Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mac 23, 2010

Taraf kerakyatan SUK Negeri Sabah boleh dipertikai...

Pada 9hb February 2010 lepas, salah seorang blogger yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah iaitu pemilik kepada sebuah blog yang dikenali sebagai Pipit Pekepa pernah menerbitkan sebuah artikel yang sangat mengejutkan saya apabila posting beliau pada tarikh tersebut telah mendedahkan apa yang sebenar berlaku di sebalik kesukaran rakyat Sabah untuk mendapatkan sebarang pekerjaan di negeri kelahiran mereka sendiri walaupun mempunyai kelayakan yang melebihi daripada pra-syarat yang telah ditentukan.

Pembaca semua boleh mengetahui selanjutnya tentang keluhan yang telah didedahkan oleh penulis blog tersebut mengenai masalah yang dihadapi oleh anak negeri Sabah yang boleh diibaratkan bagai mengemis pekerjaan di tanah tumpah darah mereka sendiri menerusi http://pipitpekepa.blogspot.com/2010/02/kaum-imigran-agih-agihkan-harta-dan-hak.html . Artikel beliau yang bertajuk "KAUM IMIGRAN AGIH-AGIHKAN HARTA DAN HAK RAKYAT SABAH."

Posting tersebut sangat menarik perhatian apabila ianya secara tidak langsung telah cuba untuk menyentuh mengenai hak-hak sebenar rakyat asal yang menduduki negeri Sabah sejak sebelum merdeka lagi dan seterusnya selepas pembetukan Persekutuan Malaysia berjaya direalisasikan kini seolah-olah cuba untuk dinafikan dan seakan-akan mula untuk dikawal oleh rakyat yang taraf kewarganegaraan mereka kurang jelas walaupun mereka ketika ini telah diberi kuasa untuk memegang sesuatu jawatan yang sepatutnya hanya boleh diberikan kepada anak watan atau peribumi.

Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Ybhg. Datuk Sukarti Wakiman yang pada waktu ini beliau sedang melakukan lawatan muhibah ke Negeri Sarawak untuk beberapa hari, ini telah mengingatkan saya semula kepada apa yang telah ditulis oleh Pipit Pekepa sebagaimana didalam blog beliau mengenai diri sebenar Datuk Sukarti Wakiman.

Jika diteliti dari apa yang telah ditulis oleh Pipit Pekepa itu, saya boleh memahami bahawa dari artikel tersebut terbukti ada sesuatu yang tidak kena diatas perlantikan Datuk Sukarti Wakiman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Apa yang boleh dikatakan disini ialah dimasa yang akan datang diharap agar setiap kerajaan negeri di Malaysia bukan hanya di Sabah apabila mengambil keputusan untuk melantik orang yang tertentu ke jawatan yang sangat penting dalam pentadbiran kerajaan negeri hendak berhati-hati dan lebih teliti terutamanya berkaitan dengan taraf kerakyatan mereka.

3 ulasan:

PIPIT PEKEPA' berkata...

salam Anak Merdeka,

Sebelum British menyokong gagasan Malaysia, mereka tahu rakyat negeri Sabah (anak-anak pribumi) tidak mampu bersaing kerana Malaya telah awal merdeka.

Maka selain PERKARA 20 yang dimasukkan dalam Malaysia Agreement utk melindungi hak-hak negeri, British juga perkenal Ordinan Anak Negeri utk melindungi hak rakyat anak negeri daripada golongan imigran.

Senarai ANAK NEGERI tidak termasuk bangsa Jawa, Bugis, Melayu dari Semenanjung, dan lain-lain bvangsa imigran yang bukan asli dari Sabah. Hanya suku-suku asli seperti kadazan, Bajau, Bisaya dll.

Tetapi selepas perlantikan Datuk Sukarti Wakiman, seorang anak imigran berbangsa Jawa, Ordinan Anak Negeri tidak lagi dihormati kerajaan negeri Sabah.

Walau status Sukarti adalah bumiputra tetapi bukan status Anak Negeri. Sewaktu Datuk Harris Salleh jadi KM Sabah, perkara sama berlaku dimana ramai orang dari Semenanjung diberi jawatan penting dalam GLC terutama YAYASAN SABAH.

Ini adalah perlangggaran dengan matlamat British yg ingin melihat hak Anak Negeri dilindungi tetapi dicabul setelah bangsa bukan bangsa teras menjadi KM Sabah.

Salam Pipit

Raja Mogudan berkata...

malang sungguh anak-anak Sabah yang dianaktirikan?!, macam mana pula dengan pengarah Jabatan Tanah Datuk Osman Jamal bkn kah dia tu keturunan Bugis?!

hilbert berkata...

Salam,

Pipit Pekepa..saya harap perkara ini boleh dibawa kepengetahuan pihak-pihak yang berwajib atau pihak yang kita merasakan mereka boleh diharap PERKASA yang diterajui oleh YB Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Selepas ini saya harap Pipit Pekepa akan dapat mendedahkan banyak lagi kepincangan yang telah berlaku berhubung dengan perlanggaran "Advocates Ordinance(Sabah Cap.2) oleh kerajaan Sabah yang jika tidak didedahkan maka ianya hanya akan menghancurkan harapan seluruh rakyat peribumi atau penduduk asal di Sabah sendiri. Saya akan cuba sedaya upaya untuk turut mendedah perkara ini supaya ianya akan sampai ke pengetahuan Perdana Menteri dan juga Timbalan beliau.

Srixon, sekiranya begitu..saya berpendapat Sabah kini berhadapan dengan masalah 'hilang keyakinan' Kerajaan yang memerintah terhadap keupayaan anak negeri sendiri dalam menunaikan kewajipan mereka untuk tanah air sendiri sehingga sanggup mengupah golongan imigran untuk duduk ditempat yang tidak sewajarnya diberikan kepada golongan itu.

Dalam isu ini saya harap rakyat Sabah sendiri melihat kepada apa yang sedang berlaku di Palestine, rakyatnya kini sedang berdepan berterusan akan diusir dari tanah tumpah darah mereka sendiri apabila meter demi meter tanah asal mereka saban hari terus dirampas oleh rejim Yahudi sehingga penduduk Palestine ada yang tidak punya apa-apa lagi...

"selamat berjuang"...

Arkib Blog