Kita mulakan dengan satu berita yang semakin hangat di Sarawak dan dua berita basi.
1. Hadi didesak mohon maaf : PRS hantar surat minta Presiden PAS memohon maaf kepada kaum Dayak
==================== --------------------------------------------------------------------------
Oleh : Saibi Gi
KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menghantar surat meminta Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon maaf kepada komuniti Dayak berhubung isu cawat. Presiden PRS Dato Sri James Jemut Masing ketika dihubungi semalam berkata surat yang ditandatangani oleh 13 wakil rakyat daripada PRS itu dihantar hari ini.
Surat itu merupakan rentetan kenyataan Abdul Hadi mengaitkan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai ditangan Baisan Nasional (BN) kerana para pengundi di situ masih 'memakai cawat'. Antara lain, kandungan surat itu berbunyi: "Kami mahu permohonan maaf kepada Dayak di Sarawak secara amnya, dan Iban di Batang Ai khususnya dan kami menyarankan agar anda (Abdul Hadi) datang ke sini untuk melawat rumah panjang Iban di Sarawak."
NST Online semalam melaporkan Abdul Hadi mengaku menggunakan perkataan 'cawat' tetapi tidak berniat untuk menjatuhkan maruah masyarakat Dayak. Sehubungan itu, Masing berkata para pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya berketurunan Dayak yang memberi reaksi terhadap isu berkenaan disifatkannya sebagai 'tipikal'. Tipikal kerana kenyataan mereka senada yang jelas mempertahankan Abdul Hadi meskipun hakikatnya mereka terguris.
Masing seterusnya dalam mempertahankan keputusan para pengund di Batang Ai berkata mereka adalah bijak kerana memilih organisasi politik yang mempunyai kredibiliti seumpama BN. "Mereka bijak kerana tidak memilih calon daripada parti pembangkang yang sudah diketahui akan gagal mengotakan janji," katanya.
Abdul Hadi dipetik menerusi portal berita Malaysiakini pada 11 Julai lepas dengan menyatakan para pengundi di Batang Ai yang majoritinya adalah berketurunan Iban, tidak tahu mengundi. Beliau dipetik sebagai berkata: "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti nak undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."
Dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai pada 7 April lepas, Jawah Gerang daripada PKR tewas di tangan Malcolm Mussen Lamoh daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Mussen memperoleh majoriti 1,854 undi.
Ulasan saya: Abdul Hadi harus meminta maaf daripada masyarakat Dayak terutamanya kaum Iban demi keharmonian kaum di negara ini. Abdul Hadi mesti bertanggungjawab terhadap apa jua perkara yang akan berlaku selepas ini jika kedegilan beliau untuk meminta maaf daripada tuai-tuai rumah serta masyarakat Dayak keseluruhannya. Maka, oleh itu...berani buat berani tanggung !!!.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Dibawah ini pula cerita tentang angan-angan "Mat Jenin" Khalid Ibrahim jika PKR berjaya menawan Sarawak pada pilihan raya negeri kelak.
2. PKR terap sistem pentadbiran Selangor jika tawan Sarawak.
-------------------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat [PKR] Sarawak akan menerap sistem pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekiranya PKR berjaya menawan negeri ini dalam pilihanraya akan datang. ( gambar dibawah bukan berlaku di Sarawak, hanya sekadar gambar hiasan sahaja ).
Ahli Majlis Tertinggi PKR yang juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata impian itu bukannya diibaratkan sebagai cerita dongeng, sebaliknya ia akan menjadi kenyataan jelas apabila tiba masanya PKR bertapak di Sarawak.
Malah menurutnya, sekiranya rakyat Sarawak memberi peluang kepada PKR, parti itu akan menunjukkan keupayaan sebenar untuk membela nasib rakyat yang dahagakan kemajuan.
Ulasan saya: Jangan nak bermimpilah Khalid Gagap, ada hatilah konon nak tawan negeri Sarawak. Bagaimana pula dengan nasib rakyat dan negeri Selangor sekarang yang dah semakin huru-hara sejak dibawah pentadbiran PKR, DAP dan PAS ??? ...nak tawan Sarawak konon???..pergi jahanamlah dengan PKR,DAP dan PAS !!!
