Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir kini oleh kerajaan Pakatan Haram yang diketuai oleh Democratic Action Parti (DAP) dan disokong oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR) serta Pasrti Islam SeMalaysia (PAS) sudah semakin menuju kepada corak kepimpinan ala diktator dan seakan-akan kian menyamai cara kerajaan Serb di Bosnia yang terkenal dengan kekejaman mereka terhadap penduduk Islam di Bosnia & Herzergovina serta kisah penghapusan etnik Islam Bosnia secara besar-besaran oleh kerajaan komunis berkenaan.
Apakah kerajaan Pakatan Haram di Pulau Pinang sengaja buat-buat lupa bahawa negeri Pulau Pinang adalah tetap sebagai sebahagian wilayah Malaysia yang sah dan mereka memang tidak boleh sesuka hati untuk bertindak mengikut kata hati mereka sendiri terhadap penduduk terutamanya kaum Bumiputera serta para pemimpin pembangkang kerajaan di negeri berkenaan dengan mengenakan berbagai-bagai tekanan seperti penindasan serta penganiyan terhadap kaum Melayu yang sepatutnya tidak wajar dilakukan oleh mana-mana kerajaanpun terhadap rakyatnya dimana negeri yang mereka perintah.
Bermula dengan tragedi pengusiran secara terancang penduduk dari keturunan kaum India dari penempatan tradisional mereka di Kampung Buah Pala dan beberapa bulan selepas itu berjangkit pula ke Kampung Asam yang didiami oleh kaum Melayu dan kisah sebuah gerai yang dikenali sebagai gerai Do Re Mi yang telah diroboh turut menambah peristiwa hitam di dalam sejarah rakyat Pulau Pinang sejak negeri tersebut dikuasai oleh DAP/PKR dan PAS.
Penindasan serta tekanan yang sudah menjadi amalan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Haram Pulau Pinang bukan saja dikenakan terhadap rakyat biasa malah para pemimpin politik iaitu seteru mereka dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga tidak terlepas turut menjadi mangsa. Tidak boleh kita bayangkan seandainya ditakdirkan Pakatan Haram ini suatu masa nanti mendapat kuasa memerintah di Malaysia dan berjaya menubuh sebuah kerajaan, apakah akan terjadi kepada nasib rakyat terutama sekali kaum Bumiputera...memang sangat sukar untuk kita bayangkan apa yang akan berlaku.
Penganiyaan serta penindasan secara berterusan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Haram terhadap barisan Pembangkang yang diketuai oleh Datuk Azhar Ibrahim kini semakin menyerlah akan sikap diktator Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tidak demokratik sama sekali bila berhadapan dengan teguran serta kritikan dari pihak pembangkang. Dan banyak lagi kekejaman yang telah dan mungkin akan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Haram Pulau Pinang kepada rakyat Pulau Pinang yang tidak dapat dihuraikan sepenuhnya disini.
Kepimpinan ala kuku besi Lim Guan Eng inilah yang menyebabkan sekali lagi ketua pembangkang DUN Pulau Pinang YB Datuk Azhar Ibrahim di gantung 6 bulan setelah kali pertama beliau yang pernah digantung daripada menghadiri persidangan DUN sebelum ini gara-gara tuduhan daripada ADUN DAP yang menuduh Datuk Azhar kononya telah menepuk punggung ketika didalam dewan padahal beliau mahu beg yang diletakkan disebelah tepi kerusi tempat beliau duduk.
Inilah rupa DAP/PKR yang sebenarnya, mereka akan mengata bermacam-macam apabila perkara yang sedemikian melibatkan orang kerajaan tetapi mereka akan membisu dan diam seribu bahasa apabila perkara seumpamanya datang dari pihak mereka sendiri. Inilah cara demokrasi yang ada dalam DAP/PKR dan PAS.
Kepada rakyat N45 Galas Kelantan serta rakyat P185 Batu Sapi di Sabah, pilih dan undilah calon Barisan Nasional demi masa depan Malaysia yang gemilang !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, November 02, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan