Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Jun 09, 2011

Lelong bayangan: PKRjaya akan dilelong Khamis ini pada harga RM6.1juta !

Kalau sebelum ini rakyat Malaysia sering diwar-warkan dengan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang tetapi kali ini mereka akan adakan pula satu lagi demo bagi membayangkan hasrat mereka jika diberi peluang untuk mentadbir negara ini.

Dulu mereka pernah berkata akan melelong Putrajaya sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia namun belumpun berkuasa mereka sudah mulai membiasakan diri dengan melelong apa saja benda yang pada mereka patut dilelong.

Sebelum ini banyak juga yang sudah dilelong oleh Pakatan Pembangkang ini seperti keamanan dan imej negara, perpaduan rakyat, keharmonian dan persefahaman beragama serta kedaulatan undang-undang di negara ini.

Yang terbaru, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai Pakatan Pembangkang akan melelong Ibu Pejabat parti itu pada kadar harga RM6.1juta dan akan dilakukan pada hari Khamis. Fuhhh!!!...

Tiada ulasan:

Arkib Blog