Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Februari 08, 2010

Karpal Singh pengecut ! ..takut menyoal balas Mohd Saiful

Fakta penting: ..orang pertama dari kalangan ahli Parlimen Pembangkang yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 adalah YB Karpal Singh semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh turut mendakwa yang dia mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Karpal Singh juga turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan keatas Datuk Seri Anwar kerana salalaku seksnya dan membicarakan Datuk Seri Anwar.

Pendedahan salahlaku seks Datuk Seri Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Datuk Seri Anwar didedahkan kepada umum oleh YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad juga pada tahun yang sama.

Dan orang yang bertanggujawab memberi nama "Al-Juburi" sebagai nama timang-timangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua orang tahu adalah Naib Presiden PAS yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah iaitu Mohamad Syabu atau lebih popular sebagai Mat Sabu.(sumber dari WBHim atau WrittenByHim.wordpress.com)

Itu dulu. Apa saja yang pernah Karpal Singh dan Mat Sabu luahkan pada masa itu pasal Datuk Seri Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia kini perkara tersebut terpaksa kedua-dua mereka kutip dan telan balik walaupun sangat sukar untuk melakukannya.

Hari ini. Hari ini Karpal Singh adalah peguambela kepada Datuk Seri Anwar atas kes yang sama iaitu kes yang pernah Karpal Singh bangkitkan 12 tahun yang lalu sehingga menjahamkan hasrat dan impian Datuk Seri Anwar untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Hari ini juga menyaksikan Karpal Singh takut untuk membuat pemeriksaan balas atau menyoal saksi utama dalam kes liwat-2 iaitu saudara Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan. Apakah Karpal Singh tidak tahu nak soal benda apa atau bagaimana kepada Mohd Saiful ? ...saya rasa takkanlah Karpal Singh perlu nak soal begini "Can I Ask You Today ?" atau " "What!!!?" atau "Are You Okay ?"

Saya rasa, Karpal Singh memang risau dan takut seandainya dia menyoal balas Mohd Saiful maka semakin banyak benda dia soal pasti makin banyak juga perkara yang tidak pernah diduga akan turut terdedah dan sekiranya ini berlaku maka harapan untuk Karpal Singh terus menjadi peguambela Datuk Seri Anwar tidak akan kesampaian dan ini bermakna Karpal Singh akan kehilangan seorang pelanggan dari Syarikat Guamannya dan pasti harga karipap juga akan menurun.

Alasan lemah untuk tidak berhujah pada hari ini Isnin 8HB February 2010 yang dikemukakan oleh Karpal Singh ialah disebabkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, YA Datuk Zabidin Mat Diah yang dituduhnya sebagai berat sebelah apabila tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran artikel yang dikatakan oleh Karpal Singh sebagai menghina Mahkamah.

Lantaran itu Karpal Singh membuat permohonan di Mahkamah untuk melucut YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah dari mendengar kes liwat yang sedang dibicarakan. Bukankah tindakan Karpal Singh ini telah jelas menghina Mahkamah kerana mempertikai serta tidak setuju dengan keputusan yang telah dimuktamadkan oleh Hakim ?

Jika baru-baru ini rakyat Malaysia diminta untuk menghormati keputusan Mahkamah setelah Hakim Mahkamah Tinggi YA Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan untuk membenarkan orang yang bukan beragama Islam menggunakan kalimah ALLAH didalam setiap aktiviti mereka dan jika sesiapa yang melanggar arahan akan dianggap sebagai telah menghina Mahkamah dan boleh didakwa juga di Mahkamah.

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, betul sangat tu.....Karpal Singh adalah peguam paling pengecut dan licik yang pernah kawan jumpa..... dia jadi takut apabila dia sendiri sedar orang yang dibela benar-benar melakukan sodom.....

Anwar lagi pengecut, kalau rasa diri dikonspirasi, mengapa masih tidak mahu melakukan sumpah syari'e macam Saiful buat ? kalau buat sumpah macam ini tak perlu pakai hakim dan lawyer pun....

Senjaliza berkata...

(sumber dari WBHim atau WrittenByHim.wordpress.com) yang dirujuk ini amat penting. Bolehkah post ULR nya misalnya https://www.blogger.com/comment.g?blogID=6016008565791281098&postID=6461184442449623734. rujukan ulr paparan sdr. Saya cuba melayar tetapi tidak menemuinya. Apakah Him itu bermaksud Hope International Ministries?

Salam, Terima kasih.

hilbert berkata...

Salam Yanggambi,

dua-dua orang ini memang pengecut. Anwar takut banyak lagi rahsia dia banyak akan terbongkar. Karpal juga takut kalau dia tanya banyak soalan maka makin banyak juga kisah 12 tahun akan segar semula. 2 2 mereka ini memang pengecut!

Salam SenjaLiza,..terima kasih,
memang sesuatu sumber itu amat penting sebagai rujukan kita dan anda bolehlah langsung melayari ke http://writtenbyhim.wordpress.com untuk mendapat maklumat tersebut

Arkib Blog