Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 21, 2010

PKR, lupakan saja hasrat untuk tumbangkan Taib Mahmud di DUN Balingian ~~

 

Tidak kira siapa yang akan diletak oleh PKR untuk menentang ADUN Balingian dalam Parlimen Mukah YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang, maka adalah lebih baik mereka lupakan saja niat untuk menumbangkan Ketua Menteri di situ.

PKR harus maklum bahawa kehadiran Pehin Sri di DUN Balingian adalah diatas kemahuan majoriti penduduk serta pengundi di kawasan DUN tersebut yang mahukan perubahan dari segala segi dalam kawasan mereka.

Kini dengan YAB Pehin Sri Taib sebagai wakil mereka di DUN berkenaan, rakyat dapat menyaksikan perubahan yang begitu pantas berlaku dalam tempoh dua penggal YAB mewakili rakyat di kawasan DUN Balingian yang sebelum ini kawasan tersebut kelihatan sangat mundur dan ketinggalan dalam segala bidang.

Balingian DUN dalam kawasan Parlimen Mukah majoriti penduduknya Melanau beragama Islam merupakan daerah asal keluarga YAB Pehin Sri Taib dan merupakan kubu kuat PBB/BN sejak dulu lagi dan walaupun sekiranya ada terdapat sedikit sebanyak tentangan tetapi sebenarnya golongan seperti mereka tidak tersisihpun daripada pembangunan yang dibawa oleh BN di kawasan mereka dan semuanya mengecapinya sama seperti yang penyokong BN perolehi.

Namun, kepada PKR...negara kita adalah sebuah negara demokrasi, kebiasaan masa pilihan raya pasti akan ada pertandingannya dan sesiapa saja bebas untuk mengemukakan borang pencalonan asal cukup syarat dan jika PKR benar-benar berhasrat untuk meNentang dasar "politik pembangunan" yang diperjuangkan oleh Pehin Sri Ketua Menteri... silakan saja~
Posted by Picasa

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..DAH TERANG2 WARGA SETEMPAT MASIH MEMERLUKAN BELIAU UTK TERUSKN PEMBANGUNAN. HANYA ORG YG BERAKAL PENDEK JE PILIH CALON YANG MERAPU HUHUHU

hilbert berkata...

ye salam bro Jeff,

sebenarnya saya lihat Pehin Sri KM Sarawak ini masih mampu untuk mengurus hal ehwal negeri Sarawak, masih berupaya dan masih banyak idea yang bernas.

Arkib Blog