Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 22, 2010

Malunya rasa bila Malaysia punya wakil rakyat yang bertingkah umpama beruk !

Walaupun kejadian yang benar-benar telah membuatkan perasaan malu yang teramat sangat sebagai seorang rakyat Malaysia dengan perbuatan dan kekecohan yang sengaja ditimbulkan oleh wakil-wakil pembangkang di Dewan Rakyat beberapa hari yang lalu mungkin biasa bagi mereka namun bagi kita yang sentiasa mempertahankan apa yang dikatakan tentang Malaysia bahawa rakyatnya penuh dengan sikap terpuji saling hormat menghormati, terkenal dengan sifat pemurah dan bantu membantu, berbudi bahasa, bersopan santun, berpekerti mulia dan yang baik-baik saja tetapi malang sekali apabila sikap seumpama itu tidak ada pada sesetengah para pemimpin atau wakil mereka.

Malu sangat rasanya bila gelagat wakil-wakil rakyat daripada pembangkang sewaktu kejadian itu berlaku dalam Dewan Rakyat tempoh hari walaupun tidak sepenuhnya dapat diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia dan tidak terkecuali juga warga asing yang bekerja di negara ini yang sentiasa ingin mengikuti perkembangan semasa apa yang berlaku di Parlimen mulai mempersoalkan berkenaan dengan negara ini yang dilabel sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi semangat kerjasama, disiplin, amalan hidup bersama yang saling menghormati sesama mereka sebagai satu rakyat Malaysia tetapi telah tercalar dan tercemar dek perbuatan dan kelakuan yang tidak pernah kita fikir akan boleh terjadi dalam Parlimen Malaysia tempat dimana segala undang-undang dipinda, diusul, dibahas dan diluluskan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Arkib Blog