Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 27, 2010

Piala Suzuki AFF 2010: Cahaya laser mungkin angkara penyokong Indonesia sendiri !

Apabila media Indonesia mula memainkan isu kekalahan pasukan Garuda Indonesia 0 - 3 di tangan pasukan Harimau Muda Malaysia adalah gara-gara pancaran cahaya laser yang dihalakan ke muka penjaga gol mereka maka kita berhak untuk menepis dakwaan liar sedemikian agar ianya tidak mempengaruhi keadaan semasa perlawanan pusingan kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Senayan Jakarta 29 Disember 2010 nanti.

Saya dapat rasakan besar kemungkinan yang pacaran cahaya laser tersebut adalah angkara penonton atau para penyokong pasukan bolasepak Indonesia sendiri kerana disebabkan mereka sudah menduga yang pasukan kebangsaan negara mereka akan tewas pada perlawanan semalam. Seperti apa yang pernah kita lihat sewaktu perlawanan yang terdahulu di mana Malaysia kalah  5 - 1 kepada Indonesia kejadian serupa juga telah berlaku apabila kelihatan cahaya laser dipancarkan ke arah muka penjaga gol Malaysia.

Tapi kita tidak pula menyalahkan ke atas perkara berkenaan sebagai punca skuad bolasepak kita gagal pada pertemuan dengan Indonesia tetapi lebih kepada mencari kelemahan pada gaya persembahan yang dipamerkan.

Tahniah sekali lagi buat pasukan bolasepak negara atas kemenangan semalam !!!

4 ulasan:

JoN berkata...

indon mmg pnah x gentle dlm apa2 pkara pun, walhal kes laser ni pun ms malaysia men di bung karno pun dh ada cuma player malaysia x amik endah je, dan dh mmg dpt agak dh kalu indon ni kalah mmg diaorg akan seribu satu alasan nk cover kekalahan diaorg..

Abu Garcia berkata...

Aku nak laser sikit ... Kenapalah GLC-GLC kita tak pandang langsung untuk sponsor Pasukan Bolasepak Negara. Kenapa kita terhegeh-hegeh sangat nak sponsor pasukan luar terutama EPL. Contoh tepat ... TM sain kontrak 5 tahun untuk sponsor MU. Tapi tak dak hati langsung nak sponsor Pasukan Kebangsaan. Apakah kerana CEO TM tu grad dari UK yang menyebabkan dia bernostalgia (syok sendiri) untuk "buang duit" sponsor MU? Tolonglah patriotik sikit. Kamu tu GLC kena ingat dan apakah penduduk GREAT BRITAIN tu semua pengguna perkhidmatan TM? Jawab ya ... jangan tak jawab !

SangGuna berkata...

baguslah indon terus mencari alasan, bangsa yg lemah adalah bangsa yg akan menjadikan apa2 pun sebagai alasan.
p/s : klu nak bagi alasan kita blh beri sampai beribu2 alasan.
Tahniah malaysia.

eXception berkata...

Indon penipu besar...

http://exception2008.blogspot.com/2010/12/akhbar-indon-penipu-tahap-tak-ingat.html

Arkib Blog