Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 26, 2010

27-10-2010 India jadi Little di Malaysia ! China, Indonesia, dll bila pulak ?

Esok tanggal 27hb Oktober 2010 hari Rabu siang, satu lagi sejarah penting bagi masyarakat India di Malaysia dan juga India akan tercipta apabila pemimpin nombor satu kedua-dua negara iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan rakan sejawatan beliau dari negara India TYT Manmohan Singh akan melakukan perasmian secara bersama untuk sebuah tapak perniagaan terbesar kaum India di negara ini iaitu Little India di Brickfields, Kuala Lumpur.

Pembangunan projek Little India ini yang bernilai RM35 juta telah dimulakan pada tahun 2008 dan projek ini dilaksanakan dalam dua fasa bermula dari kawasan Jalan Travers hingga ke Jalan Tun Sambanthan yang dijangka akan siap sepenuhnya penghujung tahun 2010 ini.

Projek ini sebenarnya telah berupaya menidak atau menafikan sama sekali semua tuduhan palsu yang tidak berasas oleh pertubuhan haram Hindraf  terhadap kerajaan Malaysia selama ini yang dikatakan mereka telah melakukan 'pembersihan etnik' terhadap kaum India di negara ini dan kejayaan projek Little India ini dengan sendirinya telah membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah sama sekali bertindak sekejam itu terhadap mana-mana kaum yang asalnya imigran di negara ini termasuklah kaum India itu sendiri.

Berbalik kepada projek Little India ini, dengan syarikat Malaysian Resourses Corporation Berhad(MRCB) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Little India, kedua-dua fasa dalam projek berkenaan yang bernilai RM35 juta membabitkan premis baru perniagaan, sebuah kompleks parkir dan pembesaran jalan serta melibatkan pembinaan kolam pancutan air tertinggi di negara ini iaitu 7.62 meter.

Maka dengan wujudnya Little India ini di Malaysia ini selain daripada satu kawasan beribadat khas untuk penganut Hindu di Batu Caves Selangor, ini bermakna masyarakat India sudah ada dua tempat kepentingan atau hak yang perlu dipelihara dan dijaga serta tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat Malaysia daripada kaum lain sebagaimana kaum bukan Bumiputera mempersoalkan hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera.

Bagi saya, apabila sudah wujudnya Little India di negara ini apakah ini tidak dilihat seperti seakan-akan telah membuka jalan kepada kaum-kaum yang lain pulak untuk menuntut perkara yang sama bagi kaum masing-masing dan apakah kerajaan suatu ketika nanti akan berdaya untuk berdepan dengan segala tuntutan seumpama itu samada untuk menolak atau menerimanya ?

Tidak terpikirkah kita jika suatu hari nanti masyarakat Malaysia dari kaum-kaum yang lain juga berkemungkinan akan membuat tuntutan yang serupa terhadap kerajaan apatah lagi disaat kekuatan kerajaan Barisan Nasional yang dianggap mereka seolah-olah masih lemah dan perlukan sokongan dan sudah pasti didalam keadaan kerajaan yang kurang upaya akan ada kaum-kaum tertentu yang mengambil kesempatan untuk terus menekan kerajaan supaya memenuhi kehendak mereka sekiranya masih mahu kekal berkuasa ?

Kepada pihak kerajaan, kita harap cukup, cukup...cukuplah setakat ini dalam memberi pengiktirafan keterlaluan kepada mana-mana kaum di negara ini agar di kemudian hari ianya tidak akan mendatangkan kesusahan lain pula kepada pihak kerajaan sendiri kerana bagi saya apa yang penting ialah apabila setiap orang sudah diterima sebagai rakyat Malaysia maka sudah tiada lagi yang lebih bernilai daripada itu dan tanggungjawab utama mereka selain untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan sudah semestilah negara ini iaitu negara Malaysia.

