Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, November 15, 2010

Datuk Salleh Jafaruddin akan kembali berpolitik di Sarawak...

Bekas Ahli Parlimen Mukah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Oya/Dalat, Datuk Haji Salleh Jafaruddin menurut satu sumber berita akan bergiat semula dalam politik negeri Sarawak selepas lebih 20 tahun menyepi dari arena politik Bumi Kenyalang.

Datuk Haji Salleh yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran ketika di era pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn serta semasa berada dalam Kabinet Tun Dr Mahathir telah menyatakan kesediaan beliau untuk kembali semula berpolitik di Sarawak menjelang pilihanraya umum negeri yang akan datang sewaktu dikunjungi oleh wartawan akhbar Malaysiakini di rumah kediamannya di Petaling Jaya Selangor.

Beliau yang juga merupakan ayah kepada pengulas sukan di Astro Arena iaitu Rashid Salleh adalah antara pemimpin politik yang terlibat di dalam mengasas sebuah parti politik yang berperanan sebagai pembangkang peringkat negeri dan pusat dikenali sebagai parti Permas pada tahun 1987 selepas berlakunya 'Peristiwa Ming Court 87' di Kuala Lumpur dan bersama beliau ketika itu selain Tun Rahman Yaakub adalah Wan Madzihi Wan Mahzhar, Wan Habib Wan Mahmud dan yang lain-lain lagi.

Ditanya tentang parti mana yang akan beliau sertai sekiranya hasrat untuk kembali berpolitik menjadi kenyataan kelak, Datuk Salleh belum dapat memutuskan perkara berkenaan cuma beliau menyatakan bahawa keadaan kesihatan serta ruang masa beliau yang banyak kini turut mengizinkan untuknya masuk semula ke gelanggang politik disamping keinginan beliau untuk kembali berkhidmat kepada rakyat Sarawak turut menjadi faktor pendorong.

Kepada ayahanda Datuk Salleh, kami sebagai penyokong kuat kepada Datuk suatu ketika dulu mengucapkan selamat kembali dan berharap agar Datuk menukar gear perjuangan atas landasan yang telah dirintis bersama oleh pemimpin kerajaan semasa dengan menyokong dasar perjuangan parti Barisan Nasional agar Sarawak terus makmur setara dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia dan kepada pemimpin-pemimpin tertentu dalam Barisan Nasional Negeri, usahlah merasa gusar atau gundah-gulana dengan kemunculan semula Datuk Salleh Jafaruddin di atas pentas politik Bumi Kenyalang tetapi anggaplah kehadiran beliau sebagai kepulangan seorang sahabat yang mahu membantu.

5 ulasan:

joecharlie berkata...

Dah tua dah nanti banyak masalah asyik sakit dan kena selalu cuti baik cari orang muda sikit dn sihat walafiat.

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, ada betulnya juga komen Joecharlie..... walau bagaimana pun jangan dipandang sepi hasrat seseorang veteran utk kembali semuala ke arena politik..

Afzainizam berkata...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Selamat Menyambut Aidil adha
Selamat menunaikan ibadah korban
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

eeemmm veteren ni tak leh pandang remeh pandangan dia... orang makan garam dulu katakan....

KAPAKTAJAM berkata...

KAPAK mengesyorkan kepada yg dah tua bangka kubur kata mari rumah kat pergi buat lar bertaubat akibat dosa2 yg dilakukan semasa dlm pentadbiran kerajaan dulu. Bukan baik sgt pun kes Ming Court dulu pun belum hilang dari sejarah.

Kalu dah gear tiga usah lar mimpi nk berkhidmat pada rakyat dan jgn guna rakyat utk kepentingan diri, rakyat pun getik dgn perangai tua dan nyanyuk tu. Buat banyak ibadat lagi bagus duduk mesjid ada masa lapang riadah. Duit dulu pun dah berkepuk tak habis lagi pun usah buat rakyat benci. Cuba lar duduk diam2. Masa Awak dah berlalu. Sekarang tenaga muda dan pemikiran muda yg diperlukan.

Pergi lar duduk diam2 jgn menuebok lagi, pada yg beri kata semaangat tu bukan apa nak kebas duit awak jer. sudah lar .... Ingat rumah kata pergi kubur kata mari. Buat lar panduan untuk kita bertaubat!

hilbert berkata...

Joe Charlie : kehadiran semula Datuk Salleh ke Sarawak tak perlulah nak buat kita rasa gelisah.. kita kena tunggu apa perkembangan seterusnya.

Yang Gambi : taulah joecharlie tu sudah mulai risau hehe.. Datuk Salleh bukan macam Anwar..dia jenis pemimpin yang tidak akan lupa asal usul hanya kerana politik tetapi dulu dia menentang Taib Mahmud pun ada sebabnya, beliau telah dilayan seperti orang yang tidak punya apa2..tempat duduk beliau telah diberi kepada DS Muhamad Leo Toyad tanpa sebarang alasan..saya masih ingat ianya berlaku pd tahun 1982..di SMK Dalat Oya.

Afzainizam : Salam Aidil Adha Selamat Hari Raya Qurban.

Kapaktajam : Terima kasih atas komen, bukan memuja cuma mengenang...

Arkib Blog