Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 27, 2010

Paderi 'lembut' hina Islam dan Nabi Muhamad. KDN patut segera bertindak !

Perbuatan oleh seorang Paderi yang berperwatakan "lembut" ini iaitu 'Father' Benjamin Stephen yang begitu celupar dan biadap sekali dengan menghina ajaran agama Islam, Kitab Suci Al-Quran serta Nabi Muhamad ketika beliau menyampaikan satu ceramah di sebuah Gereja yang terletak didalam bahagian Kuching Sarawak baru-baru ini tidak boleh diterima lagi oleh rakyat dinegara ini sebagai satu perkara yang biasa.

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini, kita tidak boleh lagi hidup dengan sering cuba untuk mencetuskan sesuatu perkara yang boleh membangkitkan perasaan tidak menyenangkan diantara satu dengan yang lain. Tidak salah dan tentu sekali tidak rugi untuk kita berusaha untuk hidup dalam keadaan yang rukun damai dengan sesama kita dalam negara ini walaupun kita semua datang dari latar belakang kehidupan atau asal usul yang sememangnya berbeza.

Sebagai seorang pemimpin agama(sekiranya benar) Benjamin Stephen sewajarnya bertanggungjawab membimbing umat Kristian khususnya ke arah jalan kedamaian sesama mereka dan juga dengan semua penganut agama lain dinegara ini dan bukannya membawa mereka menuju ke jalan kehancuran dan kemusnahan. Jesus Kristus, ajaran Kristian tidak pernah menuntut mana-mana penganutnya untuk bertelagah dengan sesiapa walau dengan orang yang tidak seagama.

Dalam isu ini kita semua mahu melihat tindakan yang paling tegas dan segera harus diambil oleh pihak berkuasa terhadap Paderi 'lembut' ini bagi menghalang beliau dari terus cuba untuk menimbulkan suasana serta keadaan yang tidak tenteram dan stabil dalam negara. Kita bukan mendesak tetapi kita sangat mengharapkan supaya KDN dibawah Datuk Seri Hisham lebih bertegas didalam isu sebegini dan kita tidak mahu perbuatan seperti ini jika dibiar berlarutan akan mewujudkan keadaan yang lebih membahayakan kepada keselamatan dan keamanan negara di kemudian hari.

8 ulasan:

Penditakainsingkat berkata...

Perlembagaan yang kita gunakan sekarang memang jelas untuk menjaga keharmonian pelbagai kaum dan kepercayaan agama.

Clip video yang saya tonton ini adalah contoh pelanggaran yang sengaja. Jika dibiarkan akan menjadi masalah besar kepada kesejahteraan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya dalam isu beragama.


Sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera BERMAKNA KERAJAAN SENDIRI YANG MENGHINA PERLEMBAGAAN NEGARA KERANA KUASA MENJAGA PERLEMBAGAAN ADALAH DI TANGAN KERAJAAN.

Bahtera Merdeka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bahtera Merdeka berkata...

Sekiranya kerajaan Malaysia benar-benar ingin menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata, maka perlulah tindakan segera diambil.

Perlembagaan kita telah terbukti begitu berkesan menjadi payung sekalian rakyat selama lebih 50 tahun hidup dalam aman sejahtera dan makmur sentosa.

Tidak ada sebab golongan muda kita, tidak kira dari agama apapun untuk mencetuskan rasa tidak selesa kepada mana-mana pengabnut Islam yang lain.

Kita pernah menembak mati Ibrahim Libya dan Amin al-Maunah kerana pergerakan mereka yang memanipulasi agama.

Clip video yang saya lihat juga mempunyai matlamat yang sama iaitu menanamkan rasa benci penganut ahgama kristian terhadap penganut agama Islam.

Keadaan ini tidak baik sama sekali.

Sementeara kerajaan masih ada kuasa maka hendaklah menangani perkara ini atau kerajaan memang tidak berupaya lagi kerana himpitan politik di sarawak.

Laksamana Bentan berkata...

DAP telah berjaya menghuruharakan politik semenanjung dan mereka berjaya menafikan 2/3 kuasa UMNO-BN.

Kini mereka mara setapak lagi untuk menguasai parlimen dan akhirnya cita-cita untuk meminggirkan kuasa bumiputera akan menjadi kenyataan.

Segalanya berlaku kerana pertolongan jihad PAS dan penjenayah politik bangsa Anwar Ibrahim.

Kerajaan Persekutuan pasti tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana bimbang kehilangan undi daripada penganut kristian yang juga adalah kaum pribumi

Yang paling untung ialah cauvinist-racist DAP yang akan dapat mengukuhkan pegangan kuasa politik mereka sebagaimana yang berlaku dlm pilihanraya kecil Sibu.

UjangRanggi berkata...

Paderi kristian bermain api permusuhan.

PAS menyuburkan permainan ini dengan menjemput pemimpin bukan Islam memijak sejadah tempat orang Islam sujud di surau dan mesjid di semenanjung.

PKR dan DAP terus mencatur agar kerajaan dalam keadaa serbasalah dan orang ramai semakin keliru. Akibatnya nanti berlaku pertembungan agama dan budaya.

Politik begini tidak seharusnya wujud di negara kita.

Lintau Perak berkata...

Kita harap Kerajaan mengambil tindakan segera untuk memlihara keamanan dan kesejahteraan kita semua.

kalau kerajaan tidak mampu melakukan sesuatu, pastilahkita dan anak cucu kita nanti akan hidup dalam kucar-kacir.

Semua agam seharusnya memimpin ke arah kedamaian dan kasih sayang.

sesejuk mata memandang berkata...

DS Hisham.. tak payah tunggu lama-lama nanti orang meluat..
Dah jelas lagi terang penghinaan dilakukan oleh Paderi ini yang rasanya amat wajar di ISAkan.

hilbert berkata...

Salam sahabat semua, terima kasih atas komen anda semua...

Penitakainsingkat, keluhuran perlembagaan negara kita sedang dipermainkan oleh sesetengah pemimpin pembangkang tanpa ada usaha serius dari pihak kerajaan untuk menghalangnya cuma memberi amaran demi amaran saja.

Bahtera Merdeka, kita harap bro agar KDN lebih tegas terhadap isu-isu seperti ini...

Laksamana Bentan, saya rasa pun lebih kurang begitu..terima kasih bro...

UjangRanggi, paderi jenis inilah yang sering merosak keharmonian dalam negara malah dalam Kristian itu sendiri juga.

Lintau Perak., ya bro kita semua harap KDN segera bertindak sebelum perkara seperti ini terus merebak.

Amnitpg, betul bro..harap menteri KDN tidak selalu memberi amaran lagi terhadap mereka2 yg suka menimbulkan keadaan yg boleh mencetuskan huru-hara dlm negara ni.

Arkib Blog