Kita khuatir sebab di negara ini bukan hanya setakat kaum India saja yang asalnya sebagai pendatang perlu dilayan sedemikian malah ramai lagi selain Cina ada Portugis, Jawa, Bugis, Banjar dan sudah tentu kumpulan ini juga nanti mahu agar diwujudkan juga untuk kaum mereka sesuatu yang istimewa sebagaimana yang telah diberikan kepada masyarakat India dan sekiranya ini berlaku sudah pasti perasaan tidak puashati diantara satu kaum dengan kaum yang lain sukar untuk dihapuskan dan akhirnya tentu akan menggagalkan Gagasan 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

7 ulasan:

redbox berkata...

saya setuju dgn pendapat saudara..meluat juga tgk kawasan tu..bukan racist ye tapi mcm kerajaan ni terhegeh2 sgt.. tp ada satu perkara
"Kita khuatir sebab di negara ini bukan hanya setakat kaum India saja yang asalnya sebagai pendatang perlu dilayan sedemikian malah ramai lagi selain Cina ada Portugis, Jawa, Bugis, Banjar"

encik..jawa, bugis, banjar tu kan MELAYU..mcm org cina ada org hokein, han dsbgainya..baik encik blaja sejarah betul2..takut2 jd mcm zahid hamidi plak.

SangGuna berkata...

Bro,
apa yg agas ckp tu betul, kau ni kena byk membaca, Jawa bugis banjar tu semua bukan pendatang, itu semua dalah suku2 dari rumpun melayu.
Kau ni kena byk membaca dan paham erti makna rumpun melayu di malaysia ni.
Tapi apa2 pun aku bersetuju dgn kau tentang 'India kecil' yg tak sepatutnya dibuat tu.
P/s- kau ni melayu ke atau bumiputra lain.?

hilbert berkata...

terima kasihlah Agas dan SangGuna,

itu hakikat yang mesti kita terima tetapi maksud saya ialah kita tidak mahu akan wujud lagi perpecahan dikalangan kaum Melayu yang dibentuk oleh suku-suku seperti Jawa, Bugis, Banjar, Senoi, Jakun, Minang, Iban, Bajau, Turki, Pakistan, Mamak serta Bumiputera lainnya dan jika berlaku perpecahan kecil ini maka kita tidak akan kuat serta menjadi lemah maka oleh itu bila kita hidup didalam negara seperti Malaysia yang masyarakatnya majmuk adalah elok untuk kita membina sesuatu yang mampu menyatupadukan kita dan bukanya mencipta sesuatu yang belum tentu boleh menjaminkan perpaduan antara kaum di negara ini seperti mewujudkan benda-benda yang boleh menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan kaum-kaum lain sekiranya ada kaum tertentu yang seolah-olah diberi keutamaan seperti pembinaan Little India.

P/S(SangGuna): Saya juga termasuk dalam rumpun Melayu dari suku Melanau Sarawak dan jangan pula kau kata aku bukan Melayu pulak...

Saya tahu yang Melayu adalah umpama rumpun serai serta punya rangkaian suku-suku yang banyak didalamnya tetapi oleh kerana beberapa perkara yang menghendaki perlunya disebut bahawa berbagai kaum mendiami negara ini maka wujudlah berbagai-bagai nama suku bangsa dalam masyarakat Bumiputera tercatat sebagai rakyat Malaysia yang mendiami negara ini dengan rukun dan damai walhal semua mereka sebenarnya datang dari satu rumpun iaitu Melayu.

Terima kasih daun keladi...

redbox berkata...

mmg la melayu kita ni byk rumpunnya..utk belajar sejarah melayu kita yg sgt panjang..

http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=323

mistisfiles.blogspot.com

Megat Alam Gempita berkata...

Jangan lihat yang negatif, dalam politik ada "give and take". Ini baru turn kaum bukan Melayu...turn orang Melayu - lagi besar - akan tiba tak lama lagi, syabas Najib!

parang terbang berkata...

mesti berbau ketiak little india tu...

PERHATIAN jika bangsa MELAYU hendak pergi ke sana diharap sediakan topeng jerebu bagi mengelak penyakit simptom2 hidung tersumbat....

dan tidak lupa bawak sama bodyguard 5 atau 10 orang.....

takut kes arwah sosilawati dan rakan2 berulang!

Hareez Haiqal ™ berkata...

wow~
suka sgt ngan projek nih..
kan bagus kalau kita hidup dlm keadaan bersatu padu sperti dahulu kala..
(tp skrg niyh agak goyang-goyang sket)

cantik sgt tmpt niyh..
moga produk pelancongan malaysia lebih bermutu dan maju~

China kan dah ada Chinatown dier kat Petaling Street tuh~

Arkib Blog