Apa lagi kawan kita bila saja nampak muka Azmin Ali datang berkunjung ke Sarawak maka mulailah didalam kepala dia bermain satu angan-angan ~~~kalaulah PKR dapat rampas Sarawak daripada BN, ~~~kalaulah PKR dapat rampas Sarawak daripada BN, ~~~kalaulah PKR dapat rampas Sarawak daripada BN, ~~~sudah pasti aku jadi KM Sarawak...yahhhh aku akan jadi Ketua Menteri Sarawak !!!
Baru-baru ini Timbalan Presiden PKR yang baru dan yang menang melalui cara pemilihan mengikut amalan demokrusi baling membaling iaitu YB Azmin Ali telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Bintulu di Sarawak bagi menghadiri majlis makan malam pra-krismas dan sempena sambutan tahun baru masehi 2011 anjuran PKR Sarawak dan dikelolakan oleh Pengerusi PKR Sarawak encik Baruk Bian.
Menurut penulis blog Melanau Blogger , pada majlis berkenaan YB Azmin telah berjanji menerusi PKR Sarawak khas ditujukan kepada rakyat Sarawak mahu memperbahurui semula perjanjian yang terdapat dan yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang melibatkan berbagai perkara termasuklah soal autonomi bagi negeri Sarawak dan juga Sabah yang kononnya kalau mengikut dakwaan Azmin Ali maksudnya ialah telah disalahuruskan oleh kerajaan BN Sarawak dan juga BN Pusat.
Kelihatannya ramai juga para penyokong PKR Sarawak yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang tergolong didalam insan-insan yang bakal tertipu yang sebelum inipun memang mereka datang dari kelompok yang putus asa, kecewa, merana, frust menonggeng akibat ada satu perkara yang mereka buat selama ini tak jadi umpama peribahasa Melayu lama iaitu yang dikejar tak dapat yang dikendong jatuh berciciran, percaya dan khayal dengan semua janji yang telah dijanjikan oleh Azmin Ali pada majlis tersebut.
Saya mulai tertanya-tanya tentang autonomi yang telah dijanjikan oleh Azmin Ali itu, nak bagi autonomi yang macamana lagi kepada Sarawak sedangkan selama inipun Sarawak dan Sabah sudah mendapat lebih banyak kebaikan setelah bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu bagi membentuk sebuah negara yang berdaulat iaitu Malaysia. Sarawak dan Sabah selama ini jelas sudahpun ada kuasa autonomi yang sepatutnya harus dihargai dan dipertahankan.
Dalam sebuah negara yang bersekutu seperti Malaysia sudah pastilah setiap negeri yang ada didalamnya terikat juga dengan beberapa peraturan yang telah dipersetujui bersama sebelum tertubuhnya negara Malaysia dan adalah sangat Mustahil untuk sesebuah negeri itu boleh bertindak secara bersendirian dalam menentukan sebarang keputusan yang memerlukan sentuhan kerajaan Persekutuan untuk memuktamadkannya.
Harap rakyat Sarawak tidak akan masuk perangkap yang jika kita sudah terpedaya atau terperangkap oleh tipudaya pihak Pakatan Pembankang ini maka apa jua sesalan selepas itu tidak ada ertinya lagi dan adalah lebih baik kita beringat sebelum kena...sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Disember 14, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan