Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 01, 2009

Siapa yang pantau KPI Koh Tsu Koon ?

Jika Senator Tan Sri Koh Tsu Koon diberi kuasa penuh untuk memantau prestasi KPI semua anggota pentadbiran kerajaan dengan dibantu oleh Senator Datuk Seri Idris Jala, jadi siapa pula yang akan memantau prestasi Tan Sri Koh Tsu Koon ?

Selain itu juga siapa agaknya yang menyimpan alat pengukur suhu prestasi KPI yang membolehkan seseorang itu untuk mengukur sejauh mana kemampuan Koh Tsu Koon untuk mengendalikan tugas yang telah diamanahkan oleh Perdana Menteri kepada beliau itu ?

Umum telah mengetahui yang Koh Tsu Koon telah kalah teruk bersama-sama dengan Parti Gerakan yang diterajui oleh beliau pada PRU-12 Mac 2008 yang lalu. Jadi dimanakah terletaknya prestasi tinggi KPI yang ada pada Koh Tsu Koon sendiri sehingga membolehkan beliau dipilih sebagai juru pemerhati kepada KPI orang lain ?

Apa yang kita ingat dulu ialah Koh Tsu Koon lebih merupakan seperti "duri dalam daging" kepada rakan-rakan lain dalam BN terutamanya UMNO apabila beliau seringkali cuba bangkit selepas kalah teruk dalam PRU-12 dengan berbagai-bagai kenyataan yang dikira boleh menggugatkan keharmonian kaum dinegara ini apabila suara beliau lebih mirip kepada suara DAP yang sentiasa menyentuh soal perkauman terutamanya bab ketuanan Melayu di negara ini.

Koh Tsu Koon juga selalu dilihat seolah-olah untuk mengugut kerajaan BN selepas kekalahan teruk Gerakan pada PRU-12 itu dengan sering membayangkan kemungkinan besar Gerakan akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya menurut beliau BN masih lagi masih lagi mempertahankan konsep ketuanan Melayu dalam sistem pemerintahan kerajaan negara ini.

Sehinggalah membawa kepada perlantikan Koh Tsu Koon sebagai seorang Senator bagi membolehkan beliau dilantik ke jawatan yang beliau sandang sekarang, beliau masih lagi dilihat mahu mempermainkan isu ketuanan Melayu apabila membiarkan ahli-ahli bawahan dalam Gerakan untuk membicarakan perkara itu dalam sidang khas mereka petang Sabtu sebagai sebagai respon Gerakan kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Anggota Parlimen Sri Gading YB Datuk Mohamad Aziz baru-baru ini ketika persidangan di Dewan Rakyat.

Kita tunggu dan lihat adakah Gerakan akan mendesak UMNO agar YB Datuk Mohamad Aziz harus dikenakan tindakan serupa dengan apa yang pernah UMNO ambil terhadap ADUN Bukit Bendera, Pulau Pinang dulu iaitu YB Datuk Ahmad Ismail yang terpaksa dikorbankan jawatan serta keahlian beliau dalam UMNO demi menjaga kepentingan Gerakan dalam BN walaupun banyak pihak termasuk UMNO sendiri sedar bahawa Datuk Ahmad Ismail hanya memperkatakan perkara yang sebenarnya iaitu mengenai fakta-fakta sejarah negara sebelum wujudnya Malaysia lagi.

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, kawan 500% sokong saranan Dato' Mohamad Aziz, jangan jadi YB-YB Melayu PAS dan PKR yang jadi bacul dan dayus walaupun hak bangsa Melayu-Bumiputera dicerca dihina oleh DAP kerana kuasa dan jawatan....

hilbert berkata...

ye Yanggambi,

saya memang setuju dengan pandangan Datuk Mohamad Aziz mengenai perkara itu...

boleh lantik Koh Tsu Koon sebagai menteri, tapi bagilah jawatan yang ringan-ringan...

Arkib Blog