Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Ogos 29, 2010

Bila roh Jalur Gemilang mengamuk, Indonesia harus bersedia !

AKU YANG GAMBI: Indonesia-gunung Sinabung meletus, satu peringatan...: "Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara (Sumut) telah meletus malam tadi sekitar jam 1.10 pagi waktu Malaysia setelah lebih 410 t..."

Memang benar apa yang saudara Yang Gambi gambarkan maka setiap kali selepas penunjuk perasaan oleh segelintir rakyat Indonesia membuat demonstrasi dengan membakar Jalur Gemilang sudah tentu malapetaka akan menyusul dan berlaku di wilayah tertentu di Indonesia.

Saya tetap percaya apabila Jalur Gemilang dibakar dan dipijak, roh serta semangat bendera kebangsaan yang menjadi lambang kemegahan, lambang segala apa yang rakyat Malaysia miliki pasti akan meratap dan menangis sebagaimana perasaan rakyat Malaysia bila melihat negara ini dihina sedemikian rupa oleh rakyat Indonesia.

Rakyat Malaysia, pemimpin Malaysia berbudi, membantu dikala negara serta rakyat Indonesia didalam kesukaran tidak sama sekali mengharapkan balasan apa-apa cuma mahu melihat saudara serumpun boleh menikmati kebahagiaan hidup sama seperti rakyat Malaysia juga.

Tetapi harapan rakyat Malaysia serta juga harapan para pemimpin negara ini sering saja tidak dihargai malah seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini segala bantuan dari negara Malaysia turut dihina dan dicerca.

Kini rakyat Malaysia, juga pemimpin Malaysia janganlah lagi kita bersikap "hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong" dan lebih baik kita ambil sikap seperti "pinggan tak retak, nasi tak dingin."

Malaysia negara merdeka, Malaysia negara berdaulat dan Malaysia negara yang punya maruah serta harga diri dan kita jaga negara kita, kita masih banyak yang perlu diuruskan untuk pembangunan negara serta rakyat dan tidak perlu lagi untuk membuang masa melayan sikap dingin sejuk panas yang tidak matang jiran yang tak pernah mengenang budi kita.

Terima Kasih !!!

6 ulasan:

Mohd berkata...

Lain kali bila ada bencana alam di Indonesia, kita pejamkan mata saje. Jangan jadi bodoh beri bantuan!
Indon yg tak mengenang budi

anaz berkata...

betul..! boikot jer.. Kat sana Islam-Islam atau islam-Kristian bergaduh sampai potong kepala. Primitif betul..

Jeffry berkata...

TU BARU GUNUNG BERAPI YG MELETOP..BLUM LG API KEMARAHAN RAKYAT MSIA YG MELETOP!..LEH TEBABOOOMMMM LA BUMI INDON JWBNYEEEE!!

hilbert berkata...

Setuju bro Mohd.. :-)

Anaz, tak cukup kepala orang kepala parang pulak mereka potong nanti...

Bro Jeff, saya rasa itu adalah satu peringatan kpd mereka2 yg suka merusuh dan menghina serta membakar bendera Jalur Gemilang.
Setiap kali selepas mereka buat yg sama pasti selepas itu bencana menimpa bumi Indon..

Hareez Haiqal ™ berkata...

setuju ngan Jeffry!

gunung berapi itu baru peringatan sahaja!
balasan tuhan sekejap jer kita boleh saksikan..
nasib baek rkyat malaysia semunya mempunyai budi pekerti yg tinggi..
Alhamdullilah..
kita dpt hidup aman damai~
stuju ngan abg Hilbert..

hilbert berkata...

Terma Kasih Hareez atas komen,

Tuhan Maha Kuasa, Dia Maha Mengetahui.

Yang berlaku pula telah terjadi dalam bulan Ramadan dan rakyat Malaysia pun belajar erti kesabaran melaluinya, dan rakyat Malaysia sentiasa diberkati olehNya.

Arkib Blog