Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, September 07, 2010

Benarkah Cina Sarawak merana ditindas kerajaan BN ! ...Oh dasyat !

Marilah kita semua jika sudi baca dengan teliti apa yang terkandung didalam tajuk sebuah laporan berita di Utusan Borneo, terbitan Isnin 6 September 2010 sebagaimana yang telah ditulis oleh saudara Mohd Norhadie Sahari, seorang wartawan akhbar Utusan Borneo mengenai tuntutan oleh masyarakat Cina di Sarawak yang belum lagi ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak penubuhan Malaysia maksudnya lebih kurang.
SUPP kemuka tiga tuntutan
Masyarakat Cina mahukan agihan ekonomi yang adil dan sama rata, kata Dr Chan
MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mendedahkan terdapat tiga tuntutan yang dimahukan atau kehendaki oleh masyarakat Cina di negeri ini, selaras dengan konsep 1Malaysia.

Beliau memberitahu masyarakat Cina tidak meminta banyak tetapi cukup tiga tuntutan mereka dipenuhi iaitu peluang perniagaan yang diberikan sama rata tanpa mengira kaum, sistem pendidikan dan taraf hidup yang lebih baik.

Dr Chan memberitahu masyarakat Cina di negeri ini mahu memastikan bahawa terdapat agihan ekonomi yang adil dan bukannya dikuasai oleh pihak tertentu. "Dibawah konsep 1Malaysia, peluang perniagaan perlu diberi sama rata tanpa mengira kaum kerana jika masyarakat Cina tidak diberi ruang maka mereka akan mencari peluang lain diluar negara," katanya.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah tindakan sedemikian bukan sahaja akan merugikan kerajaan malahan sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan akan terus lesap. "Kehendak masyarakat Cina supaya peluang perniagaan diberikan sama rata perlu dipertimbangkan kerana jika golongan itu mencari peluang diluar maka hasrat untuk mencapai status negara maju tidak akan tercapai," katanya.

Dr Chan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian pada majlis makan malam ulang tahun ke-85 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) di Hotel Imperial Miri, Malam kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan, masyarakat Cina di Sarawak kini semakin lantang dan berani menyuarakan tuntutan, masalah dan isu yang tidak menyenagkan hati mereka. "Sekiranya mempunyai masalah, kemukakan terus kepada kita supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dan jangan hanya pandai mengangkat nama semata-mata demi kepentingan sendiri," katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya mempunyai inti pati yang memberi keadilan sama rata tanpa mengira kaum kaum dan agama. "Tiada hak keistimewaan yang diberikan dalam konsep 1Malaysia kerana ia adalah konsep yang adil dan saksama kepada semua kaum walaupun ada individu tertentu suka mengangkat nama untuk mendapatkan hak keistimewaan," katanya.

Dr Chan memberitahu, ia bukan masanya lagi untuk golongan itu mengangkatkan nama demi untuk mendapatkan hak istimewa sebaliknya sekarang adalah masa untuk semua pihak diberi peluang sama rata.

Hadir sama ialah Presiden MCCCI Datuk Sim Hock Guan, Presiden DCCI MalaysiaTan Sri William Cheng Heng Jem, Datuk Lee Kim Shin serta ADUN Lambir YB Datuk Aidan Wing.

Anak Merdeka;
...hemmmzzz, ingatkan gedung-gedung, supermarket, hypermarket, pusat-pusat membeli-belah atau bangunan tinggi, besar panjang, rendah, lebar, mewah dan dengan berbagai-bagai lagi reka bentuknya yang terdapat di semua bandar-bandar besar negeri Sarawak ini adalah kepunyaan para peniaga atau usahawan, jutawan, billionair kaum Cina Sarawak tetapi rupanya tidak. Oh!!!

Bumiputera yang terdiri dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, Murut, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kedayan, Bisaya rupanya pemilik bangunan-bangunan yang tersergam indah dikesemua bandar-bandar yang wujud di negeri Sarawak ini. Kaum Bumiputera juga yang paling banyak membuka pusat-pusat perniagaan di seluruh Bumi Kenyalang jika dibandingkan dengan masyarakat Cina.

Lihatlah bangunan yang tertinggi di Sarawak iaitu Wisma Sanyan di Sibu, Hotel Pullman di Kuching, Bangunan Hung Ann di Sibu, Wisma Yun Lan di Miri dan banyak lagi merupakan lambang kemajuan serta kepesatan perniagaan kaum Bumiputera yang 100% dibela, disokong, diberi peluang seluas-luasnya oleh kerajaan Barisan Nasional dengan menafikan hak kaum Cina untuk berniaga di negeri Sarawak ini. Aduhhhh!!!

Patutpun juga kaum bukan Bumiputera untuk menuntut bukan saja 3 perkara tetapi kalau boleh tuntutlah sehingga 300 perkara pun tak apa pasal Bumiputera sudah terlalu maju didalam semua bidang yang diceburi sehingga sangat sukar untuk dikejar oleh masyarakat Cina.

Dalam soal pendidikan juga apa mau dibanding akan pencapaian para pelajar kaum Bumiputera dengan pelajar dari masyarakat Cina. Pelajar Bumiputera apabila keluar saja keputusan untuk setiap kali peperiksaan tak kiralah UPSR, PMR, SRP, SPM, SPTM maka sudah keputusan yang mereka dapat biasa 10A, 11A, 12A, 13A, 14A, 15A, 16A, 17A, 18A, 19A, 20A...kerana apa ? kerana tahap pendidikan khususnya untuk Bumiputera terlalu bagus, selesa dan tidak setanding dengan apa yang dikecapi oleh pelajar bukan Bumiputera yang mutu pendidikan mereka begitu daif sekali...hmmmm !!!

