Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 01, 2009

Harap Malaysia juga akan bantu mangsa Gempa Bumi di Indonesia.

Sedih, sebak dan simpati melihat mangsa-mangsa gempa bumi kuat 7.6 scala richter di Sumatera dan yang terbaru berlaku pagi tadi di Bengkulu tidak jauh dari tempat kejadian gempa petang semalam yang berukuran 6.5 pada scala richter.

Sedih melihat rumah tempat kediaman mereka musnah, sedih melihat anak-anak kecil menangis mencari ibu-bapa yang hilang, wanita-wanita tua yang tidak berdaya untuk menyelamatkan diri. Diharap mereka ini akan bertenang walaupun semua itu amat sukar untuk dilalui.

Diharap rakyat Indonesia sentiasa bertenang dan tabah dalam menghadapi keadaan yang sangat mencemaskan dan paling getir ketika ini. Kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga didalam kejadian itu diharapkan mereka terus bersabar dan terus memanjatkan doa kepada Tuhan yang maha esa semoga dapat dihindarkan segala mala petaka seperti itu dari terjadi lagi.

Kami sebagai rakyat Malaysia, berharap agar Kerajaan Malaysia akan menubuhkan satu tabung/dana khas untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang Sumatera sebagaimana yang pernah dibuat oleh Malaysia dulu ketika Tsunami melanda Aceh.

Jika Kerajaan Malaysia sudah mewujudkan tabung khas seperti itu maka ianya akan memudahkan rakyat negara ini untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Indonesia yang terlibat dengan bencana itu.

Di Malaysia, stesen penyiaran TV3 dan NSTP telah membuka langkah awal bagi tujuan itu apabila telah berjaya bergabung menubuhkan "Tabung Bencana" khas untuk membantu mangsa taufan Catrena di Filipina, Vietnam, Laos, Kemboja serta juga untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Padang Sumatera Barat Indonesia.

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam, sebagai sesama rumpun, sesama Agama, rakyat Malaysia amat bersimpati dengan malapetaka yang menimpa Sumatera.......

Kita sebagai warga Malaysia, perlu bersyukur kerana Allah melindungi negara tercinta dari malapetaka sbegini.....

Kama At-Tarawis berkata...

Salam
Tidak ada sebab kenapa kita tidak perlu membantu dan kita sebenarnya sentiasa membantu walaupun kadangkala tindakan mereka melukai hati kita. rata-rata orang malaysia sebenarkan baik dan berhemah apabila berurusan dengan jiran nusantara kita ini; yang kurang hemah adalah segelintir daripada mereka. seperti YG juga, saya mendoakan semoga Allah swt sentiada memelihara kita daripada malapetaka sebegini.

hilbert berkata...

Yanggambi, Kama, terima kasih diatas sumbangan pendapat.

Ya, benar kita tetap bersimpati dengan mangsa-mangsa gempa di Padang Sumatera.

Jika boleh buat sementara waktu mendatang ini diharap supaya pihak yang sering menuduh Malaysia dengan berbagai-bagai gelaran dan menaburkan fitnah berterusan harap mereka berhenti sejenak dari perbuatan yang sia-sia itu.

Sebaliknya, tumpukan usaha untuk membantu yang terperangkap dalam gempa bumi itu, berilah pertolongan sedaya yang mungkin. Lupakan sejenak sengketa antara rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia.

Arkib Blog