Mengikut laporan rakan saya dari Kapit, peniaga jam Omega dari PKR iaitu Anwar Ibrahim sekali lagi pada kempen PRN Sarawak disitu telah mengulangi semula semua janji-janji yang pernah beliau taburkan kepada para pengundi di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah semasa PRU-12 2008 dulu.
Janji Anwar, kalau 16 April hujung minggu ini rakyat Sarawak memilih Pakatan Pembulak melalui undi mereka maka pada keesokkan harinya iaitu pagi-pagi lagi sebelum ayam berkokok semua harga barang akan diturunkan serta merta termasuk harga minyak petrol dan minyak diesel yang menjadi keperluan utama kepada semua jenis kenderaan yang digunakan untuk melancarkan segala bentuk urusan yang berkait rapat dengan perkhidmatan menggunakan pengangkutan air, darat mahupun udara di negeri ini.
Rakyat Sarawak yang sesetengahnya memang mudah percaya dengan segala bentuk pembohongan oleh pihak Pakatan Pembulak terutama sekali oleh Anwar Ibrahim pasti akan menerima bulat-bulat apa saja perkataan yang keluar dari bibir Anwar tanpa terlebih dulu untuk berpikir dalam kepala tentang munasabahnya perkara yang dijanjikan itu boleh terlaksana dalam tempoh yang begitu pantas dan singkat dalam sekelip mata saja.
Apabila Anwar Ibrahim sanggup berjanji kepada rakyat Sarawak tentang perkara yang jelas nampak adalah sangat mustahil untuk ditunaikan walaupun nanti sekiranya mereka mampu menubuhkan sebuah kerajaan negeri di Sarawak tetapi andaikata perkara itu benar-benar terjadi bagaimana pula dengan kerajaan negeri sendiri yang setelah itu mengambilalih tampuk pentadbiran kerajaan dari tangan Barisan Nasional, adakah pihak pakatan pembulak juga sudah bersedia untuk menurunkan semua jenis kutipan cukai dari mana-mana sumber pendapatan kerajaan yang sebelumnya jika hasrat untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya terpaksa dilakukan demi untuk memenuhi segala janji-janji yang mereka telah buat kepada rakyat.
Pihak Pakatan Pembulak mahu tidak mahu terpaksa melakukannya dengan menurunkan semua kutipan kadar cukai mengikut nilai harga barangan yang tertentu kerana jika ini tidak dilakukan, adakah kerajaan Pakatan Pembulak akan mendapat kerjasama yang baik daripada pemilik-pemilik syarikat minyak misalnya apabila kerajaan Pakatan Pembulak hanya mengkehendaki harga jualan minyak diturun sedangkan nilai cukai yang dikenakan masih mengikut jumlah yang diperkenalkan oleh kerajaan yang terdahulu.
Jika sesetengah rakyat Sarawak boleh berpikir sedikit mengenai perkara seperti ini maka saya melihat walaupun pihak Pakatan Pembulak sanggup membuat janji bulan bintang kepada mereka pasti mereka akan membuat penilaian sendiri samada janji itu boleh diterima masuk akal ataupun tidak. Rakyat sendiri boleh menilai antara cakap kosong Pakatan Pembulak dengan cakap berisi pihak BN, kerana kalau semua harga barang diturunkan dan cukai juga diturunkan, jadi sudah tentulah kerajaan Pakatan Pembulak terpaksa untuk mewujud sumber baru yang boleh terus menjana kepada perolehan negara melalui kutipan cukai dan semuanya terpaksa dilakukan bagi menampung kekurangan akibat cukai yang diturunkan demi memastikan agar para peniaga juga akan menurunkan semua harga barangan mereka.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, April 13, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan