Di bawah ini adalah temuramah eksklusif wartawan pelatih, Danneil Omega dari media atau akhbar yang belum berdaftar dengan dua orang tokoh politik pembangkang terkemuka tanah air dari Pakatan Pembangkang iaitu Mohamad Syabu @ Mat Syabun, Timbalan Presiden PAS dan Anwar Ibrahim, Penasihat Umum PKR.
Temubual dengan keduanya adalah berkisar dengan insiden yang telah menimpa mereka berdua iaitu yang berlaku pada hari BERSHIT 2.0 pimpinan Ambigay mengadakan perhimpunan haram di Ibu Kota pada 9 Julai baru lalu yakni pada hari Sabtu yang juga turut disertai oleh Sasauterawan Asam Mad Said, Haji Hadi Awang, Husam Musa, Tiang Chua dan beberapa orang lagi pemimpin daripada Pakatan Pembangkang.
Temubual dengan Mat Syabu;
Danniel Omega: Asalamualaikum Tuan Haji, apa khabar ?
Mat Syabu: Walaikumuasalam, baik...sihat...hermmm adeh, deh,deh..!!
Danniel Omega: Ok, boleh tak Tuan Haji bagitau atau berkongsi cerita bagaimana bermula terjadinya kemalangan yang sehingga menyebabkan Tuan Haji berada didalam keadaan yang seperti ini sekarang?
Mat Syabu: Oh ya..tentu sekali boleh, hermmm adeh,,aduiii!.. ceritanya bermula macam ni..., waktu tu iaitu waktu saya nak letak motosikal saya kat tepi jalan, tetiba saya terdengar bunyi siren dari kenderaan pihak polis, jadi saya gabralah. Masa tu jantung saya mulai berdebar-debar almaklumlah kita ni dah lah melanggar arahan polis supaya jangan masuk KL pada 9 Julai, lepas tu kita masuk juga pasal mau teruskan perarakan haram tu..mana tak menggigilnya.
Danniel Omega: Ooo begitu. Ok, lepas tu apa yang Tuan Haji lakukan?
Mat Syabu: Lepas tu saya jadi sangat serbasalah...ye lah macam kata orang, berdiri salah dudukpun rasa bersalah..macam tak tau nak buat apa benda. Kalaulah ada Normah dengan saya ketika itu bolehlah juga saya minta pendapat dari dia. Nak lari, nampak sangat juga kita ini macam bacho...lalu saya tanpa berpikir panjang, tarik motosikal kapcai lama saya yang baru saja saya parking tadi, start, apa lagi saya rempuhlah jalan entah mana arah arrow kat atas jalan..saya gasak saja, tak tersedar rupanya saya dah masuk laluan yang salah...tu lah pasal terus bertembung dengan Land Rover Polis tu.
Danniel Omega: Ooo macam tu, tapi kenapa dalam Harakah, Suara Keadilan dan Roket, Tuan Haji kata yang trak polis melanggar motosikal yang ditunggang Tuan Haji tu padahal Tuan Haji telah masuk lorong yang salah?
Mat Syabu: Ye lah, saya malu sebenarnya dan untuk menutup rasa malu lebih baik bagi saya reka-reka saja cerita, biar rakyat percaya, biar Ambiga, George Soros, Tian Chua percaya yang saya memang kena belasah dengan Polis. Nanti kalau saya katakan yang saya langgar trak Polis, mustahil Ambiga akan bagi komisyen penuh kepada saya. Pasti Ambiga akan bagi separuh saja. Mana cukup. Mana cukup, pasal duit saya sendiri juga banyak dah saya labur untuk BERSHIT tu, saya bagi RM100 sorang-sorang kepada mereka yang mahu ikut serta dalam perhimpunan tu..kira saja kalau yang ikut saya 800 orang, berapa duit yang terpaksa saya keluarkan.
Danniel Omega: Ooo begitu. Jadi kesimpulannya Tuan Haji lah yang sebenarnya telah melanggar Land Rover Polis tu dan bukannya kesalahan Polis sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media pembangkang sebelum ini?
