Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 25, 2009

Isu Cawat: Haji Hadi Berdepan Tuntutan Masyarakat Dayak Sarawak.

Selang beberapa hari selepas Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai menghina masyarakat Dayak di Sarawak khasnya dari kalangan kaum Iban sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini pada 11 Julai 2009 yang baru lalu, saya ada mengulas mengenainya didalam artikel yang saya terbitkan pada 13 Julai baru-baru ini.

Walaupun perkara tersebut yang disiarkan oleh akhbar berkenaan telah memasuki minggu kedua iaitu sudah lebih kurang dua minggu yang lalu, namun hanya baru sekarang pemimpin-pemimpin daripada masyarakat itu menyedari tentang kenyataan Haji Hadi itu. Hal ini juga turut diberi perhatian oleh beberapa blogger dari Sarawak apabila ada diantaranya menyanggah kenyataan Haji Hadi itu didalam blog masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB), YAB Tan Sri Datuk Patinggi Alfreb Jabu anak Numpang yang tersinggung dengan kenyataan Haji Hadi telah meminta penjelasan daripada beliau berhubung dengan perkara itu serta menggesa Haji Hadi supaya memohon maaf daripada kaum Iban serta masyarakat Dayak keseluruhannya.

Manakala Presiden Parti Rakyat Sarawak(PRS), YB Datuk Sri James Jemut Masing didalam reaksinya ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Haji Hadi itu oleh wartawan akhbar tempatan mempunyai pendirian yang sama dan senada dengan Tan Sri Jabu, iaitu mahu Haji Hadi menjelaskan kepada masyarakat Dayak serta rakyat Sarawak keseluruhannya tentang apa tujuan sebenarnya kenyataan yang dibuat oleh beliau menjelang hari pengundian di DUN Manek Urai, Kelantan lalu.

Ketika temuramah dengan wartawan sewaktu berkempen di DUN Manek Urai kemungkinan diantara 10-11 Julai 2009 sebagaimana yang
disiarkan dalam akhbar akhbar Malaysiakini, Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS," katanya.

Menurut Haji Hadi beliau bukan bermaksud untuk menghina apabila bercakap tentang perkara itu. Tetapi dia silap sebab dia fikir masyarakat Dayak boleh terima bulat-bulat kenyataan dia itu. Dia tidak sedar bahawa kenyataannya pada perenggan yang terakhir itu sudah jelas menunjukkan yang beliau memang bertujuan untuk menghina kaum Iban serta masyarakat Dayak kerana tidak memberi kemenangan kepada calon PKR iaitu Jawah Gerang ketika pilihanraya kecil DUN Batang Ai, di Sarawak yang baru lalu.

Apa yang terbaik untuk dilakukan oleh Haji Hadi sekarang ialah, beliau harus menjelaskan hal ini secara terbuka dan terpeinci serta harus memohon maaf daripada masyarakat Dayak di Sarawak supaya perkara ini tidak akan berpanjangan serta agar ianya tidak akan menjadi isu yang akan mengeruhkan hubungan diantara kaum di negara ini.
Posted by Picasa

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..POLITIK MURAHAN DH JD SATU KEMESTIAN PD PEMBANGKANG. BAK KATA PEATAH "TAK DPT TANDUK, TELIGA DI PULAS"

hilbertmontell berkata...

Salam 1malaysia juga bro,

..itu jika dah terdesak sangat nak dapatkan kuasa, pakatan pembangkang ni..sanggupu buat apa saja...kecuali "kebaikan" kan,,,

Arkib Blog