Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, April 20, 2010

P212 Sibu: SNAP masuk sementara Pakatan Tak Berdaftar


Bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen P.212 Bandar Sibu yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya akan berlangsung pada 16hb Mei 2010 nanti, Demokratic Action Party atau DAP menerusi Penasihatnya YB Lim Kit Siang hari ini memberitahu bahawa parti tersebut akan mengumumkan nama calon daripada DAP pada 27 April ini untuk menentang calon BN.

Sementara itu, Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan dilobi Parlimen hari ini bahawa Parti SNAP iaitu sebuah parti pembangkang peringkat negeri Sarawak telah sah bergabung dengan Pakatan Tak Berdaftar untuk bersama-sama dengan PKR, DAP dan PAS dalam usaha mereka untuk merampas kerusi Parlimen Bandar Sibu daripada tangan SUPP serta Barisan Nasional.

SNAP telah berjaya dijinakkan oleh PKR dan DAP supaya turut bersama dengan mereka bagi berdepan dengan Barisan Nasional kelak atau dengan lebih tepat lagi agar pertandingan itu nanti akan menjadi satu lawan satu dan ini bermakna peluang SNAP untuk menurunkan calonnya sendiri tidak kesampaian lagi setelah impian mereka untuk turut serta dalam Pilihan Raya itu nanti awal-awal lagi telah dipintas oleh PKR dan DAP.

Apa yang sudah dimaklumkan bahawa kemasukan SNAP dalam Pakatan Tak Berdaftar itu hanyalah bersifat sementara iaitu hanya pada Pilihan Raya Kecil Bandar Sibu saja dan selepas itu mereka akan membawa haluan masing-masing semula menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang akan datang dan ini bermakna SNAP akan menjadi gergaji bermata dua, sorong kedepan atas terluka, tarik ke belakang bawah terhiris kerana selain menjadi pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional, sudah tentu SNAP turut menjadi seteru politik kepada DAP, PKR dan PAS di negeri Sarawak.

Pakatan Tak Berdatar atau khususnya DAP dilihat memang agak sukar untuk memilih calon yang bakal menentang calon daripada SUPP atau Barisan Nasional kerana nama-nama yang disebut-sebut oleh DAP Sarawak sebelum ini untuk bertanding pada PRK P212 Bandar Sibu itu nanti kebanyakkannya adalah mereka yang kurang dikenali oleh penduduk Sibu tidak seperti nama bakal calon daripada SUPP yang memang sinonim dengan sejarah kemajuan Bandar Sibu lainlah sekiranya mereka masih mahu menurunkan Pengerusi DAP Sarawak iaitu Richard Wong Ho Leng sebagai calon.

4 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, inilah kalau parti yang hanya berjuang untuk kepuasan peribadi pemimpin-pemimpinnya sahaja...... biarlah dia nak buat apa asalkan rakyat mehu menilainya...

Ali Abdullah berkata...

salam bro,

snap lama dah nak keluar BN. Parti ni macam DAP no.2 kat sarawak. susah nak cakap, saya rasa tak lama mereka pasti keluar daripada pakatan juga.

Unknown berkata...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju

hilbert berkata...

YG, Tun Dr Mahahir pernah kata bahawa Anwar hanya akan sokong orang yang menyokong dia untuk jadi Perdana Menteri..itu saja perjuangan PKR dan tiada lainnya.

Apai Ngelai, terima kasih bro..saya rasapun seperti juga..lama2 mereka akan bercerai juga kerana nikahpun tak rasmi...

UMWM, terima kasih.. taklah menarik sangat cukup sekadar sebagai pencuci mata sebelum tido hehe...ya, ok

Arkib Blog