Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Februari 17, 2010

Kekayaan terus meningkat walaupun ditindas ?

Tulisan saya bukan berbau perkauman, harap KDN tidak bertindak 'tidak akan teragak-agak' pula mengenainya.

Sebenarnya saya ingin membawa pembaca untuk merenung sejenak tentang beberapa tuduhan serta pendapat sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan bahawa orang Melayu khususnya UMNO selaku tulang belakang kepimpinan negara bersifat sebagai penindas hak terhadap kaum lain di Malaysia.

Sejak dari dulu saya tidak sama sekali bersetuju dengan pendapat sedemikian. Kita boleh lihat sendiri perkembangan dari hari ke hari atau dari masa ke semasa dalam negara kita, tiadapun perkara seperti itu yang berlaku cuma apa yang kita nampak ialah kekayaan yang sepatutnya dikongsi samarata oleh rakyat Malaysia seolah-olah hanya dimonopoli oleh pihak yang didakwa sebagai telah ditindas.

Buktinya ialah apabila senarai terkini individu terkaya di Malaysia telah dikeluarkan semalam yang memperlihatkan bekas 'Raja Gula' Tan Sri Robert Kouk Hock Nien terus berjaya mengumpul kekayaan beliau dengan pertambahan RM16.1 billion menjadikan nilai harta beliau terkumpul kepada RM42.76 billion setakat ini dan ini menjadikan beliau sebagai orang paling kaya di Malaysia.

Begitu juga ditempat kedua yang masih disandang oleh Tan Sri Ananda L. Krishnan yang terus menambah nilai kekayaan beliau menjadi RM27 billion, ketiga Tan Sri Lee Shin Chen dengan harta berjumlah RM11.92 billion, keempat Tan Sri Teh Hong Piow sebanyak RM10.86 billion, ditempat kelima pula Tan Sri Lim Kok Thay dengan harta yang diwarisi sebanyak RM10.30 billion.

Usahawan dari golongan Bumiputera hanya tersenarai ditempat ketujuh selepas Tan Sri Quek Leng Chan yang memiliki harta bernilai RM7.09 billion iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan beliau sebanyak RM6.01 billion. Manakala nama-nama seperti Datuk Seri Mohd Nazir Tun Razak dari CIMB Group, Datuk Shahril Shamsuddin serta adik beliau Shahriman Shamsuddin dari Sapura Holdings, Datuk Mokhzani Mahathir serta beberapa muka baru yang disenarai masih lagi dikedudukan yang tercorot.

Bagi saya inilah bukti yang jelas dan nyata bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti UMNO tidak seperti apa yang telah dituduh dan difitnah oleh pihak-pihak tertentu terutamanya oleh Pakatan Haram Pembangkang(PHP) selama ini.

5 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

setuju bro!

hilbert berkata...

terima kasih PM...

YANG GAMBI berkata...

salam Hilbert, setuju sangat dengan artikel tuan.... agaknya puak-puak ini tidak mahu langsung melihat kaum Melayu-Bumiputera tersenarai kot.... barau meraka kata inilah keadilan....

hilbert berkata...

salam Yanggambi,

saya rasa mereka ini sedar akan hakikat semua itu, namun mungkin oleh kerana sifat yang tidak mahu bersyukur dengan apa yang dimiliki maka mereka akan terus berusaha untuk mendapat lebih dan lebih lagi walau terpaksa menghiris hati pihak lain...

Bunga Negara berkata...

aik napa pula org melayu yg tercorot? agak2nya kena tindas kot?

Arkib Blog