Jika selama ini masyarakat serta para pemimpin di negara hanya melihat mereka-mereka yang terlibat didalam penyalahgunaan dadah saja yang harus dibawa keluar dari amalan ketagihan tetapi tidak kepada penagih-penagih benda lain seperti rokok, alkohol, judi dan apa jua perkara yang boleh menjebakkan seseorang itu ke lembah kehancuran.
Disini saya ingin menimbulkan permasalahan berhubung dengan kegiatan banyak pihak selama seperti menyeludup, membekal, menjual atau membuka perniagaan seperti kedai minuman keras yang menyediakan minuman beralkohol dalam berbagai jenama seperti 'tiger', 'heineiken', 'guinness stout', 'pig eye', 'stella', 'orange jeboom', 'gordon drygin', 'martel', 'bacardi' serta minuman lain yang tiada had alkohol yang ditetapkan seperti 'cap apek~PG atau arak sum', 'tuak', 'langkau' dan semua jenis minuman yang diperbuat dari serbuk ragi yang memabukkan.
Di negeri Sarawak sendiri sebagai contoh yang paling baik untuk dijadikan sebagai kajian awal bagaimana masa hadapan generasi yang datang untuk dibawa dan dipandu jika ketagihan arak dikalangan para remaja dan belia di Bumi Kenyalang ini tidak dikawal dan dicegah dengan bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib.
Terlalu banyak sudah masalah-masalah sosial yang timbul dalam masyarakat peribumi di Sarawak seperti mencuri, merompak, meragut, membunuh, merogol, perlakuan sumbang muhram, menipu, maut dilanggar kenderaan ketika berjalan kaki dalam keadaan terhuyung-hayang selepas selesai sessi minum minuman keras bersama rakan-rakan dan kebanyakkan kes seperti ini memang jelas berpunca dari tabiat ketagihan arak yang telah sebati pada diri penagih arak tegar itu sendiri yang memang sukar lagi untuk ditinggalkan dengan mudah.
Banyak juga sudah keluarga-keluarga termasuk anak, kedua ibubapa terutamanya di Sarawak yang hidup mereka saban hari berada didalam keadaan yang porak-puranda akibat daripada gaya hidup atau amalan yang begitu merugikan sekali apabila matlamat hidup mereka yang sebenarnya gagal untuk dicapai apabila sudah terjebak kedalam masalah ketagihan serta penyalahgunaan arak ini.
Oleh itu, adalah sangat diharapkan agar pihak kerajaan terutama sekali pihak Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita akan mengambil langkah pencegahan sebagai usaha bagi mencari jalan bagaimana untuk membendung perkara ini dari terus merosak masa hadapan generasi-generasi baru Bumi Kenyalang.
Cuma saya ada satu cadangan yang agak berat, iaitu harap kerajaan 1Malaysia haramkan terus segala premis perniagaan yang menjual minuman yang mengandungi alkohol tak kiralah premis-premis mereka menjual minuman beralkohol yang telah dilabelkan dengan peratusan alkohol yang telah ditetapkan sebabnya ialah jika kerajaan mahu membersihkan negara dari masalah-masalah sosial yang semakin teruk dikalangan masyarakat Malaysia hari ini maka usaha pembersihan dari gejala tersebut hendaklah dilakukan dengan tegas dan berani.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, April 06, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
1 ulasan:
Salah satu punca wahyu diturunkan tentang pengharaman arak adalah disebabkan salah seorang Sahabat r.a yang tidak dapat mengawal cakap terhadap isterinya.
Apakala arak diharamkan oleh Allah Taala, ada para Sahabat r.a yang terpaksa meminta sahabat yang lain menyebatnya bagi menghilangkan ketagihan arak. Malah Syaidana Umar Al-Khattab r.a ketika kekhalifahannya pernah memencilkan seorang Sahabat r.a gara-gara ketagihan araknya yang sukar dihilangkan bagi tujuan penyembuhan.
Itu berlaku di kalangan generasi pertama Islam yang sangat kukuh pegangan dan akidah mereka. Disiplin yang ketat diperlukan untuk mengatasi masalah ketagihan arak.
Bagaimana pula dengan generasi sekarang, yang sudah jauh daripada tanggungjawab dan kefahaman agama? Bahkan di kalangan penganut Kristian sendiri pun, mereka gagal melihat pengharaman khinzir dan arak seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Baru.
Maka seharusnya kerajaan atau pihak berkuasa tidak memandang ringan ancaman arak di kalangan rakyat menerusi pelbagai tindakan bersepadu.
Tapi mampukah kerajaan kita yang sangat linient dan liberal?
Catat Ulasan