Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 01, 2011

Krisis Libya: sekarang siapa pengganas, Ghadafi atau Obama?

Keberadaan tentera negara Atlantik Utara atau NATO di Benua Afrika utara iaitu di Libya yang diketuai oleh Perancis jika menurut Obama pada asalnya adalah bertujuan untuk menghapuskan kegiatan pengganas kononnya berleluasa di negara berkenaan.

Ramai sangatlah agaknya pengganas di negara-negara Islam, itulah yang cuba untuk digambarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada masyarakat dunia. Kononnya kalau negara bukan Islam semuanya baik-baik lah..seperti Israel, Singapura, Ireland Utara dan yang lainnya.

Selain Perancis, tentera NATO juga turut dianggotai oleh Greece dan beberapa buah lagi negara dari benua Eropah dan tentera NATO ini hanya menjalankan operasi ketenteraan di Libya mengikut telunjuk dan arahan sepertimana yang dimahukan oleh Amerika Syarikat dan Barrack Obama.

Terbaru, atas arahan Obama, tentera NATO telah membedil kediaman Muammar Gadhafi yang menyebabkan anak lelaki bongsu pemimpin Libya iaitu Saif Al-Arab Muammar Gadhafi berusia 29 tahun bersama 3 cucu Gadhafi terkorban akibat serangan ganas tentera NATO di kawasan yang didiami oleh penduduk awam.

Setakat ini kita belum lagi mendapat tahu apakah agaknya reaksi pemimpin-pemimpin dari negara Islam di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam berhubung dengan serangan kejam oleh tentera NATO ke atas ahli keluarga Muammar Gadhafi.

Apakah pemimpin-pemimpin 3 negara ini bimbang sekiranya mereka bersuara mengenai kekejaman tentera NATO di Libya maka kerajaan Amerika Syarikat akan bertindak memutuskan hubungan diplomatik serta hubungan dagang ataupun mungkin ketiga-tiga pemimpin tiga negara ini terpaksa membisu walaupun sedar tentang kezaliman tentera NATO di Libya sudah menjadi semakin tidak terkawal lagi kerana khuatir dilabel sebagai negara yang menyokong keganaasan.

Ketika menyerang Iraq dulu, tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarrikat terus bertegas bahawa Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein memiliki sejumlah senjata pemusnah namun sehingga ke saat ini Amerika Syarikat masih gagal untuk membukti samada dakwaan mereka terhadap kerajaan Saddam Hussein di Irag itu benar ataupun bohong belaka.

6 ulasan:

abdul razak berkata...

Muammar Ghadafi mesti bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku sekarang di Libya.Kita tidak tahu Islam jenis apa Ghadafi ini,sanggup membunuh rakyat sendiri untuk menegakkan DINASTI nya.Dalam sejarah Islam kita semua tahu,dinasti yang pernah ada tidak akan kekal lama.Sebenarnya dia tahu padah yang akan menimpa dirinya dan juga keluarganya,kerana pemerintahannya yang begitu lama.

Team Mazlelan berkata...

Tunduklah kepada Israel wahai semua orang islam...dan kamu akan selamat dan beroleh dunia yang bahgia

whiteorange berkata...

sdr abd razak

Zalimkah Gadaffi??

Mungkin sdr lupa islam mengajar kita supaya taat pada pemerintah walaupun zalim selagi ...

Siapa yang dizalimi?? rakyat?? rakyat yang bagaimana ???

Dari dahulu barat menggunakan istilah zalim untuk menghalalkan apa sahaja tindakan mereka

tidak belajarkah kita dari pengalaman lalu

bukankah libya yang mahu menentang kezaliman barat ???

Zalim dijadikan sebab untuk menyerang libya ..

TUJUANNYA ??? tak lain tak bukan adalah kerana EMAS HITAM @ MINYAK

KENAPA NEGERI CHINA TAK DIBOM?
KENAPA MYANMAR TAK DI bom
KENAPA ISRAEL X DIBOM

KENAPA NEGARA ISLAM SAHAJA YANG PERLU DI BOM ?????

BUKA MATA SDR !!!

ADAKAH INDONESIA DAN MALAYSIA AKAN JADI SASARAN SELEPAS INI?

INGAT SEBELUM TERLAMBAT
MUNGKIN KITA SELEPAS INI ..SETELAH BANYAK NEGARA ISLAMDITUNAIKAN JANJI MEREKA

hilbert berkata...

Abdul Razak,
huruhara yang berlaku di Libya sekarang tercetus akibat tindakan campurtangan kuasa asing dan sebelum semua itu iaitu semasa pemerintahan Muammar Gadhafi kita tak pernahpun dengar perkara seperti apa yang didakwa oleh Barat.
Ingatlah bahawa pihak Barat sentiasa cuba untuk menimbulkan suasana tegang diseluruh Bumi Islam, lihatlah di Afghanistan, Iran, Iraq, Palestine...lihatlah apa yg telah mereka lakukan..Islam seolah-olah lemah untuk menentang mereka.

Team Mazlelan,
mungkin itulah gambaran yg boleh kita berikan, semua terpaksa tunduk kepada sekutu Israel...demi kuasa politik.

WhiteOrange,
Yap!! setuju bro, tapi apakah yg mampu rakyat sesebuah negara itu lakukan jika pemimpin mereka sendiri terus mengunci mulut mereka dari menyuarakan bantahan kepada kuasa besar dan pengganas seperti Amerika Syarikat.

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..CUKUP MUDAH MEREKA MEMINTA MAAF SETELAH BERJAYA MEMBUNUH ANAK2 KECIL DAN ORG TUA YG X BERUPAYA. DIORANG TAU KE PELURU TU MEMILIH MANGSA?..ZIONIS NI LA BANGSA YG ANUWAR AGUNG2KAN!...HARKKK PTUIHHH!!

hilbert berkata...

Salam Jeffry,

kuasa besar memang berusaha mencipta seribu alasan bagi membolehkan mereka menceroboh mana2 negara yang tidak disenangi, pembohongan penduduk tempatan akan terus dijadikan modal Amerika Syarikat untuk menghalalkan kekejaman ke atas negara lain.

Arkib Blog