Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Jun 12, 2010

PAS akhirnya terdampar bersama dengan dasar perjuangannya...


Semua orang tahu bahawa Parti Islam SeMalaysia atau PAS diwujudkan di negara ini adalah dengan bertujuan untuk menjaga serta memelihara semua kepentingan yang berkaitan dengan agama Islam serta juga hal ehwal orang-orang Melayu dan inilah yang telah menjadi tunjang utama kepada asas perjuangan PAS yang sebenarnya sejak mula ianya ditubuhkan.

Sebermula perjuangan PAS telah turut disertai dengan janji-janji kepada orang-orang Melayu dan Islam bahawa sekiranya PAS berjaya memerintah negara ini maka mereka akan melaksanakan Hukum Hudud dan untuk membuktikan yang janji mereka itu benar serta mahu agar orang-orang Melayu serta Islam mempercayainya maka pada bulan Ogos tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah mengeluarkan Hukum atau fatwa tegas yang berbunyi "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."

Maksud fatwa atau hukum yang telah diluluskan oleh Dewan Ulama PAS hampir 47 tahun yang lalu itu sangat jelas iaitu walau apapun yang berlaku dikemudian hari dalam perjuangan mereka untuk berdiri sebagai sebuah kerajaan Islam di negara ini semuanya harus bersih dan tidak tercemar dari sebarang kerjasama dengan orang-orang yang bukan beragama Islam atau lebih tepat lagi kaum-kaum bukan Melayu bagi memastikan yang pemerintahan PAS nanti adalah suci dari segala sesuatu kegiatan yang boleh menjadikannya sebagai haram.

Tetapi kini, hampir semua itu malah sebahagian daripada nilai-nilai perjuangan asal PAS telah terkubur begitu saja sejak PAS mengikat kerjasama dengan DAP dan juga PKR. Sebelum kerjasama antara PAS dengan DAP dan juga PKR dilangsungkan, DAP melalui Karpal Singh awal-awal lagi telah memberi amaran keras kepada PAS iaitu sekiranya PAS masih mahu meneruskan hasratnya untuk menubuh negara Islam di Malaysia, maka harus 'langkah mayat Karpal Singh' terlebih dulu baru boleh istyiharkan Malaysia sebagai negara Islam serta boleh laksanakan hukum Hudud di negara ini. PAS ternyata gentar dan jelas sangat takut dengan ancaman DAP itu.

Kini PAS sanggup membuang dan melontar jauh-jauh dasar perjuangan asal parti yang diasas dan dipertahankan oleh bekas-bekas pemimpin PAS yang terdahulu jauh ke tengah lautan dan membiarkannya terumbang-ambing dilambung ombak serta dilanda badai tengah lautan samudera. Pemimpin PAS saat ini, baik Presidennya YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, Mursyidul Amnya YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain lagi memang ternyata telah gagal untuk mempertahankan semua itu malah tidak mampu untuk menyelamatkan maruah PAS apabila sanggup mengenepi dan mengubah dasar perjuangan parti semata-mata untuk membolehkan PAS terus kekal bersama dengan DAP dan PKR dalam usaha mengejar kuasa memerintah negara.

Dengan wujudnya Kelab Penyokong PAS dan kini telah dikenali dengan nama Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) ianya telah diterima sebagai salah satu sayap baru bagi PAS dan lebih istimewanya pula ialah kesemua ahli-ahli dalam DHPP terdiri daripada kaum bukan Melayu dan tentunya bukan beragama Islam dimana golongan inilah dulunya yang diistyihar sebagai HARAM oleh PAS bagi mana-mana orang Islam sekiranya berkongsi sesuatu dengan mereka terutamanya dalam usaha mencapai matlamat untuk memerintah negara dan barangsiapa yang masih berdegil dan masih tetap mahu meneruskan kerjasama itu maka mereka yaini orang-orang Islam akan dijatuhkan hukum sebagai kafir ataupun haram.

Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) kini bukan saja berperanan sebagai penyokong kepada PAS semata-mata tetapi jauh daripada itu apabila sejurus saja selepas DHPP diumumkan sebagai sayap baru PAS mereka secara sendirinya diperbolehkan untuk mengundi pada setiap kali Muktamar PAS diadakan dan ini bermakna DHPP juga punya kuasa untuk menentukan setiap shaft kepimpinan parti dan sudah tentu akan terlibat secara langsung didalam membuat sebarang keputusan didalam parti.

