Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 05, 2010

"nak ku nangis tak berairmataaaa"~~~Cawat! Cawat! Cawat!

...'nak ku menangis tak berairmataaaa... nak ku rayu pada siapaaaa......'''
Semasa menyampaikan ceramah pada pilihan raya kecil Manek Urai 11 Julai 2009 lalu, Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Hadi Awang telah menghina rakyat Sarawak kerana tidak memilih calon daripada parti PKR yang bertanding merebut kerusi DUN Batang Ai yang kemudiannya di menangi oleh calon daripada Barisan Nasional iaitu YB Malcom Mussen Lamoh.

Dalam ucapannya Haji Hadi telah berkata "Semua pilihanraya kecil sebelum  ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," katanya.

Jadi maknanya kekalahan calon PAS di DUN N.45 Galas Kelantan serta calon PKR dan SAPP di Parlimen P.185 Batu Sapi adalah kerana calon mereka sendiri yang masih pakai cawat kerana tak reti nak berkempen. Di sana pengundinya semua sudah pakai yang molek jadi tak patut lagilah Pakatan Haram tu akan kalah di tangan Barisan Nasional.

3 ulasan:

Agent X berkata...

hukum karma...

YANG GAMBI berkata...

Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi membuktikan rakyat sudah sedar selama ini PAS berselindung segala kemungkaran mereka disebalik jubah... PKR hanya mahu pertahankan kes 'liwat' Anwar... DAP nak hapuskan kuasa Melayu-Bumiputera..

hilbert berkata...

Aisanda: yah... betul tu...roda2 kotaraya...

Yang Ambi: PAS dulu pelampau agama tp kini PAS pelampau politik.
PKR dulu pejuang keadilan tp kini PKR pejuang ketidakadilan.
manakala DAP pula tidak berubah terus memperjuangkan hak kaum mereka saja..

Arkib Blog