Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mei 01, 2010

PM akan berada di Sibu mulai malam ini sehingga esok...


Selamat Datang ke Sibu YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak !

Bermula malam ini, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan memulakan lawatan rasminya ke Bandar Sibu dan beliau dijadual tiba pada jam 10 di Lapangan Terbang Sibu malam ini.

Pada keesokannya 2 Mei, Perdana Menteri akan melakukan tinjauan mesra di Pekan Sungai Merah bermula jam 8 pagi sebelum memberi ucapan di Warisan Pejalan Kaki Wong Nai Siong.

Selepas itu Perdana Menteri akan melawat Kampung Nangka di hilir Bandar Sibu iaitu sebuah perkampungan yang penduduknya adalah majoriti Melanau dan Melayu dimana kampung tersebut juga merupakan kampung asal TYT Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Seterusnya Perdana Menteri akan menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di SK Perbandaran Sibu No.3 dan sejurus selepas itu Perdana Menteri akan menghadiri majlis makan tengah hari bersama angkatan tentera di Kem 9 Briged, Jalan Oya dan seterusnya beliau akan berada dimajlis minum petang dan menyampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan golf di Kelab Golf Sibu.

Pada jam 4:30 petang, Perdana Menteri akan berkunjung ke Kolej Laila Taib sebelum melawat SK St Mary bagi meninjau kerja-kerja pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.

Manakala pada sebelah malamnya, Perdana Menteri akan menghadiri acara kemuncak sambutan sempena lawatan beliau ke Sibu yang dikenali sebagai Malam 1Malaysia dan akan berlangsung di Dataran Sibu bermula jam 7 malam dimana pada tersebut para hadirin akan dihibur dengan persembahan oleh beberapa orang artis tempatan dan Semenanjung Malaysia.

2 ulasan:

Akazi is HERE berkata...

salam hormat bro

prk sibu bakal menjelang. kehadiran najib pasti di tunggu-tunggu oleh rakyat sarawak khasnya penduduk sibu.

semoga kedatangan beliau akan menyemarakkan lagi perjuangan BN di sarawak sekaligus membuktikan bahwa sarawak adalah kubu keramat parti pemerintah. mudah-mudahan

A Voice berkata...

Macam mana mahu contact awak?

Boleh tinggalkan hp untuk saya hubungi di blog saya ABITW. Saya tak siarkan umum.

Arkib Blog