Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 26, 2010

Doa dan Harapan buat Skuad Harimau Muda + semoga berjaya dan Malaysia boleh !

Malam ini kita semua rakyat Malaysia bersama-sama mengiringi perjuangan Skuad Harimau Muda negara dengan sebaris doa semoga mereka akan mencapai kemenangan yang penuh bermakna sepertimana yang kita semua harap-harapkan.

Walaupun ada di antara kita yang mungkin tidak dapat bersama-sama dengan mereka yang lain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini untuk memberikan sokongan padu secara langsung namun dari kejauhan ini juga kita akan terus meniupkan semangat juang buat mereka Harimau Muda dengan doa-doa dari kita semua supaya kemenangan tetap memihak kepada pasukan negara.

Juga harapan agar permainan malam ini tidak akan dicemari dengan sebarang kejadian yang kita semua tidak ingini. Kepada penyokong kedua-dua belah pihak Malaysia dan Indonesia yang akan menyaksikan secara dekat di Stadium Nasional Bukit Jalil, jika mana satu pasukan akan kalah maka terimalah dengan hati yang terbuka dalam semangat kesukanan yang tinggi sebab kalah menang memang sudah menjadi adat dalam mana-mana pertandingan dan mana mungkin dalam setiap pertandingan yang melibatkan dua pasukan kedua-duanya akan menang dan pasti salah satu daripadanya pasti akan kalah manakala yang satu lagi sudah tentu akan menang.

Malaysia Boleh !!!

1 ulasan:

intan berkata...

tahniah & syabas wat semua skuad harimau malaysia yg mengaum di bumi Indonesia.teruskan usaha untuk merangkul piala asia pulak selepas ini.hanya 1 yg d pinta,pemain pertahanan yg terlalu berharap pada penjaga gol....
kesian keeper.

Arkib Blog