Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, April 06, 2010

Awal tahun 2010 ~ malang bagi dunia hiburan tanah air...

Tirai tahun 2010 masehi telah dibuka oleh golongan artis-artis negara kita dengan cerita-cerita yang tidak membanggakan sama sekali.

Walaupun acara berprestij Anugerah Bintang Popular yang dianjurkan oleh kumpulan Berita Harian baru saja diadakan dan sudahpun berakhir dengan keputusan siapa yang menggondol hadiah-hadiah yang disediakan telah diketahui para peminat namun ianya tetap gagal untuk menutup isu hangat yang menghambat perjalanan anak seni di negara ini.

Sesuatu yang tak diduga, berita sedih, kemalangan, masalah moral dan sebagainya terus mewarnai kehidupan dunia artis kita. Mereka punya pengikut yang tersendiri tetapi malangnya mereka tidak tahu untuk menghargainya.

Lainlah kalau seseorang artis itu yang telah pergi menyahut panggilan illahi, peminat mereka pasti bersedih dan berdoa serta memohon berkat agar roh mereka akan dicucuri rahmat oleh Tuhan Yang Maha Esa dan ditempatkan bersama dikalangan roh-roh para soleh dan mereka yang beriman.

Tetapi apabila ada artis yang telah didapati bersalah dan terlibat didalam aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, mendera dan yang sama waktu dengannya maka ini akan pasti sangat mengecewakan peminat serta selain mencalar nama dan imej mereka sendiri sudah tentu perkara itu turut mencemar nama baik dunia seni tanah air secara keseluruhannya.

Penangkapan seorang pelakon oleh polis terhadap Benjy anak lelaki tunggal kepada Seniwati Azean Irdawati kerana terlibat didalam pemprosesan dadah dan yang terbaru penahanan yang dilakukan oleh pihak polis keatas seorang bekas model serta pelakon filem dan juga drama TV, Badrul Muhayat kerana masalah keluarga dengan isteri beliau.

Selain itu terdapat juga kes seorang penyanyi era tahun 70-an yang telah dijatuhi hukuman penjara setelah didapati bersalah kerana merogol anak gadis beliau sendiri sembilan tahun yang lalu apabila rayuan beliau terhadap hukuman sebelum itu telah ditolak oleh pihak mahkamah.

2 ulasan:

CUCU TOK WAN berkata...

Itulah jadinya kalau hiburan dikatakan seni dan mereka yang terlibat dalam industri hiburan dijadikan ikon dan idola...

sama macam ulama la... kalau disanjung-sanjung dan dikeramatkan, akhirnya jadilah seperti Nik Aziz yang seringkali terbabas daripada garisan sempadan keilmuannya.

http://theflyingkick.blogspot.com

hilbert berkata...

Betul juga tu CTW,

Nik Aziz sebagai iktibar kita hehe...

Ada sorang lagi artis kita kena cekup oleh polis kerana menghantar SMS ugutan terhadap bekas isteri selain beliau didapati positif dadah... apa laaaa...

Arkib Blog