Mat Syabu: Ya, betul. Tapi harap jangan siarkan pengakuan saya ni dalam mana-mana media ok...kecuali dalam blog Anak Merdeka.
Danniel Omega: Ok, terima kasih banyak-banyak Tuan Haji kerana sudi untuk ditemuramah oleh pihak kami.
Mat Syabu: Ya...terima kasih kembali.
Temubual dengan Anwar Ibrahim;
Danniel Omega: Asalamualaikum Datuk Seri. Datuk Seri apa khabar?
Anwar Ibrahim: Walaikumuasalam..., khabar kurang baik ada, baik juga ada hermmmm...
Dannel Omega: Ok Datuk Seri, untuk tidak melengah-lengahkan masa, saya mahu bertanya sesuatu dengan Datuk Seri berkenaan dengan kecederaan yang telah dialami oleh Datuk Seri sewaktu menyertai perarakan haram dihadapan KL Sentral 9 Julai lalu. Boleh tak Datuk Seri terangkan bagaimana sebermulanya Datuk boleh terlibat didalam insiden yang sehingga membawa Datuk Seri terlantar seperti ini di atas katil wad hospital ini?
Anwar Ibrahim: Yaaa...terima kasih. Saya ringkaskanlah ceritanya. Kisahnya macam ni, kita ni tau-taulah kalau dah buat salah pasti ada rasa bersalah. Tipulah kata kalau kita tak ada sebarang rasa takut pada undang-undang. Sayapun sama macam Mat Syabu juga, nama kami sama-sama telah tersenarai didalam 91 mereka yang tidak dibenarkan oleh Polis untuk masuk ke kawasan Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu tetapi kami degil serta langgar juga arahan polis tu.
Masa berarak dengan Ambiga serta orang ramai itulah maka saya terdengar bunyi siren dari kenderaan pihak Polis...wew wew wew wew wew wew bunyinya. Saat tu saya dah mula rasa gelisah. Tetiba saja terpikir untuk berpatah balik. Lalu saya pusing balik sambil membiarkan Ambiga berarak lalu dan saya kembali semula ke bangunan dimana kami mula keluar...dan saya berlari nak masuk semula ke dalam bangunan KLSentral tu. Tau tak apa jadi, saya tak perasan yang pintu KL Sentral tu merupakan kaca. Ye lah, mana saya tau waktu tu pintu bangunan itu ditutup atau dibuka.
Danniel Omega: Ooo kalau begitu, maknanya Datuk Seri telah terlanggar pintu kaca Bangunan Kl Sentral tu lah?
Anwar Ibrahim: Ya, tepat sekali. Setelah terlanggar..saya jatuh pasal kepala saya rasa pening-pening lalat akibat terhantuk pada pintu kaca bangunan tu. Saat saya tergolek kat atas lantai bangunan tulah saya terkena pijak para peserta demo hari tu, orang punyalah ramai....300, 000 orang lah katakan...mana tak ramainya. Mana mereka boleh perasan yang saya tergolek di lantai bangunan. Orang riuh, teriak reformasi lagi, punyalah bising.
Danniel Omega: Ooo...jadi maknanya kecederaan Datuk Seri ini adalah berpunca dari kelalaian sendirilah. Bukan begitu Datuk Seri?
Anwar Ibrahim: Ya, betul...semuanya terjadi dari kesilapan yang telah saya lakukan selama ini. Selalu leka. Gila Kuasa dan buat macam-macam hal yang menyusahkan rakyat Malaysia. Isk, isk,isk.....
Danniel Omega: Ok..terima kasih banyak-banyak Datuk Seri kerana sudi melayan temuramah pihak kami.
Anwar Ibrahim: Ya...sama-sama.(dalam hati***hensem juga wartawan nih)
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Julai 12, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Hahaha..siuuttt jek..terbaeeklah bro.Ntah geli jek dua-dua ekor ni nak jadi pemimpin..nak nak mat syabun tu..eiii furleasee
Wangi74,
makasih bro, macam tu lah lebih kurangnya pengakuan terus terang setelah keduanya insaf dan sedar dari kesilapan yg telah mereka lakukan sebelum ini he he he...
Catat Ulasan