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Manakala gambar dibawah ini juga adalah sekadar gambar hiasan sahaja, tetapi memang berkaitan langsung dengan PKR, DAP dan PAS baik bagi mereka yang masih hidup ataupun yang sudah tiada lagi dimuka bumi ini ataupun yang sudah meninggalkan ketiga-tiga parti itu.
Ceritanya berhubung dengan pertikaian atau perebutan kerusi DUN di Sarawak antara PKR, DAP dan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan lebih kurang pada tahun 2011 nanti.
3. DUN Padungan kekal diperuntukkan kepada PKR.
------------------------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan secara prinsipinya akan kekal dperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang berkata demikian bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia akan diberi kepada parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Walaupun kita berpegang kepada prinsip itu, jika dipersetujui oleh PAS (Parti Islam SeMalaysia), DAP (Parti Tindakan Demokratik) dan PKR serta ia adalah untuk manfaat semua, ia mungkin dilakukan dengan berpandukan prinsip menang-menang," katanya dalam satu sidang media pada konvensyen PKR di sini semalam.
Menurut beliau buat masa ini tidak ada keputusan muktamad tentang peruntukkan kerusi di DUN Sarawak telah dicapai oleh jawatankuasa khas dalam Pakatan Pembangkang. Beliau diminta mengulas mengenai hasrat DAP yang mahu meletakkan calon di DUN Padungan dalam pilihanraya negeri akan datang. Hasrat itu dimaklumkan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng kepada media kelmarin.
Kerusi DUN Padungan disandang Dominique Ng daripada PKR selepas menewaskan Lily Yong daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihanraya negeri 2006. Pengekalan PKR di kerusi Padungan juga dilihat berdasarkan prinsip 'apa yang dimiliki sekarang akan dikekalkan'.
Menurut ahli jawatankuasa khas itu, Jimmy Donald, parti-parti dalam Pakatan Pembangkang akan mengadakan perbincangan pada 7 Ogos depan berhubung pengagihan kerusi dalam pilihanraya negeri akan datang. "Perbincangan akan dilaksanakan secara berterusan dan tiada keputusan muktamad tentang pengagihan kerusi pada ketika ini," katanya.
Mengenai jawatan Ketua Perhubungan PKR Sarawak, Syed Husin berkata ia akan diberikan kepada pemimpin PKR dari Sarawak secepat mungkin. "Perlantikan Mustaffa (Kamil Ayub) adalah untuk sementara kerana dia adalah penyelaras terbaik. Apabila kita dapat pemimpin tempatan yang sesuai kita akan letak beliau di jawatan itu".
Ulasan saya: Itulah pembangkang. Sementara parti-parti dalam BN selepas pilihanraya sibuk buat kerja dan memberi khidmat kepada rakyat dan masyarakat tetapi Pakatan Pembangkang tak ada kerja lain sibuk dengan agenda basi mereka saja. Tiap-tiap hari politik, tiap-tiap hari politik juga tiap-tiap hari menabur janji palsu kepada rakyat.
Jadi secara umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia dan khasnya kepada rakyat Sarawak yang sudah matang sudah biasa dengan suasana politik dan pandai menilai baik buruknya pemimpin, marilah kita sama-sama lap, nyahkan Pakatan Pembangkang dari Bumi Kenyalang.
Semua berita diatas kecuali ulasan saya adalah adalah dari sumber: Akhbar harian Sarawak - Utusan Borneo.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Julai 29, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
teruskan anak merdeka! gua caya sama lu! marilah kita mantapkan lagi serangan ke atas pkr dan pembangkang!!!!
itu pasti kita akan kita lakukan...
pastikan kita pasang benteng untuk mengelak Sarawak dari dimasuki pakatan pembangkang pada pilihanraya negeri akan datang
terima kasih kerana follow ke blog kami...teruskan matlamat hidup anda sepaya menjadi anak merdeka yg bermakna dan berbakti.http://firestartingautomobil.blogspot.com/
Catat Ulasan