Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 12, 2010

BABI adalah HARAM dalam agama Kristian !


Apabila timbul isu seorang pelajar di Sekolah Rendah St. Thomas Kuching yang membawa bekalan makanan berupa sosej babi bersama dengan nasi goreng menjadi isu hangat di Parlimen dan kelihatan pula ianya cuba dijadikan modal politik oleh pihak Pakatan Pembangkang maka saya juga sudah tidak tertahan rasanya untuk turut mengulas mengenainya makanya saya mengambil keputusan ini untuk kembali menulis khususnya mengenai perkara ini bagi membantu memecah sedikit kebuntuan yang mungkin menjadi beban bagi mereka pihak yang terlibat dalam isu berkenaan.

Semua pihak memang sudah sedia maklum kini bahawa budak ini iaitu pelajar berkenaan adalah merupakan anak kepada seorang pemimpin dalam PKR, Beginda anak Minda atau nama Islamnya Nor Azman bin Abdullah seorang mualaf manakala ibu kepada pelajar ini yang namanya Basil ialah Angela anak Jabing seorang penganut agama Kristian jika berdasarkan kepada nama beliau namun status agama anak mereka berdua yang belum diketahui lagi setakat ini samada dia Islam ataupun Kristian.

Tetapi apa yang ingin saya sentuhkan disini ialah tentang tindakan yang bakal akan dikena kepada guru terbabit. Saya menjadi sangat bersimpati kepada guru berkenaan apabila beliau terus menjadi sasaran bukan saja oleh ibubapa pelajar ini malah oleh pihak pemimpin tertentu dari Pakatan Pembangkang bila turut campurtangan yang pastinya nanti akan mengeruhkan lagi keadaan. Saya tertanya-tanya kenapa pulak boleh jadi begitu ? Bukankah guru berkenaan sudah melaksanakan kewajipan yang diberi kepada beliau dengan baik ? Sepatutnya pihak sekolah berterima kasih kepada guru terbabit dan bukannya mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau.

Yang telah menjadi isu pokok dalam perkara ini ialah BABI dan yang menjadi punca kepada isu ini ialah seorang pelajar Sekolah Rendah Bantuan St. Thomas Kuching yang berusia 10 tahun yang status agamanya belum dapat ditentukan lagi, adakah dia beragama Islam atau adakah dia beragama Kristian ? Untuk pengetahuan pembaca sekalian, biar manapun antara satu dari dua agama samawi ini yang dianuti oleh budak berkenaan tetapi hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak dan mereka juga terutamanya penganut-penganut agama Kristian itu sendiri perlu sedar dan faham bahawa daging BABI adalah tetap HARAM bagi pelajar ini dan juga kepada seluruh umat Kristian di atas muka bumi ini tanpa mengira apa mazhabnya.

Di kesempatan ini saya ingin semua orang Kristian terutamanya di negara ini untuk merujuk mengenai perkara ini di dalam Al Kitab Perjanjian Lama Surah Imamat Fasal 11:7-8, yang menyebut "(7)Demikian juga babi, kerana memang berkuku belah, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. (8)Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram semuanya itu bagimu." Dan saya memang sedar ada dikalangan pemimpin-pemimpin agama Kristian yang tahu mengenai perkara ini tetapi atas sebab-sebab yang tertentu maka mereka tidak pernah mengingatkan penganutnya terutamanya yang masuk Kristian melalui konsep "bidan terjun" tentang makanan yang diharamkan atau yang tidak dalam ajaran Kristian melainkan mereka hanya diajar cara-cara berdoa dan lain-lainnya lagi.

Kepada guru yang berkenaan, saya disini akan berdiri dipihak anda. Anda telah bertindak betul dalam perkara ini demi kebaikan bersama dan kepada pihak Kementerian Pelajaran pula saya menyeru, tak payahlah terlalu tunduk kepada tekanan serta desakan politik. Laluilah cabaran mereka dengan keberanian dan ketegasan. Lahirkanlah generasi yang penuh bertanggungjawab untuk negara ini dan bukannya melahirkan generasi yang akan merosakkan masa depan rakyat serta masa depan negara Malaysia.

12 ulasan:

Mohd Naser berkata...

Patutlah puak ni dah feel good dengan babi... tak baca habis kitab depa yang babi tak boleh di mengetadarah.

Aku sokong cikgu ni, sebab cuba mempertahankan apa yang dilarang oleh agama dia....

DIA Muhammad Ashraf Alexis berkata...

http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com/

pbian20 berkata...

Kepada saudara yang menulis ruangan diatas, pengetahuan saudara dalam agama kristian adalah terlalu cetek. Saudara mengambil satu ayat dalam perjajian lama lalu membuat kesimpulan. Ayat yang anda rujuk ini, perlu dibaca bersama Injil Matius fasal 5, ayat 17 dan Kisah para rasul fasal 10, ayat 12 hingga 16. Sila baca sebelum membuat kesimpulan.

hilbert berkata...

salam Mohd Naser, salam Muhd Ashraf,..terima kasih.

Sudra20, saya akan jawab komen anda pada artikel yang akan datang..di ruang komen tidak sesuai.
Saya sibuk sekarang.. t/kasih.

christhoper berkata...

