Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, April 18, 2010

MP 207 Igan, lantik 100 lepasan sekolah sebagai wakil rakyat melalui Facebook


DARO: Sabtu 17 April - Kira-kira 100 lepasan sekolah dari 18 buah kampung di kawasan Parlimen Igan hari ini berpeluang menjadi 'wakil rakyat' yang berperanan melaporkan aktiviti sekitar kampung mereka menerusi internet khususnya laman sosial Facebook.

Perkara ini dapat dilakukan menerusi 23 unit komputer riba lengkap dengan perkhidmatan jalur lebar yang diberikan kepada mereka oleh Anggota Parlimen kawasan itu YB Datuk Wahab Haji Dollah.

"Banyak aktiviti dan masalah di kampung yang lambat sampai ke pengetahuan pihak berwajib dan melalui Facebook yang popular ketika ini kita yakin anak-anak ini boleh menjadi wakil kepada penduduk kampung untuk memaklumkan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui wartawan.

Beliau yang sebelum itu melancarkan Kelab Facebook P207 Igan berkata langkah memberikan komputer dengan kemudahan jalur lebar tersebut juga bertujuan mendedahkan generasi muda di kawasan luar bandar dengan internet.

YB Datuk Abdul Wahab juga merancang untuk menambah 100 lagi komputer riba kepada lepasan sekolah di kawasan Parlimennya menjelang akhir tahun ini.

"Sekiranya mendapat sambutan baik, kita akan tambah lagi jumlah yang sedia ada termasuk akan memberi kepada ketua masyarakat untuk setiap kampung," katanya menambah pemberian komputer riba itu melibatkan kos sebanyak RM50,000 dan merupakan sumbangan peribadinya. -Bernama dan sumber(via Mingguan Sarawak edisi Ahad 18 April 2010)

Komen;
...bertuahnya rakyat di kawasan Parlimen Igan kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang begitu pemurah dan sentiasa bersedia menerima pembaharuan.
Parlimen Igan terletak diantara Parlimen Tanjung Manis dengan Parlimen Mukah di Sarawak dan berkedudukan di sepanjang pesisir pantai Laut China Selatan.

Majoriti penduduk di kawasan Parlimen Igan adalah kaum Melanau dan lebih 90%daripada mereka beragama Islam. Kegiatan ekonomi utama penduduk dikawasan Parlimen Igan sama juga seperti di Parlimen Tanjung Manis dan Mukah adalah sebagai nelayan dan juga petani.

Kepada rakyat di Parlimen Igan, anda sekalian sangat beruntung kerana tidak tersalah pilih sewaktu mengundi dengan terus memberi sokongan padu kepada YB Datuk Abdul Wahab Haji Dollah sebagai pemimpin anda semua.

Walaupun tidak menyerlah ketika berada didalam Dewan Rakyat, namun YB Datuk Abdul Wahab apabila balik ke kawasan Parlimennya beliau sentiasa turut padang serta sering mengunjungi rakyat dan rapat dengan mereka.

Dan inilah sikap yang harus ada pada setiap wakil rakyat BN di seluruh Sarawak dan sikap ini juga sudah ada pada diri bakal calon BN daripada SUPP untuk P212 Sibu iaitu Robert Lau Hui Yew, beliau serta hampir keseluruhan keluarga termasuk bapa dan kedua-dua abangnya memang dikenali oleh rakyat bukan setakat di Sibu saja malah hampir di seluruh Sarawak.

3 ulasan:

hafez j malim berkata...

Satu cara yang amat baik dan unik.. masalah rakyat dapat diketahui dengan lebih cepat... rasanya wakil rakyat yang lain perlu mencontohi hal ni

rizuan mh berkata...

memang beruntung :)..

wakil rakyat lain patut rasa malu kerana terlalu banyak masalah rakyat lambat sampai ke pengetahuan mereka tp tiada inisiatif langsung untuk mengatasi perkara tersebut, hanya tunggu orang2 kanan je sampaikan..

YB mcm ni la yg sepatutnya diangkat sebagai pemimpin masyarakat. Pasti lepas ni timbul ckp2 yg akan mendakwa tindakan beliau sebagai merasuah pengundi tp sebagai rakyat yg cerdik, kita biarkan sajalah mereka nak ckp apa pun. Yg penting, usaha begini harus dipertingkatkan lagi.

hilbert berkata...

betul Sdra Hafez, bila seorang dah buat sepatutnya yang lain juga turut sama sebagai sokongan semuanya demi rakyat.

Sdra Rizuan, mungkin latar belakang YB Abd Wahab ini datangnya dari orang desa saya rasa itulah yang banyak membantu beliau ketika menyelami permasalahan rakyat bawahan yang diwakili beliau.

Terima kasih juga atas komen saudara berdua :-)

Arkib Blog