Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. Pembaca akan dapat melihat tulisan oleh seorang rakyat samada dia warga Malaysia atau warga asing bernama Denny Thevarakam. Beliau dalam tulisannya telah menghina KBDYM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ini dperolehi dari Facebook milik Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Lim Kit Siang.
Blogger Cucu Tok Selampit telah mula mengesan perkara ini dan diharap semua blogger BPN lainnya boleh berbuat sesuatu dengan menyebar maklumat ini kepada pihak media massa atau elektronik supaya penama iaitu Denny Thevarakam boleh juga diheret kemuka pengadilan.
Rakan blogger dari Blogger Pembela Negara(BPN) iaitu saudara Jeffery Damien pengendali blog jefferydamien09 atau Dimensi dilaporkan telah menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya, Johor Baru semalam. Rujuk kepada blog Khairulrezal atau Cucu Tok Selampit.
Walaupun terkejut kerana tidak menduga perkara seperti ini boleh terjadi kepada seorang rakyat biasa yang sentiasa turut memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai sumbangan kecil kepada keharmonian kaum, keamanan negara serta kelangsungan kepimpinan sebagaimana yang dikehendaki oleh seluruh masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian, namun saya berbesar hati kerana saudara Jeffery telah mengambil langkah berani dengan tidak bersembunyi atau melarikan diri seperti yang telah dilakukan oleh blogger Raja Petra Raja Kamaruddin dan serta beliau sanggup memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan secara sukarela menyerah diri.
Saya harap saudara Jeffery sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam isu yang berkaitan. Tunjukkanlah bahawa kita sebagai blogger yang pro-kerajaan semasa bukannya menulis sesuatu itu bertujuan untuk memberi ancaman atau mendatangkan suasana yang tidak menentu didalam negara Malaysia ini melainkan kita bangkit semata-mata untuk membantu sedaya-upaya yang terdaya oleh kita bagi turut menyumbang sesuatu yang berfaedah demi negara tanpa perlu mengharapkan apa-apa juga pengiktirafan daripada sesiapapun jua.
Pihak lain harus sedar bahawa setiap blogger BPN mempunyai hala tuju yang sama dalam maksud yang hendak disampaikan kepada pembaca atau umum walaupun kelihatan kadang-kala terlihat ada perbezaan dari cara hendak menyampaikan maksud melalui penerbitan masing-masing namun hakikatnya ialah pada akhirnya hasil yang diharapkan adalah sama iaitu mahukan negara Malaysia terus teguh, kuat dibawah pentadbiran pemerintah yang jujur, ikhlas, amanah, adil dari segala segi demi kesejahteraan rakyat majmuk keseluruhannya.
Kepada pihak-pihak tertentu yang gusar serta merasa terganggu dengan kewujudan BPN, AIDC serta lain-lain blog yang pro-kerajaan, diharap sebelum mereka ini ingin memperbetulkan pihak lain adalah wajar untuk mereka perbetulkan dulu kebanyakkan blogger-blogger pro-pembangkang yang terlebih dulu mempromosi budaya fitnah, mengedit gambar pemimpin-pemimpin negara ini mengikut kemahuan mereka tanpa memperdulikan undang-undang sedia ada.
Kita boleh lihat sebelum ini bagaimana banyaknya gambar-gambar pemimpin negara termasuk Ketua Polis Negara telah dilakar dengan imej yang jelas mengaibkan sekali. Gambar YABhg. Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan lain-lain lagi. Jadi ada tak kita nampak yang pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya dari Pakatan Pembangkang yang bersuara mengenai hal ini? Tiada!
Diakhir tulisan ini harapan saya kepada semua blogger BPN, AIDC serta blogger-blogger yang punya matlamat seiringan dengan perjuangan BPN, AIDC... walaupun seorang daripada rakan kita mungkin akan berdepan dengan tindakan tertentu namun kita tidak harus mengalah atau lemah semangat, dan jadikan perkembangan ini sebagai satu dorongan serta panduan untuk kita sentiasa berwaspada pada masa depan agar tidak selalu tergelincir ke tepi.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Februari 10, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
10SBH Sokong Penuh Sdr Jeffry.
Sebenarnya kita belajar dari mereka.Apa yang mereka buat satu tika dulu,kini diperturunkan sdikit demi sdikit.
Namun,kini mereka lebih "Advance".Bukan setakat Pemimpin, malah SULTAN pun tergamak mereka "MAMPOSKAN".
Inilah manusia.. yang dtg dalam pelbagai rupa.Cuma terpulang pada kita menilai,mana kaca dan mana permata.
----------------------------------
Kami Terjah, Kami Bongkar & Kami Kerjakan di 10SIBUDAKHITAM.BLOGSPOT.COM
Hilbert, inilah pejuang blogger UMNO sebenar......bersifat jantan, bukan macam blogger pencacai pembangkang yang tidak ubah seperti anjing yang menyalak bila diberi tulang, akan bercawat ekor bila nampak bayang-bayang.......
Syabas Jeffry....kami sentiasa menyokong perjuangan tuan...
Salam,
10budak hitam, terima kasih... benar tu bro.. tapi kini apabila belah mereka yang kena, mereka meradang...tak pe..biar dulu
Yanggambi, sekurang-kurangnya Jeffery tidak lari dari tanggungjawab beliau...beliau berani mempertahankan perjuangan yang berasaskan kebenaran walaupun terpaksa bedepan dengan tindakan undang2... kita semua 100% sokong beliau !
Catat Ulasan