Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Jun 04, 2011
Bulan sudah jatuh ke riba DAP !!!
Muktamar PAS yang ke-57 telah menyaksikan kebanyakkan daripada perwakilan seluruh negara menolak dengan jelas golongan Ulama dari jawatan-jawatan tertinggi dalam parti kecuali Presiden YB DS Hj Abdul Hadi Awang yang sebelum ini telah menang tanpa bertanding. Andaikata jawatan Presiden PAS turut ditandingi nescaya Hj Abd Hadi juga akan sama tewas bersama dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Keputusan itu terpaksa dibuat oleh para perwakilan setelah mereka menimbang sedalam-dalamnya akan hubungan yang semakin intim antara DAP dengan PAS. Untuk terus akrab dengan DAP maka kebanyakkan ahli-ahli PAS berpendapat adalah lebih baik mereka menukar sekaligus pemimpin dalam parti yang selama ini dikuasai oleh golongan Ulama kepada pemimpin yang sekular seperti Datuk Salehuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mr. Mahfuz Bean Omar.
Bersesuaian dengan keputusan yang sudah ditentukan oleh kesemua perwakilan dalam PAS hari ini, kini PAS yang pada asalnya diwujudkan membawa bersamanya dasar perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepenuhnya dan berikrar untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tanpa kerjasama dengan mana-mana parti yang dikuasai oleh orang bukan Islam namun semua itu sudah tidak lagi memberi sebarang makna kerana demi untuk memenuhi matlamat dan agenda politik dengan DAP dan PKR, maka PAS sanggup pula mengubur dasar yang mereka sendiri perjuangkan selama ini apabila memperkenalkan dasar baru untuk PAS "negara berkebajikkan."
Dengan Mohamad Syabu yang sudah sah menjadi orang nombor 2 dalam PAS serta duduk di sebelah kanan Presiden parti yang turut didukung dari bawah oleh 3 Naib Presiden PAS YB Datuk Salehuddin Ayob, YB Datuk Husam Musa dan YB Datuk Mahfuz Omar ini bermakna hanya selangkah lagi yang diperlukan oleh golongan sekular itu hendak menguasai sepenuhnya Parti Islam SeMalaysia apabila timbul satu hari nanti usaha untuk menyingkirkan YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dari jawatannya sebagai Presiden PAS akan digerakkan secara perlahan bagi memastikan agar tiada lagi golongan Ulama yang berada didalam kepimpinan peringkat tertinggi dalam parti.
Dari 'negara Islam' kepada 'negara berkebajikkan' telah menunjukkan PAS sebenarNYA sedang mengalami kekeliruan yang sangat teruk. PAS keliru dengan permainan yang dimainkan oleh DAP. Parti komunis itu sentiasa bermain wayang untuk mengelirukan PAS, mereka masuk Surau, masuk Masjid, masuk ruang solat didalam Masjid dan inilah yang membuat PAS menjadi keliru apabila sering mendakwa bahawa DAP sudah semakin dekat serta memahami Islam padahal DAP berbuat demikian hanyalah semata-mata untuk mencari dimana kelemahan yang terdapat pada orang Islam khususnya PAS dan semua itu dilakukan tanpa disedari sebabnya perbuatan DAP yang sedemikian sentiasa dialu-alukan oleh orang-orang PAS sendiri tanpa menaruh sebarang syak wsangka terhadap muslihat DAP.
Kini, barisan kepimpinan terbaru didalam PAS adalah yang paling digemari oleh DAP, bulan sudah jatuh ke riba...pelanduk sudah berdiri depan mata buaya berkat kerjasama antara DAP dengan PKR akhirnya telah menghasilkan sebuah parti yang dulunya dikenali sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS) tetapi kini sudah berubah menjadi sebuah Parti Islam sekular SeMalaysia apabila para perwakilan sanggup menolak pemimpin dari kumpulan Ulama untuk menerajui PAS apabila mengganti pemimpin sedia ada dengan pemimpin-pemimpin yang nyata sudah terpalit dengan masalah moral yang teruk.
Label:
muktamar PAS ke-57
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
SLM BRO..KLU TGOK PD BARISAN BARU PASRAEL, TENTU RAMAI DH TAU YG AGENDA PASRAEL NI CUMA NAK RAMPAS PUTRAJAYA. TU PSL DARI AWAL LG DIORNG DH TOLAK PERJUANGAN ISLAM. SO HARAP2 RAKYAT BUKAK MATE BESAU2 AKAN IMPIAN SEBENAR PARTI KHAWARIJ NIH HUHUHUHU
Tapi malangnya bro, masih banyak ahli2 PAS yang tutup mata dan telinga kepada kebenaran..
Catat Ulasan