Pada Muktamar PAS yang ke-56, saham DHPP dalam PAS semakin berkembang pesat apabila Majls Syura sebulat suara membenarkan mana-mana ahli dalam DHPP untuk bertanding sebagai calon pada PRU13. Perkara ini telah diumumkan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada perhimpunan itu yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin DAP dan PKR. Menurut Abdul Hadi lagi, kebenaran itu bagaimanapun bersyarat dan mana-mana ahli DHPP yang berhasrat ke arah itu hendaklah mengemukakan surat taat setia kepada parti dan mereka itu mestilah bermoral tinggi dan bersih.

Surat sumpah taat setia kepada parti lebih kurang seperti surat 'sumpah Ba'iah' lah tu agaknya, kalau dah melanggar mau tak mau mesti ceraikan bini dengan talak berapa ikut suka masing-masing. Yang diwajibkan kepada mereka yang bakal bertanding daripada DHPP ialah moral mesti tinggi, tinggi berapa kilometer kurang pastilah pulak dan semestinya juga bermoral atau bermaruah bersih, sebersih siapa agaknya...mungkin lebih kurang sebersih maruah Mat Sabu atau YB Elizabeth Wong.

Inilah sebahagian daripada realiti dan hakikat yang harus diterima dari perjalanan jauh PAS oleh semua ahli-ahlinya. PAS telah hanyut sebenarnya. Apakah ahli-ahli PAS yang masih jelas dengan dasar perjuangan parti yang terdahulu sanggup untuk keliru bersama dengan pemimpin yang sudah ternyata semakin sesat dalam mengemudikan parti sehingga haluan PAS kini telah tiada arah hala yang nyata dan betul?

Apakah mereka yaini ahli-ahli PAS hanya akan membiarkan PAS untuk terus hanyut tanpa arah yang dituju dan akhirnya terdampar seperti sampah-sarap yang tiada nilainya di tepian pantai dan kering serta reput bersama-sama dengan dasarnya yang hebat-hebat suatu ketika dulu seperti "Membangun Bersama Islam,", "Hukum Hudud," ???

7 ulasan:

C L J berkata...

Kesian pengikut pengikut yang banyak ..... selerak renyok sambil berbincang dengan lutut dan pusat terserlah terpamir (seperti dalam gambar). Maknanya sudah terdedah aurat membawa erti maruahnya terbongkah.

My Longest Yard berkata...

PAS hanyut dan terdampar..sudah hilang arah dan pegangan. Generasi akan datang akan ketawakan mereka.

hilbert berkata...

Slm CLJ,

Slm MLY.., salam 1malaysia..

masa depan PAS sebenarnya terletak ditangan ahli2 bawahan iaitu orang Melayu dan Islam itu sendiri,jika mereka mahu PAS terus bernafas sebagai sebuah pertubuhan politik di negara ini, maka mereka perlu berbuat sesuatu dan mereka tidak boleh lagi membiarkan PAS diheret oleh Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang mengikut haluan yang telah ditetapkan oleh DAP dan PKR.

Jeffry berkata...

SLM BRO..LAWAK2!!..MUKTAMAR PARTAI PISS KALI NI PENUH DGN ADEGAN LAWAK BODO! APE TAKNYE, DLU SUKE SGT KUTUK ORG LAIN X ISLAM, KAFIR..NAH SKRG KENE BALIK KT BTG IDONG SENDIRI KEHKEHKEH...AKU SRONOK TGOK LAWAK DIORANG BROOO...KEHKEHKEH SNAK PROT AKU GELAK BROOO!!! >|D

hilbert berkata...

Slm bro Jeffry,

memang lawak sangat bro, mereka yang berjanji mereka juga yang memungkiri, mereka yang mengkafir orang lain mereka juga mengkafir diri mereka sendiri...hahaha..DHPP tu apa hehehe

Aku Budak Kampung berkata...

salam
wei, dulu time PAS tak bsama dengan PKR dan DAP. Korang kata PAS extrem, pengganas, radikal, suka potong tangan.

tapi bila PAS bersama PKR dan DAP, korang kata tolak Islam pula.

Bijak sungguh pengikut-pengikut UMNO/BN ni. Tak tau hukum-hakam, tiba-tiba nak sembang pasal hukum dan sebagainya. pi rujuk ustaz dulu la.

Jaga ketua menteri sarawak dulu, sblm jaga negeri orang lain. Ketua kaya, tapi rakyat miskin kedana

set-successor berkata...

Hanya BURIT SIFOOL tek yg dapat menyelamatkan nyawa nokyah UMNO tok yang tinggal nyawa nyawa ikan ja.

Arkib Blog