Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 16, 2010

Azmin Ali cuba 'isytihar perang' terhadap Yang DiPertuan Agong !!!

Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Azmin Ali sehingga saya memilih tajuk yang seperti diatas sebagai tajuk kepada tulisan terbaru saya ini? Melalui berita jam 1:30 dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah saya lihat bagaimana sikap paling biadap serta sangat terkutuk dan kurang ajar telah ditunjukkan oleh seorang wakil rakyat iaitu Azmin Ali serta beberapa orang wakil rakyat Pakatan Haram didalam Dewan Rakyat terhadap Yang DiPertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketika diri yang jelas kelihatan gagal untuk mengawal emosi ditambah pula dengan sikap panas baran beliau yang meluap-luap, Azmin Ali iaitu bini kedua Anwar Ibrahim yang juga madu kepada Wan Azizah Wan Ismail telah mencabar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar segera meletak jawatan sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat kerana tidak berpuashati apabila beliau serta Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan R. Sivarasa telah digantung selama 6 bulan dari menghadiri persidangan dewan atas kesalahan mempersoalkan keputusan Jawantankuasa Kebebasan Hak Parlimen yang juga turut dianggotai bersama Karpal Singh dan R. Sivarasa ketika berada diluar dewan.

Saya lebih terarah kepada Azmin Ali untuk menyatakan bahawa ada percubaan daripada beberapa orang wakil rakyat daripada Pakatan Haram siang tadi yang lebih mirip kepada usaha untuk melancarkan perang dalam Parlimen yang menempatkan dua Dewan iaitu satu Dewan Rakyat dan juga satu Dewan Negara yang mana Dewan Rakyat adalah merupakan sebuah badan Perundangan Tertinggi di dalam negara ini yang merangkumi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat bagi Ahli Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat dan juga Tuan Yang DiPertua Dewan Negara bagi Ahli Berhormat atau Senator yang telah dilantik oleh kerajaan dan pembangkang.

Tindakan yang sungguh drastik dan langsung tidak beretika seperti yang telah dilakukan oleh Azmin Ali terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar dengan desakan dan cabaran agar Yang DiPertua Dewan Rakyat meletak jawatan kelihatan benar-benar sudah sangat melampau dan telah terkeluar dari nilai-nilai terhormat yang harus ada pada diri setiap ahli yang berhormat sejajar dengan lafaz yang mereka buat semasa mengangkat sumpah sebagai Ahli Yang Berhormat di Parlimen dan tindakan sebegini yang mengganggu-gugat ketenteraman didalam dewan adalah merupakan satu bentuk serangan yang tanpa disedari terhadap kemuliaan dewan yang mana turut menempatkan kedudukkan teratasYang DiPertuan Agong dalam Parlimen serta juga serangan terhadap ahli-ahli berhormat yang lainnya.

Jika kita dapat imbas kembali kepada satu peristiwa yang sungguh menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu pada pertengahan tahun 2000 yang membawa kejadian hingga ke Sauk Perak iaitu di mana kumpulan pelampau Al-Maunah yang nekad telah bertindak melarikan sejumlah peralatan tentera berupa senjata api milik Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan sebentar jika kita bandingkan dengan apa yang cuba dilakukan oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang dalam Dewan Rakyat hari ini tadi maka suasananya agak lebih kurang iaitu telah tercetus satu suasana yang sangat gempar, benar-benar telah mengganggu perjalanan sidang dewan dan seolah-olah perang dunia ketiga telah meletus apabila terdapat semakin ramai wakil rakyat dari DAP dan PKR bangun yang bukan saja menyerang kedudukan Speaker di dalam Dewan malah turut berbalah dengan rakan-rakan mereka daripada Barisan Nasional.

Apa yang telah berlaku didalam Dewan Rakyat siang tadi seharusnya tidak boleh lagi untuk terus dibiarkan berlaku pada persidangan dewan yang seterusnya dan kepada kejadian hari ini diharap ada satu tindakan yang paling tegas akan diambil oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz terhadap para pelaku kepada kekecohan yang telah mencemar suasana mulia dalam dewan hari ini tadi dan rakyat Malaysia boleh syorkan agar Azmin Ali wajar diambil tindakan yang paling tegas kerana dia telah mencabar Tan Sri Pandikar Amin sebagai Spekear yang sepatutnya sentiasa dihormati ketika berada di dalam dewan oleh semua ahli yang berhormat sesuai dengan kedudukannya sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat selepas Yang DiPertuan Agong...

6 ulasan:

Yuseri Yusoff berkata...

Mantap Hillbert... dasar monyet.. aku memalukan negara jer..

hilbert berkata...

yup! YY..

Maruah wakil pembangkang di negara kita sudah jatuh terperusuk dibawah tapak kaki sebenarnya... adab sopan sudah hilang entah ke mana...betul2 membuat rakyat Malaysia malu dengan tingkah laku wakil rakyat seperti ini..

Mordecai Kucai berkata...

Ini diantara percubaan percubaan yang dibuat untuk menjadikan negara kita huru hara.

Anuwar menggunakan alat dan memperalatkan apa saja untuk kemusnahan negaranya.

Gempar! Kecoh! Adalah cita cita mereka.

Unknown berkata...

tiada yg mustahil dan pelik dengan PR. Ini bukan kali pertama mrk suka berbuat demikian namun rakyat bukannya bodoh dan sewel, rakyat memerhati skrg nie akan telatah PR.

Unknown berkata...

Salam hillbert..Harap dapat dilink kan Blog KLBOYZ di sini...
http://klboyzwangsa.blogspot.com

hilbert berkata...

Hahn,
apa boleh buat, sudah itu yg sesetengah rakyat pilih...mereka yg pilih monyet2 tu semua jadi wakil mereka di parlimen terima sajalah he he

Muhd Fauwaz,
Pakatan Haram tergamak berbuat demikian bagi saya adalah kerana tiada pilihan lain lagi..agak2nyalah

KL Boyz,
ok bro...bisa diatur dan saya dah linkkan.. :-)

Arkib Blog