Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, April 27, 2010

DAP sukar memilih calon untuk menentang Robert Lau Jr.


Jika Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib membuat keputusan bahawa beliau pada akhirnya akan memilih saudara Robert Lau Hui Yew untuk mewakili Barisan Nasional bagi mempertahankan kerusi Parlimen P212 Sibu maka saya pasti pihak lawan khususnya DAP akan berdepan dengan kesukaran dalam usaha untuk menampilkan calon dari DAP untuk menentang calon dari SUPP/BN.

Sebelum ini iaitu sejurus beberapa hari selepas kematian bekas Anggota Parlimen Bandar Sibu yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan mendiang Robert Lau Hoi Chew, DAP telah mengenengahkan beberapa nama untuk dicalonkan pada PRK P212 Bandar Sibu itu nanti namun mereka yang nama mereka telah disebut itu ada yang tidak mahu dicalon dengan alasan-alasan yang mudah dan ada yang masih berfikir dulu dan akan menyerah kepada parti untuk membuat keputusan akhir.

Apa yang saya lihat ialah, dipihak DAP untuk menemui seorang calon yang paling sesuai bagi menentang saudara Robert Lau Jr pada PRK itu nanti tetap berdepan dengan risiko kekalahan kerana sepertimana yang rakyat Sarawak sendiri khususnya rakyat di Sibu tahu bahawa Robert Lau Jr telah mempeunyai pengaruh beliau yang tersendiri dikalangan masyarakat pekerja yang berbilang kaum di sekitar Sarawak amnya dan Sibu khasnya disamping pengaruh kuat ahli keluarga beliau terutamanya ayahnya sebagai seorang jutawan serta dermawan kepada badan-badan amal serta sebagai penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi.

Robert Lau Jr anak kelahiran Sibu juga adalah seorang Kaunselor merangkap Ahli Majlis perbandaran Sibu, lahir dari keluarga yang sangat menitik berat soal disiplin dalam menguruskan setiap perkerjaan bagi memastikan kejayaannya serta sangat tegas serta bertanggungjawab dengan setiap tugas yang diamanahkan disamping itu keluarga beliau memang telah lama dikenali bukan saja dikalangan masyarakat Cina malah kepada kaum Melanau, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Murut dan lain-lain lagi dan telah menjadi majikan kepada hampir seluruh rakyat Sarawak dari berbagai bangsa.

8 ulasan:

pedutorres berkata...

Salam 1Malaysia,
Terima kasih atas info.Kami di semenanjung perlukan maklumat dari saudara2 di Sarawak utk P212.

alonganaz berkata...

begitu juga anak sarawak yang di semenanjung seperti saya.

pisau.net berkata...

hilbert,

info berguna , DAP dan pakatan akan memainkan isu isu yang memecahbelahkan masyarakat. harap berhati hati dengan taktik mereka.

hafez j malim berkata...

salam hilbert...
untuk prk p.212 ini, saya melalui Blog saya akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon BN..Barisan blogers penyokong kerajaan dari semenanjung akan bersama bersatu bersama blogers pro BN dari Sarawak dalam menjayakan kemenangan BN dalam PRK ini...SELAMAT BERJUANG HILBERT !!!

hilbert berkata...

Ya terima kasih semua,

Pedutorres, akan saya usahakan untuk memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai PRK P212 Sibu kepada rakan2...

Alonganaz, tak balik berpilihanraya ke Sarawak ke 8 or 16 May nanti, ingat bukan 16 September ;-)

Piasu, terima kasih bro atas peringatan..penduduk Sibu terutamanya kaum Bumiputera pasti tetap akan bersama BN..

Hafez, sewajarnyalah kita terus memberi sokongan tak berbelah bagi kepada BN walaupun kadangkala kita merasakan wajudnya kekurangan namun demi kedaulatan negara kita kita harus berkorban untuk Malaysia.

Mengenai bakal calon BN nanti iaitu saudara Robert Lau Hui Yew, saya secara peribadi memang mengenali latar belakang keluarga beliau dengan baik sebab saya pernah bekerja dalam syarikat milik keluarga beliau untuk jangkamasa yang agak lama malah sehingga kini masih ramai rakan2 saya yang bekerja dengan mereka.

Saya yakin beliau mampu jadi wakil rakyat yang baik serta bertanggungjawab. Semoga beliau berjaya nanti...

amieiezam berkata...

atas kertas mmg boleh dilihat SUPP punya kelebihan...masakan tidak sehingga DAP sarawak terpaksa mengetengahkan pemimpin tertinggi DAP negeri hanya utk 1 prk

insyaallah bloggers semenanjung pro BN akan membantu dari jauh dan ini adalah tanda terima kasih atas jasa penduduk sarawak membantu BN terus di tampuk kuasa

Apai Ngelai berkata...

Bro Hilbert,

Rasa2 DAP tetap akan menurunkan calon 3 penggal yang sama - Wong Ho Leng melawan junior Robert Lau ini..

Melainkan DAP mencari calon yang lebih agresif sesuai dengan temanya menguasai politik negara dengan sentimen perkaumannya seperti yang kita lihat di Hulu Selangor.

hilbert berkata...

Sdra Amieiezam, kalau kita lihat dari sudut itu kita dapat lihat DAP memang ketandusan calon yang sesuai..tetapi apa2 pun jalan untuk BN agak sukar juga melainkan SUPP sanggup berkorban sesuatu demi Sibu.

bro Apai, DAP memang sukar untuk mencari calon yang layak untuk menentang brader Robert Jr, pun begitu BN juga akan tetap berdepan dengan laluan yang sukar sekiranya isu yang dibawa DAP nanti lebih kepada isu perkauman sebagaimana mereka buat di Semenanjug sana

Arkib Blog