Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim bersama dengan para juak PKR dijangka akan datang dan berkampung di Bahagian Miri, Sarawak pada 23 Oktober ini iaitu pada hari Sabtu untuk melancarkan jentera gerak kerja pilihanraya PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang mungkin diadakan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.
Menurut beberapa maklumat yang boleh dipercayai menyebut yang majlis pelancaran berkenaan oleh DS Anwar itu akan dilakukan di banglow mewah milik Ketua PKR Bahagian Miri iaitu Dr. Teo Ka Tak di Jalan Tanjung, Tanjung Lobang.
Yang itu bukan isunya tetapi apa yang cuba saya bawakan disini ialah apabila ada desas-desus yang mengatakan bahawa PKR melalui DS Anwar akan mengambil kesempatan dari majlis itu untuk membangkitkan isu-isu yang sangat sensitif bagi semua kaum yang ada di Bumi Kenyalang ini.
Difahamkan bahawa ada usaha-usaha tertentu daripada pihak PKR yang cuba untuk melaga-lagakan kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Kedayan dan semua etnik lain dalam masyarakat Orang Ulu untuk bangun menentang kaum Melanau bertujuan untuk menekan kepimpinan Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud agar segera berundur.
Jika benar pihak PKR ada perancangan yang sedemikian, saya sangat berharap agar pihak berkuasa negeri gunakanlah kuasa imigresen yang ada untuk menyekat kemasukan mana-mana pemimpin parti politik dari menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini.
Kita bukan bermaksud untuk mengenakan tindakan serupa itu kepada mana-mana ingin memasuki negeri Sarawak tetapi sebagai rakyat kita juga perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan keadaan yang aman, selamat, stabil sentiasa terjamin disamping memperkukuhkan hubungan mesra sesama rakyat di negeri ini.
Kepada pihak yang datang dengan membawa bersama mereka niat untuk menghancurkan semua itu maka adalah wajar bagi mereka itu untuk tidak dibenarkan bebas menjelajah di serata negeri ini jika hanya akan mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan terhadap keharmonian kaum-kaum di Sarawak.
Saya sepertimana juga kaum lain di negara ini tentu sekali saya turut berhak untuk mempertahankan nama baik bangsa saya daripada dihina, dicerca dan dilabelkan dengan perkataan-perkataan yang tidak sedap untuk didengar. Jangan hanya tidak menyenangi Pehin Sri Haji Taib Mahmud maka seluruh kaum Melanau juga turut dimusuhi tanpa sebab yang tidak masuk akal.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Oktober 21, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
1 ulasan:
insyaallah, rakyat sarawak tidak akan mudah tertipu...Mereka kenal siapa pemimpin yang ikhlas dan siapa penipu.
Catat Ulasan