Walaupun bukan semua, namun saya yakin bahawa lebih separuh daripada rakyat di negara Republik Indonesia mempunyai sifat yang boleh dikatakan sebagai semulajadi apabila mereka yang memang dilahirkan dengan sifat yang sedemikian, gagal menerima sebarang kenyataan kerana pemikiran mereka yang sudah sebati dengan tanggapan lama bahawa mereka lebih hebat, lebih gagah, lebih maju, lebih kuat dan punyai berbagai-bagai lagi kelebihan pada perkiraan mereka berbanding dengan negara tetangga Malaysia.
Negara yang mempunyai rakyat yang berfikiran ditahap yang mundur atau masih berada ditakuk lama akan gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang punya rakyatnya berfikiran lebih terbuka dan bersedia menerima apa jua kenyataan tanpa perlu menjatuhkan maruah negara sendiri dihadapan rakyat dari negara-negara lain. Lebih separuh daripada rakyat Indonesia juga masih tebal dengan anggapan kuno bahawa merekalah antara negara termaju dalam segala bidang dengan merujuk Malaysia sebagai perbandingan mereka.
Dimana majunya??? ...apakah perbuatan mereka yang menghina Malaysia pada insiden yang memalukan negara Indonesia sendiri baru-baru ini boleh dikatakan sebagai maju??? Maruah negara Indonesia sendiri yang sebenarnya telah tercalar gara-gara tindakan yang tidak bertamadun oleh sesetengah rakyatnya yang masih menyimpan dendam berpanjangan terhadap rakyat serta negara Malaysia.
Cuba kita lihat kepada satu berita dari BERNAMA Sabtu, 27 February 2010;
JAKARTA: Aksi para penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku ketika pasukan kebangsaan Malaysia menentang Vietnam dalam pertandingan pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di sini Isnin lepas, mengakibatkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI) didenda AS$5,000(RM17,000).
Tindakan itu diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) setelah Pengurus Pasukan Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana kelakuan itu telah mencemarkan maruah sebuah negara.
Walaupun Indonesia menempah tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Uzbekistan Mei ini, aksi penyokongnya itu sedikit sebanyak mencemarkan kejayaan pasukan Republik itu.
Pasukan tuan rumah layak ke pusingan akhir di Uzbekistan setelah menewaskan Malaysia 3-5 di peringkat separuh akhir pada Rabu lepas.
Dalam kejadian pada hari Isnin di Stadium Tenis Tertutup Senayan itu, sejurus pasukan negara memasuki stadium dan lagu Negaraku dimainkan, para penonton telah menyanyikan lagu kebangsaan mereka, Indonesia Raya.
Nyanyian oleh para penonton yang ramai itu menyebabkan lagu Negaraku menjadi tidak kedengaran. Para penonton juga tidak bangun menghormati ketika lagu kebangsaan negara lain dimainkan.
Semasa permainan berlansung pula, ada penonton meneriak perkataan maling(pencuri) dan baci(pondan) kepada pemain pasukan Malaysia.
Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Malarangeng telah memohon maaf berhubung kejadian itu.
Penganjur juga kemudiannya mengingatkan para penonton supaya tidak membuat bising dan bangun menghormati lagu kebangsaan negara lain ketika ia dikumandangkan, bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada perlawanan seterusnya yang membabitkan Malaysia.
Pasukan negara pulang ke tanah air dengan hampa setelah tewas kepada Vietnam 3-6 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat semalam dan dengan kegagalan itu juga bermakna Malaysia gagal menempah tempat ke Uzbekistan. -- Bernama.
...kepada pasukan Malaysia, tak payah gusar atau kecewa dengan kegagalan itu sebab perjuangan tidak terhenti setakat disitu saja malah Malaysia akan sentiasa melangkah untuk pergi lebih jauh lagi tanpa perlu memikirkan sangat pasal maki-hamun serta kata cerca oleh para penyokong yang kononnya mereka adalah maju itu ini tetapi tanpa mereka sedari dalam masa yang sama bahawa perbuatan mereka itu juga telah meragut maruah negara Indonesia sendiri.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Februari 27, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
Salam 1 Malaysia.....
Hilbert, beginilah kalau pemikiran yg terlalu jumud, kurang penidikan, kurang menjana ekonomi dan kalau peribumi menjadi penonton di atas kekayaan kaum pendatang....... Mereka sentiasa menonjolkan kebodohan mereka sendiri...
Yanggambi,
sukar sebenarnya rakyat Malaysia berurusan dengan masyarakat yang begitu tebal dengan fahaman yang membuta-tuli mereka itu...
Salam 1 Malaysia Hilbert dan Yang Gambi....
Apa yang pasti kita teruskan usaha memantapkan lagi negara kita dalam apa soal sekalipun... biarkan mereka dengan perasaan megah tidak kemana itu. Malaysia akan terus ke depan selagi kita sebagai peribumi terus bersatu padu
Catat Ulasan