KATA KITA SATU MALAYSIA???? KALAU SATU MALAYSIA, MENGAPA SERING ADA ISU YANG DITIMBULKAN UNTUK MENGERUHKAN KEHARMONIAN DI MALAYSIA INI???
SEMUA SUDAH TAHUKAN, ISU APA YANG SENSITIF DAN TIDAK BOLEH SESUKA HATI DI PERBINCANGKAN SECARA UMUM??? ATAU SAUDARA YANG MENULIS ARTIKAL INI SENGAJA ATAU TIDAK SUKA DENGAN KEAMANAN DI MALAYSIA?? FIKIRLAH, MALAYSIA BUKAN MILIK SATU BANGSA, AGAMA, KETURUNAN DAN KEPERCAYAAN...ITU KENA FAHAM.

hilbert berkata...

Slm sdra Christopher, slm 1malaysia.

Saya bukannya berniat utk menimbulkan isu2 tertentu tetapi tulisan saya hasilkan ini bertujuan untuk mengingatkan sesetengah pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya di negara ini agar terlalu ghairah untuk memperpolitikkan sesuatu perkara itu sehingga membawa kepada ketidakstabilan hubungan diantara kaum dalam Malaysia ini.

Harap anda faham. Walau mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis tetapi kita harus belajar untuk menerima hakikat dan kenyataan bahawa apa yang saya tulis berkenaan dengan daging haiwan itu adalah menurut apa yang ditegah dalam agama Kristian itu sendiri dan dari segi etika kesihatan pulak daging haiwan berkenaan jika selalu dimakan akan mendatangkan berbagai risiko penyakit kepada penggemarnya.

x_shs berkata...

Untuk renungan Hilbert yang tak ada masa, tapi ada masa untuk post benda-benda macam ni, ini maksud pbian20 yang patut awak baca sebelum membuat sebarang sebarang kenyataan terbuka seperti ini.

Matius fasal 5, ayat 17:
" Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi.Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku'.

Kisah para rasul fasal 10, ayat 12 hingga 16:
'Di dalamnya terdapat segala macam binatang berkaki empat, binatang menjalar dan burung-burung liar. lalu ada suara berkata kepadanya, "Petrus bangunlah! Sembelihlah binatang itu dan makanlah!"
Petrus menjawab, "Tidak, Tuhan! Aku tidak pernah makan apa-apa yang haram atau najis."
Tetapi suara itu berkata lagi, "janganlah menganggap haram apa yang sudah dinyatakan halal oleh Allah." perkara itu berulang sehingga tiga kali, lalu kain itu terangkat kembali ke langit.

christhoper berkata...

IA...ITU MUNGKIN PADA PENDAPAT AWAK.. DAN ITU HANYA PADA PENDAPAT AWAK SEORANG...BUKAN DAN TIDAK KEPADA ORANG YANG LAIN. KALAU HENDAK SANGAT PUN BERPOLITIK...MENGAPA HARUS ISU SEUMPAMA INI YANG ENGKAU TERBITKAN??? PADA HAL, BANYAK LAGI ISU LEBIH PENTING YANG HARUS DIKETENGAHKAN BERKAITAN DENGAN POLITIK. KALAU BETUL NIAT AWAK HENDAK MENGINGATKAN PEMIMPIN - PEMIMPIN PARTI POLITIK, RASA SAYA BUKAN ARTIKAL SEUMPAMA INI YANG HARUS AWAK BANGKITKAN...SEBAB KALAU ARTIKAL INI AWAK PUN SAMA DAN SERUPA MEREKA ITU. AWAK PUN PERLU DIINGATKAN JUGA SEBAB APA YANG AWAK TULIS SAMA JUGA BOLEH MENGERUHKAN KEAMANAN SE-MALAYSIA. KENA INGAT, MALAYSIA BUKAN MILIK SATU BANGSA, AGAMA, KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN!!!!

mohamed berkata...

sdr. x-shs

"janganlah menganggap haram apa yang sudah dinyatakan halal oleh Allah."

'Di dalamnya terdapat segala macam binatang berkaki empat, binatang menjalar dan burung-burung liar.

Adakah semua binatang dimuka bumi halal dimakan?

Kalau begitu,tentu kita tidak bermaksud ALLAH yang sama. ALLAH kami ada menentukan haram halalnys.

SangGuna berkata...

Hilbert,
tujuan kau memang bagus, memang ada byk masalah boleh di timbulkan jika kita berniat utk menimbulkanya walau dari perkara sekecil mana pun.
Jadi selesaikan dgn cara yg baik dan ahli politik tak payah nak terlalu mendesak.

SAYA PENGIKUT KRISTUS YANG BENAR berkata...

Shallom ..
Kepada saudara-saudari seiman ..
Mat 5:17-18
5:17. "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.
5:18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

SAYA PENGIKUT KRISTUS YANG BENAR berkata...

Mari membaca dan menyelidik firman Tuhan wahai teman-teman seiman ...
kita sebagai orang kristen yang benar, kita harus lah menaati seluruh Firman Tuhan itu ..
Bertobatlah
Mat
5:19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.

Arkib Blog