Bekas Menteri Pertanian Malaysia, Tan Sri Dr Sulaiman bin Haji Daud telah meninggal dunia di Hospital Besal Kuala Lumpur (HBKL) pada jam 8.10 pagi tadi pada usia 77 tahun.
Allahyarham yang dilahirkan pada 04 Mac 1933 di Kuching selama bergiat aktif didalam bidang politik pernah menyandang beberapa jawatan penting didalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dengan jawatan beliau dalam parti tersebut ialah sebagai Naib Presiden PBB.
Mula melibatkan diri didalam kerja-kerja kemasyarakatan dan juga politik seawal tahun 1954, Allahyarham juga adalah merupakan bekas Ahli Parlimen Santubong sejak tahun 1974 hingga tahun 1999 menjadikannya kini telah dikenali sebagai Parlimen Petrajaya apabila persempadanan semula kawasan Parlimen seluruh Malaysia dilakukan dimana kawasan parlimen itu sekarang telah diwakili oleh YB Dr Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Ketika masih lagi berkhidmat sebagai seorang Anggota Parlimen, Allahyarham pernah dilantik diperingkat pusat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Menteri Pendidikan dan Menteri Pertanian Malaysia semasa era pentadbiran Perdana Menteri ke-3 Allahyarham Tun Hussein Onn dan juga semasa kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-4 YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Allahyarham juga adalah merupakan salah seorang di antara pemimpin Persatuan Pengakap Malaysia yang bergerak aktif serta juga merupakan Naib Yang DiPertua PERKIM iaitu sebuah pertubuhan kebajikan masyarakat Islam di Malaysia.
Sebagai salah seorang penduduk di Bumi Kenyalang walaupun agak kurang mengikuti perkembangan semasa perjalanan karier politik Allahyarham Tan Sri Dr. Sulaiman Haji Daud ini, namun jauh disudut hati saya menyatakan perasaan sangat kagum dengan sifat Allahyarham sebagai seorang ahli politik atau wakil rakyat yang baik, jujur serta sangat rajin bekerja iaitu lebih kepada kerja daripada berpolitik semata-mata.
Akhir kata, semoga roh Allahyarham dicucuri dengan rahmat serta ditempatkan dikalangan roh-roh mereka yang beriman dan soleh. Al Fatihah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Mac 23, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Salam 1 Malaysia...
Sebagai seorang guru di Sarawak saya juga merasakan kehilangan seorang tokoh yang amat berjasa kepada Sarawak dan juga Malaysia khasnya..
Beliau merupakan seorang bekas menteri pendidikan Malaysia sebanyak 2 kali dan banyak jasa2 nya tercurah dalam perkambangan pendidikan anak bangsa. Salah satu jasa nya yang terbesar ialah memperkenalkan kursus Pengajian Jarak Jauh ( PJJ ) di universiti2 tempatan. Hasilnya kini ramai anak peribumi mendapat ilmu dan ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran. Malaysia dan Sarawak kehilangan seorang tokoh yang berjasa...semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. AL-FATIHAH
Salam Hafez,
saya masih ingat terdapat satu hajat Allahyarham yang tidak kesampaian.
semasa sebagai Menteri Pendidikan, Allahyarham pernah mencadangkan agar waktu mengajar disekolah diadakan satu sessi iatu bermula jam 8 pagi dan berakhir 4 petang supaya ianya seragam dengan waktu yang diberikan kepada kakitangan kerajaan yang lain.
Catat Ulasan