentiasa mengamal sikap mengutamakan perpaduan baik dalam hubungan kaum ataupun agama. Jika di Semenanjung Malaysia seringkali berlakunya pertembungan pendapat mengenai agama dan juga hak-hak kaum sehingga membawa kepada berlakunya bemacam-macam siri demonstrasi membantah atau menyokong itu ini, tetapi itu tidak berlaku di Sarawak dan kita harap ianya takkan berlaku.

Dan, sekiranya rakyat Sarawak ingin sentiasa mahu keadaan itu akan terus kekal di nikmati oleh kita semua, maka semua kita kena harus beringat selalu...jangan sesekali membenarkan PAS, PKR dan DAP untuk mudah bertapak di Bumi Kenyalang ini walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Lihat PAS, ingatlah pelampau ! Lihat PKR, ingatlah perusuh ! Lihat DAP, ingatlah pelampau dan pengganas !

3 ulasan:

Esperalzi berkata...

Satu artikel yg cukup baik, bernas dan memberikan saya ilmu pengetahuan. Semoga Islam terus menyinari Sarawak Bumi Kenyalang. Setuju, jangan benarkan samasekali PAS, PKR dan DAP bertapak di Sarawak. Sarawak lebih hebat dari Kelantan yg hanya lebih banyak omongan kosong berbanding Sarawak yg diam2 ubi berisi...

hilbert berkata...

Terima kasih Esperalzi,

itu adalah hakikat sebenar kami di Sarawak. Ada yg boleh tinggal sebumbumg walau berbeza kepercayaan kerana yg penting saling mempercayai harus ada dalam diri masing-masing.

Razif AR Al-Marbawi berkata...

saudara Hillbert,

faktor geopolitik dan sosial di Semenanjung menyebabkan timbul konflik antara dua agama ini.

Di Sarawak, mereka hidup aman dan harmoni kerana yang menganut agama Kristian dan Islam di sana terdiri drp kaum bumiputera itu sendiri.

Malangnya di semenanjung, kebanyakan penganut Kristian drp kalangan Cina dan gereja mereka pula banyak dibiayai oleh Gereja Antarabangsa, sedang di Borneo maklumnya ada Sidang sendiri (Sidang Injil Borneo)

sila betulkan jika tersalah faham :)

Arkib Blog