Bukan senang untuk menjadi senang dan juga bukan susah untuk menjadi susah. Betul juga kata-kata peringatan seperti ini dan begitu juga dengan PKR, bukan senang untuk mereka menguasai politik di Bumi Kenyalang ini kalau tanpa persefahaman yang jitu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Pembangkang.
Sikap bongkak, angkuh, sombong serta tamak haloba sudah lama berakar umbi di dalam PKR memang sukar untuk dikikis dan tidak semudah itu juga bagi mereka yang sudah terbiasa dengan sikap yang merugikan itu untuk menjauhi diri dari terus terjebak dalam amalan yang amat dibenci walaupun oleh rakan mereka sendiri.
Begitulah juga dengan bala yang datang silih berganti melanda Parti KeADILan Rakyat yang seterusnya membengkak bagaikan penyakit barah yang telah merebak hingga ke Bumi Kenyalang apabila nasib PKR Sarawak kini sudah terletak di dalam tangan para pemimpin Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menentukan tindakan yang harus PKR lakukan jika masih mahu bertanding menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri nanti.
PKR sebenar kini sudah terikat dengan semua syarat yang telah diletakkan oleh SNAP dan mereka tidak lagi boleh sewenang-wenang untuk bertindak sebagai boss yang sesuka hati memperbodohkan serta memperlekehkan rakan-rakan sendiri yang ada di dalam Pakatan Haram sebagaimana PKR lakukan terhadap PAS di Semenanjung Malaysia yang hanya mampu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim tanpa sebarang bantahan.
Baruk Bian yang berjiwa kecil serta bernafsu besar yang sudah lama menyimpan keinginan untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak sebaik-baiknya lupakanlah saja angan-angan yang akhirnya akan hanya memalukan diri beliau sendiri. Sudah jelas dan nyata bahawa SNAP samasekali tidak akan mengizinkan PKR untuk berkuasa di Bumi Kenyalang ini apatah lagi untuk merestui Baruk Bian yang datang dari etnik kaum terkecil di Sarawak sebagai seorang Ketua Menteri.
Semua pemimpin PKR harus ingat akan satu perkara iaitu walaupun SNAP pada pandangan mata kasar mereka kelihatan sebagai sebuah parti pembangkang di negeri ini namun pada hakikatnya SNAP juga adalah sebuah parti yang pernah bersama-sama dengan kerajaan Barisan Nasional membangun negeri ini dan rakyat tidak akan lupa akan segala sumbangan SNAP terhadap pembangunan di negeri ini.
Seperkara lagi yang PKR mesti mahu ingat iaitu, Presiden SNAP iaitu Edwin Dundang sebenarnya tidak pernah sama sekali untuk mendesak Ketua Menteri Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk berundur malah beliau sendiri pernah melahirkan sokongan kepada Pehin Sri untuk terus menerajui kerajaan negeri Sarawak bagi tempoh sepenggal lagi iaitu selepas PRN Sarawak yang ke-10 ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Mac 24, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan