Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 07, 2009

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...

Tahu tak anda bagaimanakah cara seekor burung helang berusaha mengeluarkan daging seekor kura-kura daripada tempurungnya untuk dimakan.

Percaya atau tidak bahawa ada haiwan yang tertentu punya akal untuk mencapai apa yang dia inginkan kerana persepsi kita tentang haiwan semuanya sama iaitu haiwan walaupun apa jenisnya memang tidak berakal atau perasaan. Tetapi sebenarnya dalam hal ini kita mungkin tersilap.

Saya pernah terserempak dengan seekor burung helang yang sedang beusaha untuk memakan daging seekor kura-kura yang telah ditangkapnya. Ini berlaku ketika saya meredah hutan belantara di suatu tempat dalam kawasan pendalaman negeri Sarawak iaitu kawasan yang tanahnya berbatu-bata serta kebetulan mempunyai anak sungai yang airnya senantiasa mengalir deras.

Setelah burung helang ini berjaya menangkap kura-kura, ia akan membawa kura-kura ini terbang setinggi yang mungkin dan selepas itu kura-kura itu akan dilepas burung helang ini dengan tiba-tiba ke atas batu-batu yang terdapat ditepi sungai.

Apa pula yang terjadi dengan kura-kura itu? Setelah dijatuhkan dari paras yang agak tinggi maka tempurung kura-kura itu akan pecah dan sesudah itu mudahlah bagi burung helang itu untuk memakan segala isi daging kura-kura itu. Dan mungkin begitu cara yang sering digunakan oleh burung helang untuk mendapatkan daging dari mangsa-mangsanya terutama yang punya pelindung diri seperti kura-kura atau juga mungkin labi-labi.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

HMMM MENDALAM MAKSUD TU BRO..MCM ANUWAR JUGAK..BERUSAHA NAK TANGGUH2 KES DIA. BEZANYA CUMA DIA TAK NAK HEMPAS DIRI DIA KAT BATU. KLU DIA HEMPAS DIRI DIA KAN BAGUS HEHEHEH

hilbert berkata...

hehehe...bijak,bijak...

tenQ Bro Jeffery, jawapan anda tepat sekali ;-)

Arkib Blog