Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Julai 25, 2011

Pencerobohan PPP ke Sarawak hanya mengundang masalah baru...

Dengan kemasukannya secara paksa ke dalam politik negeri Sarawak, saya melihat ke hadapan bahawa tiada apapun jua yang mampu dibuat oleh PPP nanti yang boleh membantu negeri ini menuju ke arah rakyatnya yang bersatupadu melainkan hanya menambah satu lagi perpecahan dikalangan rakyat di Sarawak yang sebelum ini memang sudah berpecah kepada beberapa kumpulan yang terbentuk hasil dari kehadiran parti politik luar seperti DAP, PKR dan DAP.

Perpecahan sedia ada akibat daripada ideologi parti politik yang berbeza hanya akan merugikan masa depan masyarakat di Sarawak ini sendiri yang baru saja berjumlah sekitar 2 juta lebih penduduk. Dan apabila semakin banyak perpecahan berlaku dikalangan mereka maka beerti semakin lemahlah perjuangan yang hendak dibawa. Manakan tidak, apabila satu kumpulan hendak membawa sesuatu yang baru demi kebaikan negeri ini pasti akan ada satu, dua, tiga atau empat kumpulan lain yang menekan dan membantah sehingga menyebabkan banyak peluang akan terlepas begitu saja.

Kita tidak bermaksud menentang kedatangan mereka ke negeri ini sekiranya nampak jelas ia akan membawa kebaikan tetapi apa yang kita bantah ialah jika kehadiran PPP ke Bumi Kenyalang semata-mata untuk menghangatkan suasana politik di negeri ini yang akhirnya hanya akan menimbulkan keadaan yang tidak stabil kepada negeri ini apabila berlaku pertelagahan pendapat dikalangan pemimpin sesama pemimpin yang mengakibatkan rakyat turut menjadi mangsa keadaan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KDG2 PELIK GAK DGN SIKAP PPP NIH. NAK MEMBANTU KE NAK MELINGKOP?. KNP TUNGGU NK DKT PRU BARU BUAT KEJE BODOH?. PATUT DIA TUMPUKAN DULU KAT KAWASAN SENDIRI...ADOIYAIII

hilbert berkata...

Itulah yg nampak peliknya bro...sedangkan dikawasan sendiripun belum tentu mereka menjaga rakyat dgn baik.,ini nak pula jaga kawasan yg jauh

Arkib Blog