Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 14, 2011

Saya takkan meletak matlamat asal penulisan pada 'blog ranking' !

Di sebabkan memang saya sedar sejak dari mula bahawa laman blog saya ini adalah yang tercorot atau yang terburuk diantara laman-laman blog yang lain, maka itulah antara sebabnya kenapa saya tidak ada niat langsung untuk mendaftar laman blog saya untuk dipaparkan trafik ranknya kepada sebuah laman web khas untuk tujuan itu iaitu Alexa.com selain saya memang tidak pernah langsung berhasrat untuk meletakkan matlamat asal sebab musabab saya menulis atau membangunkan blog sendiri kepada kepopularitian atau kepada tinggi rendahnya hits sesebuah blog itu.

Disamping menyedari betapa bahasa, cara penulisan yang saya gunakan setiap kali menerbitkan setiap artikel jelas begitu tidak tersusun sehingga ada yang membacanya gagal cuba untuk memahami mesej yang hendak saya sampaikan melalui blog ini dengan baik dan saya sedar tentang semua itu.

Tetapi walau apapun saya tak akan mengalah semua itu dan selagi terdaya saya akan mempertingkat cara penulisan, memahami bahasa yang bagaimana mudah untuk difahami dan yang lebih penting bagi saya ialah saya takkan mempertaruhkan niat sebenar saya menulis demi kerajaan yang telus seperti Barisan Nasional dengan meletakkan laman blog saya di tengah-tengah laman blog maupun laman web yang sudah berada pada kedudukan sebagai yang terhebat di antara yang hebat.

Anak Merdeka akan tetap dengan cara yang tersendiri dan tak akan bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam menentukan kedudukan tangga blog masing-masing kerana jika itu yang kemudiannya akan diambilkira sebagai pengukur kepada kekuatan seseorang blogger itu dalam membantu pihak kerajaan terutamanya didalam memperbetulkan persepsi masyarakat yang ada sesetengahnya masih keliru dengan dakyah Pakatan Pembangkang maka sudah tentulah perjuangan asal yang hendak ditegakkan akan tergelincir dari landasan sebenar.

8 ulasan:

MALAYSIAN UNITED berkata...

salam.. minta jasa baik tuan untuk link kan blog saya di dalam blog tuan..
www.malaysianutd.blogspot.com
TQ

kuchingitam berkata...

syabas bro,

kamu blogging bukan kerana rangking...hehehe.


yang penting maksud yang hendak di sampaikan.

hilbert berkata...

Salam MU,

Ok..dah saya linkkan...

Kuchingitam, betul jugak :-))

Truth prevails berkata...

yeap Brother, no worries about ranking..you have your own readers and I am one of them....yg utama mesej yg anda ingin sampaikan itu...all the best, keep on writing, no gimmicks!

Ular Menyusur Akar berkata...

Hilbert, kita selalu bertemu di alam maya. Blog UMA dan paut ke belum?

UMA pun sama. Menulis sekadar melepaskan perasaan. Baru masuk alam bersara. Kat tempat kerja tak berhenti bercakap. Dah bersara kalau tak lepaskan perasaan, boleh meletup nanti. Takde ranking pun takpe. sekurang kurangnya ada juga sumbangan pandangan kepada masyarakat.

He..he... anak saya kerap ketawakan ejaan saya. Ejaan lama campur baru. Bahasa, bahasa kitab dia kata.

hilbert berkata...

Truth Prevails : Yeh, saya setuju..terima kasih.. :)

UMA : nanti saya semak(periksa)..
oooo saya tak perasan juga UMA..nanti saya mau teka ;)

ISAC berkata...

Bro...

Nak bagi rating banyak bukan susah... Posting banyak2 dalam satu hari...

C & P blog orang pun X apa...

Tajuk kena gempak....

Gambar kena "XXX"

Gurau bro lama X komen dekat blog tuan...

hilbert berkata...

hah???!!..posting banyak2..macam perli sja,, :)

..kalu saat bosan nak tulis kat dinding bangunan masalah jugak...kelak kena saman dengan PBT, habislah ISAC..jadi kenalah juga tulis kat dalam blog lah he he...

Arkib Blog