Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 18, 2011

DNA: Anwar kedekut, macam mana nak jadi Perdana Menteri ?

Kalau dah benda yang sekecil dan semudah DNA tu Anwar Ibrahim tak juga mampu untuk tunaikan sepertimana yang diminta iaitu setelah rakyat memohon agar beliau menyerahkan setitis sampel darahnya kepada pihak mahkamah apatah lagi sekiranya perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada itu seperti projek-projek jalan raya, projek bekalan air, projek bekalan elektrik luar bandar, projek perumahan, subsidi minyak dan sebagainya seandainya nanti apabila telah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-169.

Rakyat hanya meminta Anwar Ibrahim memberikan sampel darah beliau kepada pihak mahkamah untuk dianlisis serta dibandingkan dengan contoh darah 'lelaki Y' yang terpercik pada tubuh Mohd Saiful Bukhary Azlan dan bukannya meminta beliau menyerahkan banglow mewah, kereta mewah, handphone Blackberry ataupun memohon sebarang projek yang berskala besar daripadanya tetapi cuma perkara mudah.

Anwar Ibrahim berangan-angan hendak jadi pemimpin nombor satu negara tetapi sikap kedekut yang ditunjuk oleh beliau hanya terhadap benda yang remeh-temeh macam tu adakah layak untuknya menerajui sebuah negara seperti Malaysia yang kebanyakkan daripada penduduknya dari masa ke semasa sentiasa memerlukan sentuhan daripada seorang pemimpin yang sangat prihatin serta pemurah seperti yang ada pada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ?

2 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Alasan Anwar bila aku dah jadi PM baru boleh DNA aku serahkan... Kita nak kata apa?

hilbert berkata...

Salam,

Tapi kita rakyat perlu kata pada Anwar, selagi dia belum serahkan sampel DNA beliau itu maka selagi itulah dia belum diizinkan jadi seorang Perdana Menteri sebab rakyat mahukan seorang Perdana Menteri yang sempurna untuk memimpin Malaysia.

Arkib Blog