Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 23, 2011

Amanah: Ku Li tubuh parti baru ?

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen UMNO Gua Musang, Kelantan
Mungkinkah juga YBM Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sedang mengambil langkah bersedia awal sebelum berlaku apa-apa terhadap nasib masa depan politik beliau atau lebih kurangnya Ku Li mahu sediakan payung terlebih dahulu sebelum hujan turun.

Pagi tadi saya baca satu artikel terkini dari blog saudara Azli Shukri - Tengku Razaleigh Hamzah : satu nama yang dilupakan dan juga lalu pada satu pautannya di Harakah Daily dimana ianya memuat berita mengenai penubuhan satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka atau singkatannya Amanah oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Amanah, dengan Tengku Razaleigh sendiri yang berperanan selaku pengerusinya manakala Amanah juga telah melantik enam orang timbalan presiden atau pengerusi serta tujuh orang naib presiden. Mereka yang dilantik dalam kedua-dua jawatan timbalan presiden dan naib presiden Amanah adalah bekas ahli politik Sarawak, bekas menteri kerajaan pusat, Presiden Majlis Peguam serta bekas pegawai kerajaan.

Struktur jawatan dalam Angkatan Amanah Merdeka(Amanah) adalah seperti berikut;

Presiden Amanah :
YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Timb. Presiden Amanah :
(1) - Datuk Sri Daniel Tajem ... bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
(2) - Datuk Seri Ong Tee Keat ... bekas Menteri Pengangkutan Malaysia/bekas Presiden MCA
(3) - Tan Sri Abdul Kadir Sheik Fadzir ... bekas Menteri Penerangan Malaysia
(4) - Datuk Subramaniam
(5) - Datuk Seri Wilfred Bumburing ... ahli politik negeri Sabah
(6) - Datuk Bujang Ulis ... bekas menteri dalam kabinet kerajaan Sarawak

Naib Presiden Amanah :
(1) - Wan Saiful Wan Jan
(2) - Dr. Patau Rubis ... bekas menteri kabinet Sarawak/bekas Presiden Parti STAR
(3) - Ong Hock Siew
(4) - Datuk Mohd Azmi Razak
(5) - Ragunath Kasavan ... Presiden Maljis Peguam Malaysia
(6) - Tan Sri Simon Sipaun ... bekas Pegawai Perkhidmatan Awam Sabah
(7) - Mohd Lukhman Ghani

Melihat kepada senarai nama-nama mereka yang berjawatan penting dalam Amanah iaitu dari jawatan presiden, timbalan presiden serta naib presiden, kebanyakan daripada mereka berlatarbelakangkan politik dan adalah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menolak sebarang andaian umum sekiranya pertubuhan Amanah itu adalah sebuah parti politik kerana akhirnya nanti ia tetap akan menjadi sebuah pertubuhan berasaskan politik serta menjayakan agenda politik dan teori mengenainya diperkuatkan lagi dengan kenyataan awal Tengku Razaleigh yang lebih banyak menyentuh tentang corak pentadbiran negara dibawah kepimpinan YAB DatukSeri Mohd Najib Tun Razak yang digambarkannya sebagai tidak betul.

2 ulasan:

whiteorange berkata...

Kalaulah setiap pemimpin UMNO yang kalah akan menubuhkan parti Baru, bertambah parahlah melayu !!!!!

Ku Li Ku Li!!! cukup cukuplah!!!

Orang Melayu cuma perlukan Satu sahaja platform untuk terus survive ...

ajai62 berkata...

Assalam Bro

Ku Li ni dari dulu memang bercita-cita nak jadi PM.. macam Anwar, tapi cara dia dalam sepi/lesu dia bertindak... Dia masih mencari platform untuk dia bertapak walaupun perjuangan politiknya dilihat semakin malap

Arkib Blog