10 ulasan:

Kama At-Tarawis berkata...

kesiaaaan cina sarawak kena tindas (sob sob sob)...

ISAC berkata...

Oh...patutlah kat Kapit, Sibu semua kedai2 milik Cina....

Peribumi doklah meniaga makan kat "open air", (Kapit) malam terpaksa tutup dengan kanvas sebab banyak burung berak sambil terbang...

Peribumi Sarawak & Sabah terlalu "baik" dan berlembut... Kalaulah peribumi Sarawak masih seperti nenek moyang mereka "head hunter" barulah orang2 Cina beri peluang pada mereka agaknya....

Tanpa Nama berkata...

PERGHH PEDAS BROO PEDASSSSSS!!..KESIAN TOL CINA2 KT S'WAK TU YEK..MISKIN TEGAR BTOL ISH3!!..MEMILIKI BANGUNAN TINGGI MELANGIT PUN MASIH KATE X CUKUP KAYE LG. AGAKNYE ORG MELAYU KENE SERAH BUMI S'WAK BULAT2 KAT PUAK MATE KECIK NI BARU DIORANG JADI KAYE KOT...HARKKK PTUIHHHH!!

pisau berkata...

ini bukan sama rata,ini dah jadi semua nak rasa.

hilbert berkata...

Ye Kama,
kesian sangat mereka, nak berniaga apa2 satu incipun kerajaan tak bagi tapak perniagaan...semua dibolot oleh Bumiputera ;-)

itulah Bro ISAC,
Bro pun dah sering p Sarawak maka taulah dan dapat tengok betapa kaya-rayanya Bumiputera di Sarawak ini, punya Hypermarket, Supermarket, Hotel2 bertaraf 5 Bintang..premis2 perniagaan yang tak terkira banyaknya hasil kepimpinan yang mementingkan kaum Bumiputera amalan BN :-))

Ye Bro Jeffry,
kita Bumiputera ni harus mengatakan kaum mereka sangat sengsara, merana dan dizalimi oleh BN kerana walauapapun usaha untuk memperbetulkan keadaan pasti kaum mereka tak akan menerimanya malah seperti tak tau bersyukur jauh sekali untuk berterima kasih kepada Kerajaan BN.

yE Pisau,
ini wabak bawaan DAP dan PKR...semua mau sama walaupun setiap perkara yang mereka bangkit tu sudah termaktub didalam perlembagaan persekutuan sekian lama dan diterima oleh semua kaum, dan kita sangat kecewa dengan tindakan mereka yang selalu saja mempertikaikan hak kaum Bumiputera di negara ini.

Langkelana berkata...

Izikan saya memetik,

[Dr Chan memberitahu masyarakat Cina di negeri ini mahu memastikan bahawa terdapat agihan ekonomi yang adil dan bukannya dikuasai oleh pihak tertentu. "Dibawah konsep 1Malaysia, peluang perniagaan perlu diberi sama rata tanpa mengira kaum kerana jika masyarakat Cina tidak diberi ruang maka mereka akan mencari peluang lain diluar negara," katanya.]

Eloklah tu.
Jgn balik sini lagi.
Tukar warganegara pun takpe.
Malaysia tak perlukan rakyat yang suka monopoli dah bolot kekayaan negara.

kuchingitam berkata...

biasalah bro,
cina sudah lupa.yang kita bagi semua tak cukup.macamni lah orang cina yang tak tahu mengenang budi..tapi mereka bersatu,tuntutan yang di kemukakan sama dengan apa yang di minta oleh DAPig.mungkin george chan dah bersekutu dengan wong hong leng....

al-basri berkata...

dah lama saya dengar cerita orang cina tertindak di sarawak ini, nampaknya sekarang mereka lebih vokal memperjuangkan penderitaan tersebut.

Benar! mereka sangat menderita dalam semua aspek; ekonomi, pendidikan atau pemilikan kepentingan. maka wajarlah mereka menuntut hak sama rata dengan bumiputra, lagipun mereka buta sejarah.

harap program bersamamu tv3 dapat mengutip derma untuk mereka. kasiannn...

hilbert berkata...

Aku,
mereka sudah dapatpun tapi masih tak nak bersyukur maka itulah jadinya...dan yang terus menderita ialah rakyat biasa kaum Bumiputera juga.

Kuchingitam,
SUPP bersuara untuk DAP...sepatutnya SUPP tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu sebab SUPP adalah sebahagian dalam BN juga..

Al-Basri,
hehe..ye lah tu bro, kesian sesangat mereka tu...

steve10 berkata...

Pedasssss..aduh..duh...duh,tolong la George Chan,cuba buka mata u bulat-bulat,musat-musat dan u cakap seperti orang yang tidak bersikap profersional.U tengok la siapa yang control perniagaan di Sarawak tu dari yang halal hingga ke yang tidak halal kalau bukan u punya suku sakat.U ni Mr Chan pembohong besar.Please George Chan jangan kau minta yang bukan2 ok,kesiani lah kami kaum bumiputera yang ketinggalan ini.Takut nanti kalau u punya tuntutan menjadi kenyataan maka tertindas lagilah kaum bumiputera.Cukuplah Mr Chan janganlah tamak ya,cukuplah..cukuplah...cukuplah kau minta lagi,cuba kau fikirlah sendiri.

Arkib Blog