Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Disember 15, 2009

Siapa yang akan mengisi kouta PBB dalam kabinet Najib ?

Setelah perletakan jawatan YB Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia diterima oleh Perdana Menteri, maka kekosongan untuk kouta yang telah diperuntukkan khas kepada Parti Pesaka Bumiputera iaitu dari sayap Bumiputera perlu digantikan dengan anggota Parlimen PBB yang lainnya.

Jika sebelum ini iaitu ketika Datuk Seri Sulaiman masih dijawatan tersebut, sayap Bumiputera dalam kabinet Najib diwakili oleh Sulaiman selaku Anggota Parlimen Kota Samarahan dan seorang lagi iaitu wakil rakyat bagi kawasan Petra Jaya YB En. Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains dan Inovasi. Manakala untuk sayap Pesaka diwakili oleh YB Datuk Douglas Unggah anak Embas yang kini Menteri Alam Sekitar Malaysia dan juga Ahli Parlimen Saratok YB En. Jelaing anak Mersat sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Ada empat anggota Parlimen dari sayap Bumiputera dilihat boleh diberi peluang untuk mengisi tempat yang telah ditinggalkan oleh Datuk Seri Sulaiman itu, mereka ialah Ahli Parlimen Tanjung Manis YB Datuk Norah Tun Rahman Yaakup, Ahli Parlimen Limbang YB Dr. Hasbi Habibullah, Ahli Parlimen Sibuti YB Haji Ahmad Lai bin Bujang dan Ahli Parlimen Igan YB Datuk Wahab Haji Dollah.

Namun segala keputusan muktamad mengenai perkara itu nanti memang terletak ditangan Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Najib dan juga Presiden PBB Y.A.B Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud samada ianya perlu disegerakan ataupun tidak namun sebagai rakyat yang mengundi adalah perlu juga bagi rakyat untuk diberi penjelasan mengenai pekara ini.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..X KIRA SAPE PUN MEREKA YG DI PILIH HARUS LAH BERTANGGUNGJWB DAN BLH MELAKUKAN KERJA2 DGN BAIK. SENTIASA MENGHADIRI KE SIDANG PARLIMEN. JGN JADI MCM SEMLM. RAMAI YB2 BN X HADIR YG HAMPIR MENGAKIBATKAN BN TURUN TAKHTA..ADOIYAIII

hilbert berkata...

ya betul tu bro, seringkali ahli parlimen BN yang buat kesilapan seumpama itu.

dulupun pernah sekali masa Pak Lah masih jadi PM, sampaikan bergegas Pak Lah bersama dengan ahli Parlimen lainnya berlari menuju ke Dewan dari bilik rehat/kantin/cafe... kalau tak siap BN.

Arkib Blog