SIBU 24 Mei : Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan terhadap laporan bahawa Kementerian Pelajaran akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke negeri ini tahun depan.
Presidennya, Datuk Sri Dr James Jemut Masing berkata, mereka terutama bimbang kerana di kalangan kumpulan itu, sejumlah besar akan terdiri daripada guru agama.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan praperayaan Gawai Dayak anjuran Sayap Wanita PRS Bukit Assek disini malam tadi, beliau berkata "mereka(guru-guru agama) itu tidak dilihat sebagai Ustaz atau Ustazah tetapi sebagai kaunselor bagi perkara-perkara yang saya tidak pasti."
Hal ini membimbangkan dalam erti bahawa jika mereka sebenarnya sebagaimana dikatakan, kecenderungan untuk mengajar tidak ada tetapi lebih kepada melihat aspek-aspek agama, dakwa beliau.
"Disinilah mungkin timbul implikasi berlainan" katanya.
"Saya harap saya salah, saya senang hati jika saya salah" tambahnya lagi - Bernama.
Komen AM:
Walauapapun sebagai seorang pemimpin DS Dr James Masing harus berjiwa besar dan bersikap terbuka dan tidak harus ada sifat syak wasangka berlebihan dalam diri. Bagi saya jika berlakupun kehadiran guru dari Semenanjung Malaysia tak kiralah samada dalam jumlah yang besar ke ataupun kecil ke negeri Sarawak maka beliau harus melihat perkara tersebut dari sudut pendidikan untuk generasi masa depan dan tidak harus dilihat dari segi kepentingan agama semata-mata.
Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai cita-cita besar dalam politik di negeri Sarawak, DS Dr James harus berani menerima sesuatu yang berbeza daripada kebiasaannya asalkan ianya bertujuan untuk membawa kebaikan kepada masyarakat dan beliau tidak perlulah untuk merasa resah gelisah dengan kedatangan 80,000 guru dari Semenanjung walaupun nanti mungkin akan turut disertai oleh kumpulan guru-guru agama.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Mei 24, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
4 ulasan:
salam 1 malaysia Hilbert...
berkenaan dengan hal ini sebenarnya ada pro dan kontranya... saya sebenarnya agak gusar sekiranya bilangan 80,000 guru semenanjung akan dibawa masuk ke Sarawak. Saya lebih senang sekiranya bilangan guru-guru semenanjung yang ditempatkan di Sarawak dikurangkan sedikit demi sedikit sebaliknya bilangan anak tempatan Sarawak yang dilatih menjadi guru ditambah tahun demi tahun. Bunyinya agak pelik namun ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya di sarawak selama 3 tahun lebih, kebanyakan guru-guru semenajung yang bertugas di Sarawak akan mula memohon pindah pada tahun kedua perkhidmatan mereka. Walaupun dasar KPM tentang pertukaran ini agak ketat namun beberapa alasan konkrit seperti berkahwin dan mebgikut suami akan memudahakan pertukaran. Ini menyebabkan saban tahun pelajar-pelajar Sarawak akan menerima guru-guru baru ( fresh ) yang agak kurang penaglaman. Anak tempatan yang diberi peluang latihan keguruan dilihat lebih selesa apabila pulang ke tempat asal dan jarang sekali minta berpindah, jadi mereka boleh menumpukan sepenuh tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran tanpa perlu memikirkan soal hendak pulang ke kampung. Begitu juga dengan pengisian jawatan dan pangkat, saya lebih selesa sekiranya anak tempatan sarawak yang mengisi ruang -ruang brkenaan. Namun kita tidak menafikan bahawa guru-guru semennjung yang berkhidmat di sarawak berjaya meningkatkan integrasi antara masyarakat tempatan dengan semenanjung malaysia ( orang malaya ). Pemikiran geneerasi kini juga sudh banyak yang berubah. Tiada lagi jurang pemikiran malahan boleh dikatakan kita sudah mencapai tahap persefahaman yang jitu. begitu juga dengan guru-guru dari sarawak, bilangan mereka yang ditempatkan di semenajung malaysia juga perlu dipertingkatkan. ini membantu meningkatkan lagi interaksi nasioanal disamping membudayakan konsep 1 malaysia. Namun...walau apapun keputusannya, seperti yang termaktub dalam etika keguruan walau dimana pun seseorang guru bertugas, ia perlu berbakti sepenuh jiwa dan raganya.. SARAWAK IBU PERTIWIKU
Salam Cikgu,
tetapi kebimbangan pihak PRS ialah mengenai kehadiran ustaz2 dan ustazah2 ke negeri Sarawak pada hal kerajaan tidak akan menempatkan guru dari kumpulan berkenaan di kawasan2 yg diduduki oleh masyarakat bukan Islam.
Guru agama hanya akan ditempatkan dikawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam dan itulah yang patut difahami oleh pihak PRS.
kita berharap supaya isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana banyak pihak mgkin akan cuba menangguk di air yang keruh di sebalaik stabilan perpaduan yang kita nikmati sekarg.. selamat bercti sempena pesta gawai hilbert...
Ya cikgu,
kita harap supaya DS Dr James Masing mendapat penjelasan daripada pihak kementerian pelajaran berhubung perkara ini.
Saya tak sambut perayaan Gawai cikgu, itu perayaan hanya disambut oleh suku kaum Dayak di Sarawak.
Saya hanya menyambut perayaan Krismas tiap hujung tahun.
Catat Ulasan